Followers

Tuesday 10 March 2015

SIFU SEDANG BERJALAN FROM PERHENTIAN TO SEOUL TO YOUR HEART

Assalamualaikum semua. Masa saya taip ni tgh terketar2 kesejukan. Baru habis pulau perhentian:









Balik dari ganu naik flight, terus naik flight g inchion. Semalam ada meeting, hari ni nak survey2, nk tgk apa lagi ye kat Seoul ni?

Nanti balik saya sambung tulis ye... Harap bersabar :)




So kali ni nak juga wat JSA tour. Yg lain ce cdgkan :) mlm nanti sy baca. Ada kat sini smpai 13 mac 2015. So paleeee...

Sehingga lain kali

Ws


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

Sunday 1 March 2015

JALAN-JALAN SOUTH KOREA DAY 1: INCHION

UNTUK INFO LANJUT, KLIK ATAS GAMBAR
Assalamualaikum semua, well... sebenarnya my travel journal dah hilang T__T tak tahu mana p. so saya akan usaha sedaya upaya utk ingat apa yang berlaku. mgkn ada yang terkurang sini sana harap maaflah yer...

Oklah... 20hb Oktober 2014 [LOG IN]

Naik flight AA jam 1 pagi sampai la kat Inchion kul 6 lebey pagi lebih kurang. Ini kali ke 2 jejak kaki ke bumi South Korea dan kali pertama turun Inchion. Sebelum tu nak story sikit! ambe 1st time lalu kat perlepasan antarabangsa KLIA2 masa ni. ambe kire2 la, dari masuk jer pintu depan tu sampai kapal terbang ada sejam prosesnye.. sejam weiiiii... hahaha... dah la luas, jauh lak tu. kena check beg la, immigration lagi. hadoi... hehe... tapi tak pe, masa ni saya mmg x der benda nak buat pun.

Di Inchion Airport

Sebab dah selalu sangat naik kapal terbang, saya selalunya ada kesedaran paling lama selepas kapal terbang take off, pas tu tak sedarkan diri sehingga perut lapar in this case terbang malam so x der la nak makan sangat ikut plan asalnya so xder la beli onboard meal. Lagipun baru jer habis bagi kursus motivasi kat budak2 sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah utk pelajar STPM bawah tajuk Halatuju STPM kendalian Yayasan Muamalat Belia dan Yayasan Bank Rakyat. Saya dan Johan Irwan Kamarozaman dipertanggungjawabkan utk mengendalikan program tersebut dan ini adalah prog ke 4 selepas Sibu, Labuan, Saratok... habis2 jer program balik terus ke airport. Waduh2..penat bagat ni... hehe....

Namun begitu! Setelah beberapa jam tidur, stewardess AA yang cantik itu telah datang membawa makanan utk diberikan kepada semua org di sekeliling saya... wau... baunya! amat menakjubkan! ini telah sekaligun membangunkan saya dari mimpi2 indah :p takk tahan punya pasal, masa dia start jual2 tu ambe pun sambar la... bukan stewardess tu.. sambar makanan. Nasi Lemak Pak Nasir satuuuu... ambo tewas tul bab makan ni... so pendek cite bayarlah duit makan, makan dan tido. Sedar2 dah nak landing dah :p hahah... so sampai2 tu agak renyai2 la hujannya pagi tu.

