Followers

Saturday, 22 February 2014

JEJU 9th Day: Bersantai Di Jeju (Slave Hunter!)

Wau... lamanya tergendala blog posting.. hari tu Firdaus dah tegur... 3 bulan tak siap2 lagi posting ko pasal Korea. Haha... 12 hari jer kot South Korea ari tu. hadoi... biasa la, tulis detail. Maaflah pada sapa2 yang dok ikut blog ni. Mmg tak dapat nak nolongnye... ini pun bantai jer tulis. Esok nak p main Dodge Ball kul 8 pagi kat Ampang. So sekarang dah half past 12, mari-lah mula menulis posting yang lama dah tertinggal nih...

Ok, kenapa posting ni di namakan Slave Hunter? Ya, anda memang peminat KOREA! Tempat yang kami lawati ini adalah tempat pengambaran cerita Slave Hunter! Wow... comelnye la Lee Da-hae dalam cerita ni.


Yaaa.... kami di Jeju Folk Village Musium lebih kurang 14KM dari Jeju Aquarium tadi. Petik2 jer la GPS tu ikut alamat ni 631-34, Minsokhaean-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do or masukkan nombor ni 787-4501-2. Nak lebih info boleh lawati website JEJU FOLK VILLAGE MUSIUM.


Nak masuk kena bayolah... 8,000KRW seorang. Beli di kaunter tiket tempat ni sahaja. Parking adalah percuma. Kenapa kami pilih kat sini? Well sebab ini paling dekat dan dia kata dalam brosure dia ini adalah jenis Muzium kira kita boleh dapat lebih banyak info tentang Korean Culture kat sini compare to satu lagi waalaupun lagi original sebab kampung satu lagi tu mmg ada orang tinggal kat situ. Anyhow, next time Jeju we will go there definitely.


Lihatlah batu2 bulat ini... sesungguhnya ia bulat...


Kalau kita tengok peta atas ni, kita leh nampak sebenarnya Jeju Folk Village ni beso punya. Dia menggabungkan banyak rumah2 dari rakyat biasa belah utara dan selatannya sehinggalah rumah pembesar2 atau bangsawan. Dan yang menariknya dalam ni siap ada binatang2 yang mereka bela. Boleh lihat gambar2 di bawah ini nanti apa binatang yang mereka bela. Ya au au...


Dalam ni ada banyak bunga2 mcm ni. So cantik la park dia. Sejuk jer... ^___^V

Al kisahnya rakit ker boat ker perahu ker tak tau la tapi digunakan untuk memancing rasanya... walaupun ddalam gambar hanya ada awek yang terpancing namun tujuan asalnya adalah untuk memancing ikan. Namun masih menajadi misteri kenapa kapal ini boleh berada di tengah2 jalan.. mungkin satu ketika dahulu ada banjir besar....


Ini adalah salah satu pejabat kat sini. Tak tahu apa kegunaanya, mungkin hanya untuk pekerja2 bekerja. Mungkin. I dont know :D




Contoh rumah petani kalau tak salah ini dari North... if you want to know more hape north or south ni baik google jer la sebab saya sendiri tak berapa tahu. Tapi pada zaman tu adda perbezaan dari segi senibina dan susun atur.



See! Life stock! Dia kata kandang lembu dia letak lembu betul! Dia kata kandang babi hitam yang famous kat Jeju ni so dia letak babi hitam dalam tuh... ya babi ni x main cat punye... mmg original colour dia mcm tu. Orang kata daging dia sedap.. orang kata lah..kami x makan pun...


Tak tahu la hape ke peliknye budaya p simpan air kencing dalam tempayan :p haha...

Ini adalah rupa kedai2 zaman tu dulu... untuk kampung2 yang kecil2 gitu. Ni kedai ape tak hengat dah...


Ini la dia orang Malaysia yang terdampar kat Bumi Korea lama sangat sehingga mewujudkan bibit2 kesengalan yang nyata :p hahaha...


Auch... Din Arshad sangat kata sakinah utk gambar2 bercahaya (flare) mcm ni. Haha... Ini cerita dalam gambar ni ada 3 benda yg famous dan 3 benda yang takde at Jeju. Klik la atas gambar kalau tak nampak kebendanye tuh...


