Followers

Travel TIPS

Assalamualaikum,

Ini adalah sedikit travel tips untuk anda yang baru 1st time nak travel jauh or jarang2 travel sendiri atau baru nak berkecimpung dalam budget travel. Travel tip ni adalah dari pengalaman kami dari pengembaraan kami dan ianya paling berguna untuk mereka yang merancang untuk travel secara budget.



Ingat, walaupun berjalan itu menyeronokkan namun ada beberapa perkara kita perlu tahu sebelum kita terbang ke mana-mana sekalipun. Kerana jika tersilap langkah buruk padahnya lebih-lebih lagi di negara yang terkenal dengan korupsinya.

Namun jangan risau, tidaklah selalu kita akan berjumpa keadaan yang sukar sebegini lebih-lebih lagi bila kita mengamalkan tips2 keselamatan diri.

SEBELUM TERBANG

*Untuk yang baru berjinak-jinak untuk berjalan-jalan. Adalah dinasihatkan untuk tidak menggembara seorang diri atau berdua. Paling kurang, cuba berjalan dalam kumpulan 4 orang. Mulakan dengan negara yang biasa menerima pelancong dan selamat untuk dilawati. Seboleh-bolehnya ke negara yang ramai rakyat Malaysia pergi melancong. 

*Untuk jimat, sila jangan travel dalam kumpulan yang ganjil (ber-3, ber-5 dsb) kerana untuk tujuan pembahagian tempat tinggal dan transport selalunya jadi lebih mahal.

Untuk sebarang trip pelancongan, ia perlu bermula awal sebelum kita terbang ke mana-mana negara yang kita hendak pergi. Ini kerana kita perlukan seberapa banyak maklumat mengenai destinasi perlancongan disana selain membaca komentar-komentar orang yang pernah ke sana. Kita perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh di sana. Contohnya di Australia, anda tidak boleh membawa produk berasaskan tenusu ke sana maka jika anda membawa sebarang makanan dalam tin yang mengandungi susu maka makanan tersebut akan dirampas. Kaji sedikit adat tempatan agar kita tidak melanggar dan membuat mereka tersinggung contohnya jika anda ke Jepun, jika anda makan makanan berkuah dan anda licinkan mangkuk (sila jangan cakap mangkuk dan cincin dihadapan orang jepun jika anda tidak mahu dimaki) maka mereka akan menambah lagi makanan anda. Ini kerana budaya mereka jika kita melicinkan mangkuk kita maksudnya kita hendak tambah lagi.

Dapatkan maklumat trasportation di mana hendak pergi. Jika anda perlukan penerbangan domestik maka cari penerbangan yang sesuai dan buat tempahan dari sini lagi. Jangan tunggu disana baru hendak beli, risau2 kita datang musim perayaan mereka atau ada sambutan apa-apa dan tiket semua sold out maka anda akan melopong di Airport dan biasanya airport sekarang ini sangat jauh dari bandar.
Dapatkan maklumat kedutaan kita di negara yang ingin kita kunjungi dan sekiranya kita ingin melakukan trip yang extream atau ke kawasan pendalaman ada baik kita memaklumkannya kepada kedutaan kita di sana.

Baik. Sebelum terbang, sila pastikan anda ada check list ini:
1) Beg yang selesa mengikut cara kita travel. Jika kita travel budget baik bawa backpack/ hover sack ini kerana ia lebih mudah untuk bergerak dengan beg ini dari dengan beg tarik. Namun tiada apa yang menghalang anda dari membawa beg tarik.

2) Passport pastikan tarik tamatnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. 
Seelok-eloknya passport ini di simpan bersama-sama kredit kad tambahan dan duit kecemasan. Ia biasa dipakai di bawah lapisan baju kita. 
atau anda boleh seperti saya gunakan pouch beg. Namun pouch beg berisiko kerana ia adalah benda yang mudah untuk di lihat. 

3) Bawa pakaian secukupnya sekiranya anda baru hendak belajar untuk travel. Terbaik adalah anda rancang bagaimana cara anda berpakaian dan bawa pakaian yang cukup namun jika anda melancong untuk jangka masa yang lama seperti 2 minggu adalah tidak praktikal untuk bawa jumlah pakaian untuk 2 minggu kerana anda akan ada satu beg yang amat berat. Maka paling kurang bawalah pakaian untuk seminggu dan gunakanlah perkhidmatan dobi atau jika tempat anda ada tempat sidai baju maka basuh dan sidailah pakaian anda. 

