Followers

Wednesday, 24 August 2016

NEW ZEALAND DAY 2: SOUTH ISLAND JOURNEY

DAY 2: LOG IN

Pagi-pagi dah keluar dari hotel... bayar mahal2 nak tido jer :p well bila travel dengan family x leh la ikut cara bunkbed kitakan? (^__^)

so bayar je kat lobi tu utk tiket yellow bus nak ke Airport tapi kali ni NZD5 seorang. Bas sampai jer kita naik dan turun lah kat airport domastik... jgn pergi turun kat airport international pulak kalau nak p south island. Sebab bas penuh dengan orang dan barang2 maka kami dan barang duduk berterabur... turun2 bas check barang... sekali ayu kata eh.. mana beg makanan tarik... err... bas dah berlalu pergi... so saya pun mcm jason bourne berlari kejar... fuh... sampai sebelah sana jalan jer pas tu tahan taxi x tahan la semputttt..... hahaha... kejar punya kejar bas tu last2 dapat juga amik bas dan taxi tu drop saya balik ke airport dan paling menyedihkan kena bayar NZD25 naik taxi T__T $$$ melayang....

xper la holiday mood so bayar pun happy jer... hehehe...

Kami naik Jetstar bayar ND245/Pax dah masuk tax, service, beg 20kg (ini kes padan muka sebab book lambat padahal murah lagi boleh dapat). Xpelah... janji NZ kan... bukan NZ curry house.
Saya buka saudara mahupun menantu dengan itu owner NZ Curry House dan ini adalah iklan percuma :p
Flight dia sejam lebih dan kami naik flight jam 930pagi dan sampai jam 11pagi di Queenstown.


Bila fikir2 rasa gambar ni ambil guna GoPro. hahaha... GoPro yang kami order x sampai lagi so mmg sangat berterima kasih kepada Firdaus kerana sudi meminjamkan GoPro beliau penuh dgn bermcm2 gajet sampai ada yang sifu x reti guna pun! wow!

Sampai je airport Queenstown (kecik je airportnye) kami keluar pergi ke kaunter Jucy utk ambil motorhomes nak jadi cerita x siap lagi motorhomes tu so mrka bagi kami pakai kereta ntah ape2 tah dulu tapi oklah janji boleh berjalan. Beg semua muat masuk boot so no complain there. Kena ambil kereta di Jucy Depot yang dalam 400m dari airport.. nanti mereka akan guide mcm mana. So 1st time drive kena hon dekat roundbout... pening aku sistem roundbout dia tapi percayalah... you'll figure it out eventually.

Drive terus ke pekan queenstown dan parking kat sana.



Ni sabun...jangan bantai p makan pulak



Kami lunch deat kedai Turkish Kebabs ni kami makan Lamb Rice dalam NZD15 sebungkus. Order air mineral 2 jer sebab mahal kan... hahah... kenyang alhamdulillah... nak sedap sangat tu x la jugak tapi alhamdulillah boleh kenyang tu rezeki yang tak ternilai. Jumpa dengan orang Malaysia kat sini... keluarga Prof. Dr. Azizul, Dekan Fakulti Masscomm. Sebang kejap kat situ tunjuk2 gambar dan tukar2 kad...

Lepas tu kami pun dah ada date kul 2.30ptg utk naik Lake Cruze... Kami naik Queenstown Lake Cruze NZD30/pax kami beli dari bookme.com (tempat yang baik utk cari diskaun dekat NZ ni). 1jam 30 min cruze ni tapi kalau korang ada masa baik ambil Milfort Sound Cruze... ini lagi cantik dan menarik cuma 4 jam kot dan mahal la lagi dekat2 100NZ/pax




Ini adalah antara permandangan dari atas Cruze tu... menarik sangat... cantik dan relax jer... alaupun beku mengais atas tu. Boat dia dua tingkat so kami dok kat atas saja jakun :p Di ingatkan bagi yang tak tahu sekarang ni musim sejuk yer.. gigil...

