Followers

Wednesday 26 March 2014

BUSAN 11th Day: HAEUNDAE & GWANGALLI BEACH EXPLORE (Part 3)

Our prayers for the family of ill fated flight MH370. May ALLAH bless and have mercy on their soul. Still praying for miracle.

Ok move on from APEC House... kami terus berjalan ikut path yang di sediakan... dan kami jumpa light house ni..

 Saja suka tangkap gambar light house ni.. xder significant pape pun cuma sebab cantik lighting dia... awan kat belakang tu mcm.. haaaaaa.... heaven like sangat :p


Ini dia cerita ada satu pulau.. straight jer dari sini tapi pulau tu kita tak boleh nampak... walaupun dalam keadaan cuaca yang baik. Pulau tu dikatakan sangat misteri kerana dalam setahun hanya akan kelihatan beberapa kali sahaja. Wow... kami  cuba jugak tengok.. siap panggil panggil bomoh x nampak juga...

nak buat mcm mana... dah panggil bomoh pun x nampak so kami terpaksa la teruskan perjalanan kami... elok jer turun2 kawasan light house ni... jumpa pula orang Malaysia... kami pun bertegur sapa la.. dia kata jarang jumpa orang Malaysia kat Busan ni... pas habis sembang2 sikit beramah mesra kami pun mengambil gambar atas saranan salah seorang kawan mat salleh beliau ni... ni ha.. gambar nye..

Haa... kan... kami tak kenal pun siapa ni sehinggalah Elyas menghulurkan kad dia so bila kad dihulur adabnya kena balas dengan kad la... baru la kami tahu... oh... Datuk... ayat Datuk ni simple jer... yang tengah huru hara kat KL tu kerja sayalah tu... hehe... yes... inilah Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, CEO MRT Corp. dan komen dari kami yang tak tahu asalnya beliau ni CEO MRT Corp... beliau adalah seorang yang friendly dan rendah diri. Kami suka so kami sekarang dah x kisah pasal MRT kasi jem itu KL :p haha... Datuk... kalau Datuk baca kami minta maaf yer... harap2 ada peluang untuk Dinner bersama di Malaysia pula in sya ALLAH.

Oklah, kami teruskan perjalanan kami...

Ada di bena jalan begini agar mudah untuk kita. 

Singgah sekejap beli dan makan Aiskrim dari orang yang jual2 tepi jalan ni jer... (Bukan naik moto yer) dia just letak peti besi dia mcm atas moto aiskrim kita tu lebih kurang. Kami beli la aiskrim potong ni.. sedapnye... nyam3... 1,500 KRW sahaja. 

Dalam perjalanan kami, kami terpaksa melalui saat gentir pabila terpaksa menyeberangi jambatan "TALI GANTUNG" menurut kata Sakinah. TQ sakinah, very inspiring. Haha... very la life risking, heart throbbing, scary bukan main nye jambatan :p 

Ini patung dugong... err... Duyung... 

Menurut cerita... sila la baca sendiri... x kuasa aku nak tulis balik :p haha... 
 Jalan punya jalan... sampai la kat penghujung garisan... wahhhh..... dan kami sudahpun sampai di Haeundae Beach!!!! Wuhuuuuu.... berzayaaa...... eh... berjayaaaa....

Ini pemandangan turun2 jer bukit tu di hadapan Hotel. 

Ini dia Hotel Westin Chosun yang pamous itu dalam HDR Juga!!! Wuhuuu... hotel mahal.. takde RM1000 semalam jangan berangan nak tido kat sini :p 
Ni gambar seorang ajushi ni.. kami pun x tahu ape dia cakap tapi ramai la ajushi dan ajuma lain dok dengar dia kata apa... mcm semangat betul. Sakinah ada cakap hari tu dia cakap pasal apa tapi dah lupa... so sorry la kawan.. 


Ini adalah Tourism Information Center.. masa kami datang x der orang pun dalam ni... so maybe orang dia sakit perut. dalam ni x der tandas dia tulis kat depan pintu :p 



Dua gambar atas ni adalah Busan Aquarium... dan dalam 3 famous Aquarium iaitu Seoul, Jeju dan Busan... Busan Aquarium adalah yang paling kecil.. dan mcm biasa... Seoul nye kami x p, Jeju nye kami tak masuk... inikan pula yang kecil mcm Aquaria.. so kami x der la masuk juga :p haha... (padahal nak bayar 21,000KRW yang mengeletar tu) so kalau nak info lanjut sila KLIK SINI. 

Ok...kami pun lepak la tunggu Sun Set.. well perancangan asalnya nak p naik taxi kat sini p kawasan Tample yang agak jauh juga dari sini.. Haedong Yonggungsa Temple... menurut ceritanya... tample ni addalah site yang paling cantik di Busan ni utk merakam gambar matahari terbenam selain senibina unik tample ni yang berada di tepi laut kerana tample2 di korea selalunya atas bukit bukan tepi laut. Tapi masa sangat tidak mengizinkan... takpa... next try bila datang Busan. :) kalau tak mesti dapat tgk keadaan ni...

Pic credit to lovesouthkorea.tumblr.com
So since kami tak dapat nak amik gambar kat Tample tu... dengan berat hatinya at first but Redho dengan ketentuan... haha... saya pun mengalihkan pandangan kamera saya untuk menangkap gambar sunset di pantai Haeundae ni... I know its not much but its ok. 

A Sunset in Haeundae Beach
Oklah kan... x la nice sangat but its ok... haha...

Oklah...kami hangout tepi beach ni sampai hari gelap... pas tu perut pun sudah keroncong...  kami pun pusing2 la mencari makanan... Lotteria? NO! Sudah cukup2 sudah... haha... Seafood? Kesian kat Elyas weii...

Sape la yang park kete dia kat situ.. 
so kami cari benda lain... since inilah makan malam kami terakhir kami kat South Korea ni bagi trip ni kami cari benda yang sedap... penin2 tak tahu nak makan apa.. si Fir kuarkan Ipon 5 dia dan berbekalkan free WIFI dia search 4square untuk tanda2 penemuan Yoogane... dan ADA!!! haha.... gembira kami... kami dah pusing2 bandar keliling Haeundae ni dan dah siap shopping last2 ada Yoogane rupanya... haha..

Utk mudah... saya cedok peta yang dah diconteng oleh ohperjalananku.wordpress.com sebab kalau saya cerita pun paling mudah cari jalan ke Subway sebab dari pantai ke Subway dalam 450m sahaja. Dari subway tu cari la Yoogane ikut peta ni.. lebih mudah dari kami beri jalan ikut lorong yang kami ikut... sesat kang padan muke ;p hahaha...


Dekat jer dengan Subway station Haeundae.. kata penulis blog ini:

"Exit 1, line 2 dari Haeundae Station, jalan terus sikit sampai jumpa mall besar, belok kanan ke dalam lorong. Jalan depan sikit dah nampak logo ini dan boleh tempah nasi goreng seafood (4,500won per person)."

Ni la dia experience kami makan sekali lagi di Yoogane dan kali ni di Haeundae, Busan!

Sangat2 gembira melihat Logo ini... maknanya boleh makan kenyang2!!!

Hurmm... ape nak order yer... 
Ok... malam ni kami makan besar punya... pajion mcm biasa... mesti ada... nasi ni banyak kami mmg order banyak... siap cheese tteokbokki. Subhanallah... mmg sangat sedap dan tak ingat dunia... kami lapar dan happy sangat dapat makan ni... alhamdulillah...

Sikit video untuk sapa yang tak pernah tengok mcm mana rupa orang buat makan malam kami yang amat sedap ni...

Habis ni sume ni... tapi kekenyangan yang amat sangat la pas tu... sedapnyaa... napa la x bukak Yoogane kat Malaysia! Ok, kami makan seafood :)

Pajion mcm biasa... mesti ada punya... nyam2... kami siap order Cider... jgn google... sapa yang tahu, tahu la air apa sebab kalau google... mcm2 kuar... pengsan... air dia mcm sprite mcm tu. 