4) Bawa beg accesory kecil spt berus gigi, ubat gigi, nail clipper, cungkil telingga dsb serta medical kit spt minyak urut, plaster, ubat luka, ubat demam dsb. Juga penting anda belajar sedikit sebanyak ilmu pertolongan cemas agar kita mudah untuk merawat diri sendiri utk kecerderaan kecil. Dan pastikan beg ini dimuatkan dalam beg anda yang akan ke ruangan kargo. 
Ah.. jgn lupa bawa travel plug yang sesuai dengan negara yang anda hendak pergi dan bawa satu extention wire. Supaya kita boleh mengecas apa-apa alat elektronik di sana nanti.

5) Kita tidak mahu menjadi keldai dadah kepada mana-mana orang maka ingat, jangan bawa apa2 barangan atau beg yang kita tidak tahu isi kandungannya bersama kita. Beg kita sebaik-baiknya berkunci dan walaupun nampak tak macho, ada baiknya kita "wrap" beg kita sebelum meletakkannya kedalam cargo. Dengan cara ini orang tidak boleh hendak sabotaj anda. 
6) Aktifkan kad ATM anda (tanya bank anda bagaimana) untuk kegunaan mengeluarkan duit di luar negara spt Maybank ATM Plus. Serta maklumkan kepada syarikat kad kredit anda tentang tarikh anda akan keluar negara. The last thing we want is our credit card being decline. 

7) Buat booking tempat tinggal anda. Kami paling kerap menggunakan booking.com dan hotelclub.com. Namun jika anda ingin travel lebih budget lagi apa kata join community couch surfers di https://www.couchsurfing.org/ (amalkan sikap berhati-hati bila berurusan dalam laman sosial ini. Kami tidak bertanggungjawap atas sebarang perkara yang berlaku bila menggunakan perkhidmatan couchsurfing.org. 

8) Beritahu kemana anda hendak pergi dan beri salinan perancangan perjalanan anda kepada keluarga agar mereka boleh tahu anda berada di mana sekiranya terjadi apa-apa. 

9) Jika anda kurang berpengalaman, elakkan dari travel seorang diri. Sebaik-baiknya cuba pergi ke negara-negara yang kita ada kawan tempatan atau student kita yang belajar disana. Walaupun begitu, dalam perjalanan kami bila terjumpa orang Malaysia or Melayu (x kira dari rumpun apa) pasti kita akan lebih mesra dan senang untuk tolong menolong. (kecuali di negara-negara dimana orang melayu sangat ramai spt England dan Australia.)

10) Kaji barangan apa yang boleh dibawa atas kapal terbang dan apa yang tidak boleh.

11) Print tiket dan siapkan diri untuk penerbangan. Well saya terjumpa blog ni yang penulis dia tulis langkah-langkah nak check in dan naik kapal terbang. So boleh lawati blog dia Klik di sini

 Klik di sini

12) Bawa bersama lampu picit dan "Paper spray" untuk tujuan keselamatan namun perkara ini perlu diletakkan dalam beg pakaian kita dan dimasukkan kedalam cargo. 

13) Barangan makanan Halal. Saya fikir pack la apa yang anda rasa nak makan di sana tapi pastikan ia semua dalam pek-pek seperti brahims, yeo's, meggi dsb. Jika anda travel dalam kumpulan, anda boleh bawa periuk nasi :) Ada kawan2 travel suggest bawa sambal ikan bilis dalam tin tu tapi saya tak suka rasa sambal tu maka jika nak bawa pun bawa yang tradisional nye goreng sendiri letak dalam airtight nye bekas dan dalam beg yang akan masuk kargo. Untuk ke negara yang mana bahasa menjadi masalah maka elok ada bekalan lebih sikit. Tapi jgn risau, kalau ke negara-negara yang kami blogkan, kami akan cerita pasal makan. Kerana sebenarnya mudah sahaja nak makan di luar negara, kita perlu hanya tahu caranya dan di mana nak cari . 