Chears... ape pulak nak chears ni... ni sebenarnya masa naik cruze ni dia akan berhenti tengah2 tasik ni dan dia akan cedok air dari tasik tersebut dan bagi kita minum. Dia kata this is how water should taste like. Kmai minum dan kami rasa paper cup tu jer ^___^ rupanya air yang bersih ni kita x rasa apa2... tapi kita berasa segar dan hilang dahaga. Bersih sangat. Mereka kata air dari lake Wakatipu ni antara air paling bersih di New Zealand dan dia kata dalam hari yang paing teruk sekalipun clearity air tak pernah bawah dari 90% on normal days 95% above. Tabiklah... patutlah sihat...
Ni gambar masa nak turun dari cruze. 
Lepas turun cruze ni, kami diberi masuk ke underwater observatory deck. Menarik tengok ikan2, belut dan juga itik dalam air. Ya itik... saya x typo hahaha... sibuk je itik tu rebut makanan dengan ikan dan belut ni. Ada salmon, dan mereka ni famous dengan rainbow trout. Dalam deck ni kita boleh masukkan 2 doller utk bagi makan kepada ikan2 ni dan ia akan disalurkan dari atas tapi sebelum smpai kat ikan2 ni itik2 kat atas dah sambar banyak dulu. apa yang lepas masuk dalam air ni ikan dan belut serta itik yg menyelam akan rebut bersama... tak guna nye itik... hahaha...


Oklah sekarang dah dekat jam 5 petang ni kami kena pulangkan kereta dan ambil motorhomes kami. So kami balik ke area airport untuk tukar kerete kepada motorhomes. Excited giler kau nak drive motorhomes. >___^








Kami ambil Jucy kerana yang lain dah penuh. Kami try juga nak ambil Maui, Britz dsb tapi dah penuh... dan harga mereka ni lagi murah. Kalau nak dapat deal lagi murah, boleh googe 3rd party website mcm aussiecampervan.com dsb. dan antara website orang kita yang buat caravan ni adalah ahmadcaravan.com.

Kami sewa Jucy ni dengan harga NZD1248 dah termasuk GPS, Insurance (nak bayar apa2 pun mahal baik ambil insuran kalau apa2 jadi senang xde la kita kena bayar. kalau tak ada access 5000NZD @ RM15,000!! dah la kau accident, kena bayo lagi 15k baik taubat dan ambil insurance je. hehehe... tax sume dah cover... disel tax tak masuk lagi. Minyak n LPG Gas dia bagi full kena pulang full. Sebab penuh adalah kerana route kami.... orang selalu buat Christchurch ke Queenstown tapi kami terbalik... Queenstown ke Christchurch. Harga untuk  hari... dia kira hari bukan 06-07hb Ogos 1 hari... no... 06hb ogos 1 hari, 0hb Ogos 1 hari so kalau korg nak pulangkan pagi baik pulangan hari sebelum. x berbaloi... ok since kalau ada nak amik Jucy jgk... ni discount code kalau nak 15% discount:
" SECRETJUCY16 "

Apa yang kita kena buat nak drive kat sini... senang jer bawak lesen memandu kita ja tapi kalau nak selamat... pergi JPJ bayar RM12 mintak dia extract lesen kita. Kejap je buat dan x payah beratur panjang2 pun. nanti JPJ akan keluarkan detail dlm lesen kita agar mudah orang nak baca. 

So lepas ambil motorhomes ni (mereka akan ajar nak guna semua benda...dari power point, dump, pump, bla bla bla.. dan mereka akan bagi info tpt mana yg boleh dan tak boleh nak camp. Jgn main bantai je camping. Kalau dekat Queenstown ni banyak holidaypark (ada powerpoint dan kemudahan mcm tandas, tpt masak, dumpstation dsb) dan kalau keluar dari kawasan pekan mmg tak boleh camp... ada kawasan freecamper site yang free atau campsite biasa yang biasanya cas 10NZD/head dan adalah fasility sikit2 tapi x der powerpoint. So balik ke Queenstown ni holidaypark mahal2 sebenarnya... average 25NZD/head. Walaupun mereka x la naik ke atas kenderaan kita nak kira berapa ramai orang yang ada tapi benda ni berbalik kepada kejujuran kita lah ^__^v tapi ada 1 tempat yang murah, QCamp di Queenstown... boleh lepak situ tapi tpt ni cepat penuh so kena lekas2 dong... 