So dah turun kapal terbang satu lagi epilog kisah sengal berlaku.. yang mana saya lupa nak isi immigration card utk diserahkan kat pegawai immi kat korea tuh... yer la kan membuta jer dalam plane tadi. haha.. aku dah sampai depan baru teringat, nak patah balik mintak kat kapal tebang tapi telah ditahan oleh seorang awek korea. Dia kata x leh masuk, aku punya la explain hape ke benda semuanya ni last2  dia kata ambil kat depan jer.. ada 2 kad sebenarnya masa tu.. satu tu utk kesihatan satu tu yang biasa kita isi tu la... tapi kali ni yang kad kesihatan Malaysia x perlu isi pun x per, dia buka laluan khas utk Malaysia shja, lalu tanpa di hisab :p

Sampai kat immigration barulah tercongok2 cari kertas nak tulis tu sebab kertas kat sana lain rupanya x sama mcm dalam kapal terbang. Last2 jumpa juga and berjaya lepaskan diri dari immi. Yahhhuuuu... padahal bukan ada ada kesalahan pape pun :p

Dekat sejam juga la proses semua sampai dapat beg n keluar ke arrival Inchion sana. Malaysian mmg ramai la since flight ni mmg dari Malaysia and masa kat airport tu sembang2 dgn this 2 ladies. So happend that they read my blog ^___^V wow... happy. After giving them few pointers, haku pun dengan segala machonya nak p ke subway station dia lah. Skali tgk kiri tgk kanan... harammmm :p mane pun x tahu ... haha... last2 tanya jugak kat mana. dia ada laluan atas mcm dalam gambar kat bawah ni tapi hari tu ikut bawah sajer je sebab kena lalu luar. adventure sikit la katakan padahal sejuk kat luar tu cakap pun asap2 mulot... hehe... betul2 across the airport jer station train meraka.

Inchion International Airport
Pemandangan dalam Inchion Airport Station (ketapi mereka)
Sampai sini pun bala juga... saya diberi tahu oleh pegawai MSN utk datang ke Charis hotel so google la dan ianya terletak kat station Jakjeon. So mula la misi saya bertanya2... kat sini ada 2 pintu masuk. Kalau nak express ke Seoul boleh la naik Airport Express ni. Berdesup sampai Seoul. Since sini juga pintu masuk KTX so leh g mana2 dalam laluan KTX juga contohnya Busan.

Express Train
Pas tu ada satu lagi spesis nya yang all stop train. Ini yang saya kena naik. Nak naik ni ke Seoul pun boleh tapi lambat sikit la.

All Stop
Dia depan2 jer dua2 pintu ni so pastikan anda di pintu yang benar. ^__^V

So utk ke hotel saya kena ke Gyeyang station dan tukar kepada Inchion Subway Line 1 dan turun kat Jakjeon Station.


Tapi sebelum kita keluar dari LRT ni, saya nak cerita sikit la. Bukan apa, saya tgk setiap train station mesti ada alat bantuan keselamatan spt gas mask dan hape yang elektrik utk gerakkan jantung org balik. (u get my point rite?)

Alat bantuan pernafasan sekiranya berlaku runtuhan kebakaran dsb. 
Alat pulihkan fungsi jantung 
kann... wow kan.... kalau kat negara kita belum lagi la sampai tahap ni. In sya ALLAH I still have high hope for Malaysia :)

So kuar2 je jakjeon station ni ntah la gate berapa tak ingat nampak la hotelnye.

Ini adalah gambar dari seberang jalan, kalau anda naik dari station tu dia di sebelah sana pintu naiknya dan lebih kurang 500m dari stesyen ke hotel. 

Time ni belum dapat bilik lagi, minta kat reseption kata MSN dia bukakan satu bilik. Bilik tu ada dah orang duduk. Bro dari Bernama, kamera man... sebab bilik tu utk singgah jap letak barang so x elok la tunjuk gambar :p perut dah lapar pun saya turunlah... di seberang sana hotel ada satu mahluk bernama bangunan yang dipanggil shopping mall ;p

The Plus Mall (xder kena mengena dengan PLUS Tol tu yer)
Dari kejauhan seberangan jalan nampak kelibat sesuatu yang amat mengeroncongkan perut!


Yezza... lotteria...lotteria... da da di di du da daat tu... haha... gembira la wei... rinduuuu...