PADA HARI PENERBANGAN

Sila pastikan semua perkara sudah di bawa. Pastikan passport ada. Pastikan segala beg dan barangan tajam seperti gunting dan pisau kecil dimasukkan kedalam kargo. Pastikan anda sampai paling kurang sejam sebelum penerbangan agar tidak terlewat kerana kelewatan akan menyebabkan anda kerugaian wang. 

Baju sejuk yang tebal sekiranya ada (Bergantung kemana anda travel dan musim apa) bawa naik ke atas pesawat. Ini dapat mengurangkan berat barangan kargo (standard 20kg seorang) kerana biasanya baju sejuk ini berat dan ia bila sampai di airport negara yang kita tuju tak perlulah kita membuka beg kita di hadapan orang ramai untuk mendapatkan baju sejuk kita. 

Naik kapal terbang dan mulakan perjalan anda dengan doa dan senyuman. 

APA YANG ANDA PERLU BUAT BILA SAMPAI?

Pertama sekali selepas turun anda perlu melalui immigration check. Pastikan diri anda tidak demam ya.

Kemudian ambil beg yang di terminal pengambilan beg.

Keluar dan buat keputusan untuk perkara ini:
1) Adakah telefon anda ada roaming? Sekiranya ya, adakah perlu roaming tersebut? Jika ya maka abaikan tips ini sekiranya tidak atau tidak ada maka anda perlu memikirkan sama ada anda perlukan sim kad tempatan. Kelebihan sim tempatan adalah anda ada access internet di mana-mana sahaja untuk menghubungi keluarga atau sahabat anda via watsapp/fb/kakao! dsb. Malah sesetengah negara seperti Australia (Vodafon) memberi pakej antarabangsa. Hanya 3sen seminit untuk membuat panggilan ke MALAYSIA! Wow! anda masih boleh bergayut dgn girlfriend dan boyfriend and di Malaysia dengan kadar lagi murah dari masa anda bergayut di Malaysia. haha...
p/s: Negara spt korea menyediakan perkidmatan Wifi di mana2 so pakej wifi berbayar mereka sangat baik dan lebih murah dari sim membeli sim baru :)

2) Taxi, bus atau subway? Bergantung pada lokasi dan jika ingin menaiki taxi adalah baik membeli kupon kerana... anda pun faham, sama sahaja senarionya di Malaysia dengan di luar sana.

3) Maklumkan kepada keluarga anda di Malaysia yang ada telah sampai.

RUMUSAN
Traveling ini amat mudah dan murah jika kena caranya. Cuma anda perlu-perlu berhati-hati setiap masa kerana bantuan tidak akan datang dengan mudah dan pantas kepada anda. Cuba belajar sedikit-sedikit bahasa tempatan agar mudah urusan anda. Saya mengucapkan selamat berjalan. Happy holiday dan stay safe. Well you can reach me via my FB Saya Klik Di sini

Jangan lupa, ALLAH itu ada di mana-mana. Lihat dan hayatilah keindahan bumi ALLAH dan orang-orang yang tinggal di dalam nya. Yang mana baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Ambil ilmu yang anda dapat dari pengembaraan anda dan jadikan ia sebagai perkara untuk memajukan hidup kita di sini.

Sekian,

Wassalam.

Yang benar,
Hafiz Azmi
Writer & Photographer
Sifusempoi

6 comments:

  1. en hafiz.. saya nak bertanya... mana nak dapatkan beg kecil untuk diisi pasport nie ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Aku, ia boleh di dapati di kedai2 yang ada jual barangan Travel spt Wintertime. Kedai2 di airport contohnya Emporium di LCCT. Dan banyak lagi kedai2 spt di shopping market Aeon Jusco dsb. Good luck :D

      Delete
  2. tq... :-) sgt membantu bila baca blog ini...

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya sikit la. Ni 1st time saya nak pergi travel. Ingat nak travel dalam Malaysia jer. Kalau nak g penang 1k cukup tak?

    ReplyDelete
  4. I truly appreciate perusing your blog and hanging tight for your next update.
    I welcome all the work you put into this site. I have visted some places in Thailand on my trip it was fun. I had booked Malaysia tour packages for my trip.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete