Followers

Tuesday 29 April 2014

PERTH 1st DAY: Perth Mu Tunggu Aku Datang!

Salam sayang pada pembaca semua, sorry sangat2 sebab lama tak menaip dalam blog ni. Alhamdulillah dapat peluang untuk menulis kali ni. Sebelum tu mari kita sama2 hadiahkan Al-Fatihah dan doa yang terbaik untuk semua penumpang MH370. Semoga semuanya akan bertemu pengakhiran yang terbaik dan harapnya ianya pengakhiran yang baik.

08 JULAI 2013 PERTH, AUSTRALIA [LOG IN]

Ok, kami ni saya nak start cerita pasal Perth, Australia. Trip ni saya buat sebelum p South Korea hari tu. Sebenarnya saya tak plan nak p trip ni, sepatutnya yang pergi ni Ibu dan adik saya Sakinah beserta kawan2 dia. Ni lebih kurang hadiah untuk sakinah la sebab berjaya habiskan Ijazah dia dari Ayah kami. Oklah... tapi beberapa minggu sebelum pergi, kawan2 sakinah tu tak de sape yang yang jadi pergi tapi... Since sakinah and Ibu dah ambil tiket so apa yang berlaku adalah my father telah mengarahkan saya untuk pergi bersama mereka. Saya pun terpaksa (sebenarnya mmg nak) ikut sama ke Perth Australia. Tp sebab dah dekat sangat dengan tarikh so tiket kapal terbang saya mahal-lah! RM1,000 pergi balik. T__T

So... sebab utama saya tak masukkan plan nak ke Perth masa ni adalah kerana saya kekurangan uwang dongg... hehe... so saya ada AUS 100 sahaja untuk belanja... wuhu... dan kami pergi sana 6 hari. Hehe... Tak susah sebenarnya kalau tempat tinggal dah di uruskan dan omak den ikut sekali :p haha... But seriously AUS100 tu boleh have fun kat Perth tanpa menggunakan duit dari sumber lain dengan banyak. Bagaimana caranya?? ikuti blog post saya tentang Perth, Australia.

Kami naik red eye flight Air Asia dari LCCT ke Perth 8hb July 2013 00.05 dan tiba awal pagi 8hb July 2013 05:35.

Perth International Airport
Kecik jer pun airport dia, sebab Perth ni pun bukan la pusat ekonomi utama seperti Melbourne dan Sidney. Mcm biasa (pada hal baru kali ke-2 datang Australia ni) kami datang mesti time Winter... sebabnya... nak sejuk tapi tak nak terlalu sejuk... haaa.... apehal lak July Winter? Australia mmg musim dia terbalik dengan musim2 negara barat so ketika mana orang lain Summer... dia bantai Winter and yes mereka ada Summer Christmas... haha... OK, SEBELUM KITA TERUSKAN. UNTUK MAKLUMAT TENTANG PERTH SILA KLIK DI SINI. 

Nak mulakan dengan betapa terujanya saya dengan mentaliti rakyat mereka terhadap pengguna jalan raya.. sila lihat gambar ibu saya di bawah.

Anda sila lihat kereta2 yang ada dalam gambar ini. Kereta ini semuanya berhenti. Bukan kerana ada orang nak cross (sebab kalau ada orang nak cross mmg confirm mereka berhenti, x macam Malaysia lansung abis sume dia nak laggar :p), kereta ni berhenti sebab saya angkat kamera nak tangkap gambar ibu saya di seberang jalan. Bila dah abis amik gambar jer mereka pun jalan semula... mcm mana x respect? Malu kejap :p haha...