Tu dia makan set Wild Shrimp Burger KRW6300. Yang hijo tu la journal yang ilang tu T__T


Inilah my humble lunch... sedapnyeeeeee!!! So lepas lunch saya pun beusaha nak p stadium. menurut sumber bacaan internet, sebenarnya mudah jer nak p stadium Gyeyang dari situ tapi setelah bersusah payah akhirnya salah jalan juga :p last2 naik taxi. g station metro Gyeyang, bertanya dengan orang kat station Gyeyang kat mana Gyeyang Stadium haram diaorang tak tahu :p hahaah... irony tul la orang Korea ni. Last2 nasib baik ada orang muda yang pandai sikit yg tolong cari dalam tenet and bagitau pakcik taxi tu. huhu...

Dalam sesat-sesat tu sempat la juga jumpa scenary ni. 

Ni la dia station Gyeyang, dan kat station ni ada benda2 ni semua tapi tanya orang taxi nak p stadium mereka tak tahu!!! OMG! What the FISH!
Last2 setelah lebih 2 jam sesat dan 2 bas 2 taxi naik akhirnya sampai juga kat stadium. Wuhuuu...

Pintu gerbang Gyeyang Stadium.. wah... happynyeee..... 
Kalau korang rasa stadium ni cantik, korang tunggu posting pasal main stadium pulak! Tabik spring toing weiii... 



gambar kat atas ni adalah stadium utk memanah. Malangnya bila saya sampai acara memanah dah habis untuk hari tu. T__T Binaan stadium ni unik, dia exterior dia buat dari kayu. menarik sangat.

Ini adalah stadium badminton. Yup... saya pun terkejut. 
Ada satu lagi stadium iaitu Valadrom tempat kayuh basikal pusing2 tu tapi sebab takde event hari ni saya x der la p kat situ. Semua walking distance jer. So saya pun masuk la stadium badminton ni. Security mereka tight juga so kena scan badan and beg. Oklah, kita faham lah. International event. Tapi layanan mereka bagus, senyuman sentiasa :)

Masuk2 jer saya terus ke tempat atlet negara sebab mereka semua kenal saya kan... selebrity la katakan :p nyampah :p So sedang berlansung saringan untuk badminton utk atlet paralimpik. Saya adalah tangakap gambar sikit2.



Sebenarnya nak amik gambar nama tuh.. serious... ^__^

Lepak2 mereka bagi makan roti, ada nasi tapi kenyang lagi la beb... 




Ok itu jer match Malaysia yang sempat saya saksikan. Sebenarnya kalau tengok rasa mcm tak de banyak beza pun dari kita, sebenarnya dia ikut ketegori paralimpik ni. Ada class dia. Mcm kelas 1 & 2 mmg tak main badminton la, tu mmg nak gerak pun tak boleh. Yang ini kelas yang belas2, maksudnya sama ada xder tangan or takde kaki or kaki tangan mereka tak boleh di gunakan sebelah. mcm tu lah. Tapi nak kata mereka ni kurang, saya rasa kalau saya main badminton dengan mereka ni... anytime mereka leh kalahkan saya. Cumanya memang la pernah main sukan dengan mereka, memang la saya menang. Dah diaorang bagi saya menang, menang la saya. Kalau mereka lawan mcm nak bertanding tu mau 21:0 hahaha....

Ramai beranggappan bahawa acara paralimpik ni lagi mudah nak menang dari able tapi sebenarnya tak. Mereka ni bertanding dengan kekurangan yang mereka ada, cuba kita ambil atlet able, suruh mereka tiru kekurangan mereka ni dan lawan dengan mereka ni... tak maunya... lagi satu mereka ada system point yang pelik mcm hari tu basikal team Malaysia lelaki dah menang 15 saat kedepan dari no2. tapi bila dia campur balik dengan team perempuan dan kali bahagi campur tolak class system last2 kita kalah by 0,002 saat... weiii tu debu tayar pun x der la weiiii.... hapenye system haku pun tak tahu. So siapa yang ingat bertanding di persada paralimpik ini lagi mudah, meh haku nak sekolahkan dia.