Ini pemandangan dari dalam Yoogane 
 Pas habis makan... perut pun sudah kenyang... alhamdulillah.. happy sangat. Bayar pun happy dalam 15,000KRW sorang rasanya.

Lepas tu kami patah balik ke pantai dan melepak la kat pantai Haeundae tu waktu malam..


So kita dengar sikit apa kata Elyas... dia nak try wat summary... hehe...


So pas lepak pantai kami pun p makan Baskin Robin dulu sebelum balik... sakinah dengan elyas jer... saya x makan pape pun.


Oklah... pas tu kami pun mulakan perjalanan balik.. kat stesyen subway tu kami terkezut!!!!

Kami terjumpa superman tido!!! OMG!!! sini kau landing yer Superman! Hehe... kesian dia... even hero need to rest...


Shuu... jangan kaco dia nak tido... kita gerak.. meh watch video ni...nak tunjuk apa kami buat utk habiskan T-money kami...



Haha... I shy... kami pun singgahlah ke GS25 dekat dengan hotel kami..


Macam2 kami beli dah akhirnya habis la T-Money tu dari segala money dia... haha...

Saya ingat nak buat posting pasal 12th day kami kat sini... tapi flight pagi sangat and kami xder gambar nak letak... so basicly kami naik Jumbo Taxi... bayar 30,000KRW dan sampai Airport... kat airport kami check in.. masuk kapal terbang dan alhamdulillah selamat sampai ke Kuala Lumpur LCCT di mana kami di sambut oleh Babah dan Ibu... yaa... kami pun makan McD...

Owh... tak dilupakan.. turun kapal terbang dari Busan ni... pas makan2 lepak2 sikit saya pun naik kapal terbang pulak ke Kedah... atas urusan kerja... hidup di udara la katakan :p haha...

Oklah... terima kasih sangat2 kerana sudi ikuti posting kami di South Korea ni.... its been a great journey and a really fun one. We are planning to go back again in sya ALLAH for winter holiday... kalau jadi maka akan ada lah posting pasal winter holiday tu tapi tak pasti lagi sebab early next year kami akan ke Jepun so... heavy sikit la duit tu. Hehe... no worries... we Blue Bloods xder halnye...

So, next posting will be about Perth, Australia. See you next time. In sya ALLAH.

How much so far:

Aiscream -  1,500
Dinner     - 15,000
Taxi        -   7,000
total =  23,500KRW @ RM 70.50

Grand Total Korea Trip: RM4609.20 + 70.50 = RM4679.70

Thank you very much... just need to remind you the way we travel tak la mahal sangat tak la budget sangat so ni dah kira mewah but still cheep dari most people travel but expensive utk sapa yang betul2 dok hostel/couch surfing dan makan maggie tiap2 hari. Your travel, your choice, YOU CHOOSE.

Nite everyone... wassalam.

LOGGING OUT SOUTH KOREA 12 DAYS 11 NIGHT 


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

Tuesday 25 March 2014

BUSAN 11th Day: HAEUNDAE & GWANGALLI BEACH EXPLORE (Part 2)

The nation is in grief for the lost of our flight MH370. Marilah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk mereka yang beragama Islam. My deepest condolence for all the family members of the ill fated flight. To my cousin Nizam, we feel for your losses. ALLAH have better plans for us. Be strong brother. Never stop praying for miracle.

Ok kita sambung balik cerita pasal Busan nih...

Lepas p intai2 ikan murah dan ME World di posting sebelum ni, dah dapat tenaga balik lepas makan so kami pun start gerak ikut laluan tepi pantai ni... banyak la bangunan2 yang kami nampak menarik perhatian kami. Antaranya bangunan Lotte Castle Giant ni... kami pasti ia takde kena mengena dengan Giant Hypermarket ataupun Giant Doremon... huhu.... tempat tinggal la kot..


Dan kalau kita ikut ja laluan tepi pantai ni kita akan end up tepi bangunan ni... tapi dari tepi xde benda nak tunjuk sangat... jalan punya jalan akhirnya sampai di muara sungai. Kat sini adalah tempat perpisahan pantai Gwangalli dengan pantai Haeundae. Penat berjalan mmg la penat lagi2 bila kita tak tahu berapa jauh sebenarnya kami perlu jalan. But bila sampai di Sungai ni... rasa berbaloi sangat berjalan hari ni and we will do it again if we ever visit Busan again in the future.


Laluan ni di bina atas sikit dari laluan kenderaan dan kereta tak banyak lalu lalang are ni maybe sebab bukan jalan utama. Banyaknya orang dan basikal. Dia tulis no fishing tapi ada jer ajushi yang fishing area ni :) Kalau ikut plan asal... kami nak jalan sampai hujung tu yang ada jambatan cross tu dan kami ikut jambatan tu ke seberang sana yang di mana kami akan jalan ikut laluan tepi pantai ke APEC house... well.. itu adalah cerita yang akan di cerita nanti :p

 Ni bangau korea... dok tunggu nak makan ikan. 

 Lihatlah sahabatku inii berjalan2 relaxkan diri. Dia pun bersetuju bahawa tempat ni best.. kan Fir kan... (still trying to make him comment on my blog post)


So gambar2 ni di ambil dari Suyeong River, Busan, South Korea. Ia adalah satu sungai yang menghubungkan banyak tempat dalam Busan ni dan mempunyai sejarah tersendiri. Kini sungai ini di gunakan untuk aktiviti air dan ianya panjang la juga... namun tidak la pula kami berkeinginan menduga nya :p haha...

Masa tengah2 lepak kat tepi sungai ni sambil menikmati keindahan dan ketenangan. Tetiba ada ajuma ni.. dia lalu tepi kami... went past us then stop... patah balik dan jumpa kami... pas tu dia kata... Welcome to Korea. Wow! Mabeles... kami yang tersipu2 malu... haa... thank you thank you... kamsahamida... pas tu ajuma tu pun berlalu pergi. Kami saling berpandangan dan tergelak... tak sangka betul ada orang akan buat mcm tu. It was a great experience on top of the nice view and peaceful calmness.

So nak pendekkan cerita, kami pun jalan la sampai jambatan tu tapi... jam dah menunjukkan waktu telah lewat. Kami kini perlu improvise plan kami... kalau kami teruskan juga jalan so kami akan miss banyak benda... kami pun mengambil keputusan sebulat suara untuk menahan taxi... Kami usaha la tahan taxi dan last2 kat bawah jambatan tu baru ada taxi. Huhu... nasib baik... kan bukan jalan utama so taxi pun x banyak.. huhu.. kami naik Taxi dan kata kami nak ke APEC House... dia kata OK.

Drive punya drive... rupanya boleh tahan juga la nak jalan kaki tak beragak :p haha... tak la mahal sangat taxinya..tak berapa ingat tapi bawah 10,000KRW. Kita anggap je la 2000KRW sorang.

Kami naik taxi dia berhenti di Hotel Westin Chosun kalau tak salah dan di kata jalan jer ikut taman tepi tu. Akan sampai la ke APEC house. Sebenarnya untuk sapa yang nak naik Metro, just berhenti kat stesyen Dongbaek dan dah sampai dekat2 tempat kami turun taxi tu... kami jalan dalam 10 min dalam taman yang sangat indah... hehe... maka sampai la kami ke APEC House... kenapa kami nak ke Nurimaru APEC House ni? Sebab view dia cantik...

Ni taman yang saya katakan tu... 

Ni dia APEC House ni.. dia ada 3 tingkat dan ini tingkat paling atas. Kita boleh masuk.. free jer... tutup ari senin. 

Inilah dia bilik persidangan APEC. 

Nampak tu MALAYSIA... 

Ini antara tempat yang cantik ada kat area ni.

Ada kenai ka sapa yang saya kasi tanda tu? Iyalah... itulah Pak Lah... PM Malaysia ke-5. 

Ini kalau lepak kat taman di tingkat bawah bangunan APEC House ni.

Tada... erkk... nape cicak???? adoi... 
 Ok sikit pengenalan tentang Nurimaru APEC House ni.. Nurimaru ini bermaksud Nuri bermaksud World dan Maru bermaksud Summit. APEC House adalah tempat meeting APEC. So Nurimaru APEC House ni lebih kurang bermaksud Satu Rumah Yang Dimana World Summit (tak tahu nak traslate mcm mana) Berkumpul Untuk Berbincang sempena APEC

APEC House ni telah di bena di Dongbaekseom Island yang dimana terkenal dengan kecantikan semulajadinya.

Kami di satu point yang sangat sesuai utk tangkap gambar. Belakang tu APEC House dan Diamond Bridge. 

Inilah dia gambar pemandangan APEC House dan Diamond Bridge menggunakan teknik Bracketing 3 exposure dan layering tujuh petala langit dan bumi dalam teknik HDR. Hamik kau... merapu jer.. haha... saya suka gambar ni... anda bagaimana?

So saya sangkutkan dulu posting hari ni sampai kat sini... kalau nak tahu sambungannya... sila tunggu posting berikutnya... saya masih ada beberapa cerita menarik sebelum hari ni habis dan tak di lupakan gambar2 yang menarik utk di tunjukkan :)

Follow jangan tak follow.

Dalam posting ni kami belanja 2,000KRW sahaja.
Expenses so far hari ni: 7,500 + 2000 = 9,500KRW @ RM 28.50

UP NEXT: BUSAN 11th Day: HAEUNDAE & GWANGALLI BEACH EXPLORE (Part 3)


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

Wednesday 19 March 2014

BUSAN 11th Day: HAEUNDAE & GWANGALLI BEACH EXPLORE (Part 1)

Still praying for our flight MH370 KL-Beijing. Please be safe. Oh ALLAH, jika di langit turunkanlah, jika di laut timbulkanlah, jika di bumi tunjukkanlah. Berilah kepada kami dan mereka yang terbaik. Kerana kami mengerti DIKAU lebih tahu apa yang terbaik buat kami. 


[LOG IN] 20HB OKTOBER 2013 AHAD

Bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju... err... nanyi la pulak... hehe... oklah... nak cerita pasal hari kami di Busan. Esok dah nak balik so hari ni mesti pusing puas2 Busan nih. Kalau ikut plan... bangun awal2 pergi Taeguk Village atau Santorini on the South Sea. Wuhuu... tangkap gambar sunrise kat sana... wuhu..


... hehe... harapan :p semua dah penat nak bangun n kuar pepagi hari menahan taxi g sana :p haha... hadoi...
So kami just tengok tempat ni dari jauh jer... T___T next time I'll go there for sure!

Xper la... so lepas dah mandi tu dalam kul 9 pagi mcm tu kot kami kuar. Kuar2 kami naik Metro pergi ke Gwangalli Station dan turun kat sana. Di sana ada Tourist information counter so kami pergi la tanya2... since kami tak tahu banyak benda pasal Busan so adalah terbaik untuk kami bertanya apa yang ada kat Gwangalli beach ni. So dia cerita la mcm mana nak pergi, apa yang ada di area2 tu. Dia bagi brosure and map kawasan Gwangalli tu. Oklah, kami naik2 jer nampak Ediya Coffee... kami tak minum lagi pagi ni so kami singgah la minum kat sini. Saya biasa la, Caramel Macchiato 4,500KRW.


Kami pun bergeraklah ke arah Gwangalli Beach dengan kopi di satu tangan dan satu lagi tak pegang ape2 :p hehe... jarak dari station tu 750m straight direction... kami keluar2 pintu station subway tu amik kanan dan straight jer tapi nak kepastian tanya la org local... tanya jer beach... nanti mereka tunjukkan satu arah ... straight jer arah tu... good luck :p


Welcome to Gwangalli Beach! Yeah... mari kita panggil Haha & Skull sekejap untuk nanyi2...


Wuhu... abis dia senaraikan tempat2 yang menarik nak pergi. Hehe... ok kita sambung balik. Hadoi... sape lak p masak meggi nih... lapo la pulak... ok Hafiz fokus2...

Apa yang istimewa kat Gwangalli Beach ni? Haa... ya... jambatan dia.


Ini jambatan sangat famous-lah. lagi2 waktu malam. Sangat cantik. Paling istimewa adalah Busan Firework Fiestival! Tahun lepas jatuh pada tarikh 25-26 Oktober 2013. Kami balik 12hb Oktober 2013 ke Malaysia... sedihnye... huhu.... hehe... kalau tak mcm ni la lebih kurang.


... (i dunno what to say) T__T

Ok... moving on... Gwangalli beach ni famous dengan aktiviti airnya tapi kalau datang waktu musim sejuk jangan harap la :p haha...

Cantik bangunan ni... 

Lihatlah betapa banyaknya kedai kopi kat sini.. 

Ini adalah post around the world oleh sakinah... kenapa around the world? entah la kenapa... kurang normal sikit kalau difikirkan around the world nye simbol mcm ni :p haha....
Kami pas lepak2 kat sini kami buka peta...


Kami plan nak jalan dari Gwangalli Beach to Haeundae Beach... nampak dekat tapi apa yang kami tak tahu jarak dari Gwangalli ke Haeundae beach itu dalam lebih kurang 10KM (ikut jalan yang mana kami tak payah nak berenang yer).  Tak la jauh tapi kalau jalan... mau 2-3 jam kalau jalan santai2...  dan masa kami kat sana ari tu kami tak tahu pasal hal ni :p haha... tapi bagus sebab kami tak tahu, kami pilih untuk jalan. Kalau kami tahu mesti kami dah naik Subway turun kat Haeundae Station... baru kena jalan 450m dari stesyen ke pantai.

Kenapa untung berjalan?? haa.... nama lagi traveler... kami suka jalan2... tgk watermark Sifu Sempoi.. ada 3 benda... kapal terbang kertas mewakili travel, tapak boots mewakili berjalan dan dslr mewakili photography. So mmg matlamat kami travel-jalan-foto.
Oklah... kami memilih untuk mengikut jalan tepi2 pantai ... mula2 kami jumpa theme park kecil ni.


Kami lalu jer... tak singgah pun park ni.. ramai kanak2 jer yang main kat sini.

Pas tu kami jumpa tempat orang naikkan hasil laut di Busan ni! OMG! Kat kawasan ni juga ada kedai makan seafood mcm kemah2 tu! Untuk pengetahuan pembaca semua... kat sinilah tempatnya dimana seafood lagi murah dari Jagalchi market. Memang terbaik. Kalau tak salah King Crab kat sini 35,000KRW/KG. Compare to Jeju 100,000KRW/KG (Semua tulis dalam bahasa korea, sakinah pun x leh nak pastikan sangat tapi takat itu jer kami mampu beritahu. Mungkin lebih murah.) nama tempat ni Millak Raw Fish Village / Center. Ada dalam peta kat atas tu... untuk info lanjut KLIK SINI.


Oklah kerana semalam dah mewah sangat makan kat Jagalchi market maka kami tak la singgah makan kat sini. Kami jalan la lagi. Sampai la kami jumpa... ME WORLD! Besar taman tema ni... wuhuu... teruja...


Tapi...


Kami tak tahu kenapa ia telah ditutup.. sape faham apa dia tulis ni? hehe... kami lepak depan ni sambil membeli roti kat Paris Baguette Cafe dan bersembang2 kat depan kedai ni... antara kandungan persembangan kami adik beradik...  ni kalau beli theme park and namakan ia Azmi World pun best jugak... hehe...
 


Kami sangat suka roti2 kat kedai ni.. ianya sangat sedap. Kat sini saya belanjakan 3,000KRW. Oklah kan... tapi rasanya keseluruhan roti dalam gambar di atas harganya dekat2 9,000KRW juga.

Nak tahu apa kami jumpa lagi lepas ni?? Tunggu posting kami part 2 pulak... ^__^V bubllie bye....

Berapa yang telah kami belanjakan takat ni?

Kopi            4,500KRW
Roti              3,000KRW
Total            7,500KRW @ RM22.50. 

UP NEXT | BUSAN 11th Day: HAEUNDAE & GWANGALLI BEACH EXPLORE (Part 2)




"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."