Okalah... nanti saya kasi info lagi tentang tempat mana nak park kereta / motorhomes dsb. Tapi buat masa ni... ini sahajalah yer... adiyos amigos... or as the Mouri says it... Kia Ora.

UP NEXT: NEW ZEALAND DAY 3: HAVING FUN IN QUEENSTOWN

DAY 2:  LOG OUT

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

Tuesday, 23 August 2016

NEW ZEALAND DAY 1: THE BEGINNING

LOG ON: 14hb-15hb Ogos 2016

Assalamualaikum Semua... lama betul tak blog walaupun dah beli apps bagai tetap gagal. hahaha... tapi baru ni sifu pergi jalan ke New Zealand sifu akan mendapat inspirasi baru untuk menulis blog ini semula. Semoga semangat ini berpanjangan.... hehehe...

Alhamdulillah sifu pada 5hb -15hb Ogos 2016 baru ni telah ke New Zealand bersama Isteri, Ibunda tercinta dan adinda perempuan saya. Terasa formal betul bahasa menulis :p hahaha...

Ok sebenarnya kami dah beli tiket sebelum Airasia umumkan pembukaan semula route NZ ni yg dimana beli pun sebab memang target sama ada NZ atau Europe AA akan reopen route dia. Kami beli open tiket dengan harga tertentu jeng jeng jeng... enough of membebel mari kita mulakan! yosh!

Kami naik flight AA pada 14hb Ogos jam 2355 lagi 5 min nak masuk 15hb kalau perasan la :p so excited nak fly ke NZ esp sbb kali ni pergi bawa wifekan... jgn jelous you alls :p So after 8 hours light sampailah ke Gold Coast... haa...


Tapi tajuk tulis NZ nape Gold Coast ek? dah giler ke sifu ni... oh tidak... sifu kemari hanya untuk turun buang air kecil sahaja lepas tu teruskan perjalanan ke Auckland, New Zealand. Hahaha... transit ler jgn la lurus sangat. Tapi aku cadangkan kalau ada benda yang makanan ke liquid ke hape ke masukkan dalam beg check in (cargo) sebab kat sini akan ada pemeriksaan sekali lagi carryon bags ni dan kali ni lagi ketat dari KLIA. Mereka telah merampas ikan bilisku... owh habis lah nasi gorengku tanpa berbilis... iblis punya immi ausie ... bknnye aku nak p tabur kat departure hall tu pun ikan tu hahaha...

Pendek cerita naik balik flight sambung lagi 3 jam flight. NZ ni GMT +12 kita GMT +8 maka ada selisih 4 jam. Yang best naik light tgh malam 14hb sampai pukul 4 petang 15hb dekat Auckland! hahaha... berlobang pungkok sifu wei....

1st thing first, nak ke NZ x perlu Visa kalau dari Malaysia tapi bila isi borang kat NZ nanti tick visa on arrival. Saya ada dengar kata mereka nak tgk tiket balik kita tapi takde pulak dia tanya mungkin ada dalam sistem.

Sampai je airport masa landing ada cahaya lagi tapi abis immigration clearance, custorm clearance sume tu kuar pintu airport dah gelap. Yup gelap.. sana kul  dah mcm 8 mlm... tapi nak cerita kat sini kami ada bawak 1 kotak makanan yang beli dari Malaysia. Macam2 la dalam kotak tu dari tin, kotak sampailah ke barang basah mcm bawang, halia etc. tapi yang penting  kira apa yang kita bawa WAJIB DECLARE... kalau kita x declare dan mereka jumpa masa lalu scanner tu mampus kena bayar 400NZ... so bila kita declare kita akan diperiksa.. so ini pun ikut nasib koranglah... berdoa lah banyak2, sebelum pergi tu buat la banyak2 pahala haha... moga2 dapat yang baik2... kami punya makanan dalam tin semua lepas termasuklah benda2 yang mmg commercial lable ni santan kotan dsb yang x lepas hanyalah bawang, halia dan apetah yang basah2 ni lah tapi ikan lembu atau itik xde la kami pack sekali itu kami faham sebab itu mmg budaya org sini kan. Owh... serunding tu boleh lupakanlah kalau rasa nak bawak sebab sefaham saya hampir mustahil nak lepas. Sifu juga difahamkan bahawa makanan dalam tin pun ada yang x berjaya lepas... ini sangat bergantung kepada siapa yang check beg anda. Maka buat lah muka sebaiknya frienly semungkinnya dan berdoalah secukupnya... ;p