So abis sesi fotografi depan ni, sakinah pun dah habis terlompat2 so kami pun bergerak la ke taxi stand. Kami sampai awal so kami terus ke Apartment yang kami sewa tu. Kami menginap di Malibu Apartments, 30 Cleaver St , 6005 Perth. Atau klik sini untuk book Apartment ni di BOOKING.COM


Selesa sangat apartment ni. Kami ambil one room apartment kerana kami ada 3 orang. Kat ruang tamu tu ada Sofa Bed so saya tido kat situ lah... dapur dan cooking utensil cukup. Kami bawa sabun taharah tu untuk membantu proses samak menyamakkan segala utensil yang ada :)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat. Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak. - JAKIM
So kalau kita nak dok masak2 kat negara orang, saya cadangakan bawa la sabun ni. Sangat berguna.

So abis letak barang. Dah samak apa yang patut. Kami pun keluar lah untuk berjalan2 ke bandar Perth. Weee... Apa yang menarik tentang Apmt ni adalah kedudukan dia yang berada dalam 200m ke Bus Stop dan bus stop ini berada dalam kawasan FTZ @ Free Transit Zone... yes free... maksudnya kami nak ke bandar Perth x payah bayar.. hehe.... kalau tak paling tidak AUS 2 & AUD masa kami p ni AUS 1= RM3.40.

Ini sakinah yang sedang bergambar di Bus stop sementara menunggu bas... ntah hape kegilaan yang melanda dirinya :p hahaha... 
Oklah... kami naik bas free (pastikan anda ingat nombor bas anda kerana kalau tak kang tak reti jalan nak balik. Mana nak turun, dia lebih kurang kena ingat sikit la... kami gunakan landmark kedai kereta Holden untuk jadi que kami tekan loceng bila nak balik ke apmt kami.

Sampai jer kat Perth, bus akan berhenti di hentian bas intercity. Some detail saya x berapa nak ingat sebab masa p perth ni saya x bercadang pun nak jadi blogger... so x der la wat catatan... masa p korea pun x de bercadang nak jadi blogger jugakk... cuma masa p south korea tu mmg nak buat video guide utk orang p korea so tu yang ada banyak detail. Tapi untuk next2 trip mmg penuh dengan info and detail jer la.. so please bare with me ok? :)

So sampai2 kat Central Bus Station ni kami pun berjalan2 la dengan kaki kami pusing2 bandar ni. Please... enjoy the view... i just love the buildings.



Dia ada banyak street performance. Ini antara yang paling menarik. 

Biasalah... ada awek cantik kita masukkan dalam frame :p

Kami banyak gunakan instec kamera ni masa kat sini and south korea :D

Ini design dia mcm istana.. saya lupa dah ape ke benda nya bangunan ni... 

Ini adalah batu metior yang betul. 

Muziummmm.... aumm... kami x masuk sebab ni kos :p 

Lagi street entertainer... ini pun best. Haha... kelakor2... 
Haa... yang ada dalam gambar kat atas ni sume dekat2 jer antara satu sama yang lain. So kami jalan jer... owh sebab kami banyak tak tahu tempat so kami pergi mencari information kat Tourist Center dia. Hmm... Australia nye tourist center. Kami ada juga melawat pejabat tourism Malaysia kat sana tapi layanan yang kami terima amat menghampakan. Kami punya la excited jumpa pejabat Malaysia kat sana... tapi keluar hampa... hipirikoharamdago... grrr..... dont get me wrong. I love Malaysia and I try to promote Malaysia but I am not going to lie when doing so. Rite?

Berbalik kepada pejabat tourism Australia ni... mcm ni la rupa dia.. banyak info ada kat dalam ni. Tak paham tanya jer.

Ni sakinah buat post around the world dia kat tempat orang ramai... giler punye budak :p haha...

Street performer lagi. 
Tempat ni cantik... dia mcm kawasan paya kat Australia ni tapi ni tengah2 bandar... katak sume ada kawasan ni... hehe... 
 Basically ni la sedikit sebanyak apa kami buat kat Perth hari pertama... takde la buat ape sangat sebab baru sampai... hape pun tak tahu :p lagi2 aku yang terjun sampai ke sini. Kami tak beli apa2 makanan berat masa ni kerana semua makanan mahal kat Perth ni. Tp masa kat Airport tadi kami ada buat kawan dengan Aunty Zainul dan saya akan cerita nanti betapa bagusnya bila kita ringan mulut dan peramah :D hehe....

Balik apmt kami tanya2 kat mana nak beli2 barang sikit.. so saya dan sakinah telah membuat keputusan untuk berjalan ke arah pekan kecil yang ada berdekatan apmt kami. dekat tak dekat la, dalam 30 min juga la kami jalan. Sampai pekan tu kami pun beli pizza sikit kat kedai yang halal dan tanya orang islam kat sana mcm mana nak dapatkan supply. So kami shopping siket... kami habiskan AUS100 kongsi2 bayar utk bahan mentah sume tu. Owh... tips... semua ayam mentah brand steggles adalah halal untuk di makan.

Balik kami naik Bas... dekat jer naik bas :p kena bayar Aus 2 sorang. Huhu... sakit2 tangan sebab Aus100 tu banyak barangnya.. ayam siap 2 ekor lagi. Barang2 kat sini murah lagi2 susu tapi jangan cili, halia n benda2 yang mereka tak tanam... mmg mabeles nye mahal :p nasib benda2  tu kami bawak dari Malaysia.

So sebenarnya kami makan kat apmt jer setiap malam. so sangat jimat.

Oklah.. sampai sini jer la saya bebel... lupa nak cakap... kedai2 kat Perth (pekan besar dia termasuk shopping mall tutup pukul 6 ptg paling lewat. kalau nak beli barang malam2 kena pergi town2 kecil yang ada sekitar kawasan perumahan ni.

Untul the next post... take care...

08 JULAI 2013 PERTH, AUSTRALIA [LOG OUT]

YOU SHOULD BE EXPERIENCING TRAVEL WITH ME


UP NEXT: PERTH 2nd Day: Perth City Tour




"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

10 comments:

  1. Rindu sama perth, fremantle dan semua nya. Untung mak ngan ayah org kayz so x perlu kuar duit tiket sendiribehh ye ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess saya pun rindu... No no no... Tix I paid myself. Tu yg tgl aus 100 jer tu wat belanja :p

      Delete
  2. hamboih boleh buat rekod nih aud100 survive untuk 6 hari...hehehe tak pernah smpai perth lagi, tp mmg ada cita2 nak smpai ke sana 1 hari nanti...hehehe ooo ayam brand tu halal eh...ok bagus2....senang kalo nak masak memasak ke sana nanti...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... DJ its a record for me as well. Yup, ayam tu n u can search for halal brand listing. Perth mmg best, relax sgt2

      Delete
  3. Salam. Berapa lama trip dari lcct ke Perth.? Saya pun suka masak bila berada di perantauan.. Suka bawa rice cooker kecil. Kena beritau tourism Malaysia pasal sikap dan layanan deme di sana demi Malaysia tercinta. Katakan kebenaran walaupun pahit demi masa depan pelancungan di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Haa... lupe pulee.... 6 jam sahaja... nanti saya update dalam blog post ni.. ye beno yeop... ada peluang jumpe nanti mesti ambe kabo... untung2 ada orang tourism baca... leh take action terus :D

      Delete
  4. Untung la travel ngan mak pi jalan2 oversea .. jimat poket kan ... bile ntah nak sampai land down under nih .. mood nak ke sane lom 'mari' lagik huhuhu

    ReplyDelete
  5. hai nak sewa malibu aprtment tu tp kalau berempat depa kasi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry x perasan... saya fikir apmt tu mmg boleh letak 4 org. 2 atas katil 2 atas sofa bed. Mereka ok je. The owner was kid enough sebenarnya, asalnya apmt tu mmg utk berdua shja tapi bila kami tulis kami bertiga, dia beli sofa bed tu supaya leh muatkan sorg lagi.

      Delete