Dah habis petang tu, since pegawai MSN yang patut aku jumpa tu En. Halimun ada di stadium lain utk uruskan atlet. Event pun dah habis so aku tanya la kat orang yang jaga information stadium tu (diaorang ni merata2 ada masa event tu bagi informasi pasal event dan stadium) so mereka kata naik bas kat depan stadium tu. Bukan sekadar tunjuk yer... dia bawakkan... pas tu tahankan bas... pas tu cakapkan kat driver bas! fuh mmg saya rasa malu wei sebab kat negara Islam saya x dapat layanan mcm ni...


Nak wat mcm mana, pasrah jer la kan. marilah sama2 kita perbaiki diri kita. In sya ALLAH :)

So pas habis sampai jer kat kawasan hotel barulah ku sedar bahawa dekat jer pun stadium dengan hotel T__T siot...

Naik la bilik jap rehat2, mereka masih belum balik lagi. Xder saper pun yang balik lagi so saya pun kuar la cari makanan. Sambil2 cari kedai nak makan tu kita pun window shopping la. Ni kawasana yang dekat dengan stesyen subway Jakjeon, mcm2 winter clothing ada, tengah sales murah giler... tapi.. belek2 jer orang kedai datang, sorry sir, are you buying for yourself? aku pun cakaplah yes. Dia dengan senyuman yang sangat manis mengatakan... "sorry sir, we dont have your size"


Bukan satu... bukan dua tapi... SEMUA KEDAI MCM TUUUUU... T___T


ha... gelak2... aku sepak kang baru tahu. T__T hahahaa.... hakikatnya haku x cukup kurus (gemuk la tu) utk pakai pakaian orang Korea yang keping2.

Ok enough about that... So jalan punya jalan kat kawasan ni jumpa kedai sotong pedassss!!!! WOW!!! patutlah gemuk.



Ni kedai dia.. mari kita zoom out sikit.

Nampak kedai tu celah kanan tu... 
Zoom out lagi

Ni paling belakang leh zoom out..belakang lagi kalu kereta langgar juga... so kira belakang saya subway dalam 100m dan jalan menuju ke arah hotel jumpa kedai ni. 



Owner kedai ni x pandai cakap english tapi saya yang boleh la berbahasa korea sikit2 ni dah tanya habis2 kat ajuma tu dan dia kata hanya jual sotong sahaja.

Jemput makan. Ini hanya 8,000 KRW sahaja. 
Habis makan balik hotel, semua pegawai MSN dah sampai. Lepak2 la dengan mereka, sekali En. halimon call kata Pengarah Cawangan Paralimpik En Sahar bagi saya bilik dia. WOW!!! Love you la En. Sahar! So kalau ikutkan bilik ni semalam RM 600... so saya kat sini 5 malam kalau ikutkan saya kena bayar RM 3000 tapi diberi secara percuma utk saya  dok sorang2... wuhuuu... bestnyeeee...





TV dengan 999 chanel, Wifi private setiap bilik dengan kelajuan yang medebarkan. Microwave, peti ais... katil ada 2, saya dok atas katil kecik... mmg tak suka sangat tido atas katil besar sebab rasa sunyi:p

Jadi alhamdulillah terima kasih ALLAH utk nikmat ni. Terima kasih Pengarah Cawangan Paralimpik En. Sahar kerana berikan bilik  kepada saya. Terima kasih Babah Ibu kerana sudi sponser tiket kapal terbang atas nama syarikat utk support team paralimpik kita di inchion. Jazakallah khoir.

Sehingga lain kali. Owh... kebetulan, rarmai yang suka tanya tentang umur saya. Well saya lahir pada 1 march 1983. Wassalam.

UP NEXT: JALAN-JALAN SOUTH KOREA DAY 2: STADIUM DAY

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."