 Oklah keluar je dari pintu arrival ni kami cari kaunter baggage storage ni.. dia terletak dekat pintu arrival. jangan pergi yang ke pintu departure pulak... memang dia akan hantar anda balik ke sini. Ok mengapa kami kemari?? well... bukan nak simpan beg. Tapi nak ambil PocWifi... portable Wifi yang kami ambil dari website http://www.pocwifi.com/ dengan harga NZD125.29 dah termasuk insuran dan GST (ni bukan GST kerajaan Malaysia ya). dan dah masuk diskaun 10% dengan menggunakan kod " twi10 " ... well kalau awak tahu mana boleh dapat wifi lagi murah sila bagi tahu lah yer... kenapa kami ambil pocwifi ni adalah kerana kami ber4 dan kalau nak ambil simcard sorang satu dah jadi mahal pada fikirkan saya maka kami ambil pocwifi ni dan kongsi ber4 (^__^)V



Oklah keluar je dari airport ni kami nak ke hotel dan kami ambil hotel yang dekat dgn airport dan murah la jugak sebab kongsi ber4 kan. Hotel ni dekat dalam 500m je lebih kurang dari airport dan kalau anda nak jimat boleh jalan kaki jer. tapi kami naik bas kuning.. hehe...

Ini imej google untuk airport ni... malas nak ambil gambar sendiri. hahah.. 


kena beli tiket dia guna syiling @ credit card kat mesin yang ada sebelah signboard ni. Harga NZD6 seorang/hala. Dia mcm bas rapidKL tu jer. Kami duk kat hotel... err... iblis?

Owh... ibis... hahaha... IBIS Budget bilik kami ada satu katil king dan atas katil kami ada katil single so boleh masuk 4 orang tapi pandai2 korg la nak masukkan mcm mana. Mereka  mintak passport dsb mcm kat korea/india/jepun. Yang mereka mintak hanyalah senyuman dan ofcourse duit kita.. hahaha... NZD149/night.

Ini imeg dari booking.com. inilah rupa bilik kami. 
malam tu kami ke pasar raya "Countdown" seberang jalan utk beli roti, nuttela, susu, cerial dan mix barries utk dinner dan bfast esoknye tu sebab bfast kat hotel NZD10/head dan benda yang kami boleh makan hanya butter toast jer so baik x payah... esoknye tu flight kami ke Queenstown, South Island naik JetStar yang paling murah. Flight internal kami agak mahal sebab kami beli lambat. NZD245/seorang dah masuk semua tax, fee dan beg 20kg. Mahal wei... T__T

So malam ni kami concludekan disini sahaja. Tunggu posting seterusnya esok ya... bubye... eh.. lupa... sebelum log out kami malam ni tetiba Fire Alarm berbunyi maka arahan dikeluarkan utk kami turun semua. maka berjimba2 la barang semua tinggal dalam bilik turun la kebawah menggunakan tangga. Rezeki kami bilik tingkat 2 kalau tingkat 20juta!!! hahaha...


kejap je kami sampai bawah pun bomba sampai... 3 bijik semuanya... mereka ni dari airport sebab tu cepat je sampai... tapi gigil2 jugak la sebab pakai sweater je kot turun. Habis bomba geledah satu hotel tapi x jumpa apa2 so dia kata ok leh masuk balik. Kami sebab jem sangat nak naik ramai orang so kami lepak kat bawah minum kopi... free jer kopi kat lobi tu :)

dah... sekarang baru boleh log out ... hehe....

Next Posting
NEW ZEALAND DAY 2: SOUTH ISLAND JOURNEY
PICTURE DARI IPHONE SIFU


LOGGING OFF DAY 1



"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."