Carving process. Dia tunjuk mcm mana dari sepohon kayu... err.. dari blok kayu kepada ukiran orang. Entahla berapa lama nak siap kebenda ni. Seni2...


Ini sebenarnya pokok yang gondol2 belaka ni sebenarnya inilah pokok cherry yang famous tu. Cuma autumn la katakan... pokok semua dah toge...eh... togel :p


Al kiasah org dulu2 pun tahu bersenam. Alat ini kita panggil Treadmill ala takashima punya.. haha...




Untuk pengetahuan sidang pembaca ssekalian.... inlah casting asal Chuno (Slave Hunter). Wow!



Inilah gaya yang cuba ditiru tu yer dik :p hahaha... abg cakap... adik tidak berjaya... haha.... 




Inilah ceritanya Hwang Elyas lah... siap berlayar dan bersarang2 lak dia.... nak wat mcm mana.. dia kan raja.


Ini adalah bangunan yang menyimpan semua barang yang ditinggalkan dari set cerita ini.. saya x ingat cite apa :p

Ini anta kandungan rumah tadi tu. Banyak lagi barang2 dalam ni sebenarnya :)



Masa kami datang ni KBS sedang membuat pengambaran cerita kat sini. Tak tahu la cerita apa tapi kami dah minta kebenaran utk ambil merakan detik ni so... enjoy the video lah :p though i dunno what to enjoy :p




Sini adalah mcm pusat pentadbiran mereka zaman dahulu kala... kalau kita biasa tengok cerita2 korea biasa kita tengok tempat orang berkumpul kadang2 kena hukuman tu... haa.. tempat ni lah...


Ini gambar dari kawasan dalam tempat di atas. Yang kerusi dan benda2 depan ni sume alat untuk menjatuhkan hukuman... so bila kita jalan lagi dari sini kita akan jumpa tempat yang kena panjat2 sikit.. tempat ni dipanggil Pavilion.


Tangga ni kita ken panjat... ni dah dekat nak ke atas dah... well saya seorang je yang panjat sebab yang lain dah malas benda2 berbukit nih.. cukuplah sunrise peak pagi tadi. Haha... well korang.... kalau x naik pun xper sebenarnya... x der benda sangat pun.


Ini lah dia pavilion dia. Dari atas ni kalau rest2 minum air teh sambil menikmati pemandangan best la.. but then again x der la cantik sangat view dia. Oklah.. but still worth the climb lah :)

Turun2 dari tempat ni dah nak sampai jalan keluar dah.. so berakhirlah perjalanan kami dalam tempat ni. Jeju folk village ni sebenarnya luas sangat dan dia ada berapa ya... lupa pulak... sangat banyak rumah/kedai/bangunan zaman dahulu lengkap dengan tanaman dan lifestock mereka. Bila lalu kawasan market place dia ada kedai makan dsb... menarik cuma kami x leh makan jer.. xder yang halal... maybe ada tapi pusing2 sume ada jual benda hitam tadi jer... babi betul :p hahaha... hoi!

Apa2 pun oklah masuk tempat ni. Saya suka walaupun sudah letih juga. Kami manage somehow. So pas kuar dari tempat ni kami terus naik Kia K5 kami dan key in no phone utk p main kuda!! Yeah! But seriously tempat kami pergi ni tak best pun so I dont want to recomend it to anyone. Haha... just because dia dekat jer dengan tempat kami.. not that close la about 15km juga lah... Kami beli gula2 yang famous kat Jeju tu kat tempat kuda ni lah... well basicly jeju ni famous dengan gula2 and chocolate orange dia.. spt mana cameron famous dengan strawberry mereka.

Kuda ni mahal... dalam 23,000 per person for 15min... that is like RM69 OMG! So me and my sister jer yang naik sebab nak pujuk orang merajok la katakan # Ouchhh... hahah... Basicly cerita nya mcm ni... masa beli choc tadi sakinah tolong traslate so ajuma tu kata 15,000 sakinah kata 10,500 kat kami bila bayar rupanya 15,000 so semua dok bahan sakinah kata rugi lah mcm ni :p haha... langsung merajok... nasib baik x kena tinggal kat Korea... Wekkk...


Inilah dia sebahagian dari choc yang kami katakan tu.... sedap wehh... beli jgn tak beli :D


Ni la rupa budak yang ehm tu... uhuk uhuk....


Sattle horse riding for the day.. hari dah malam dan kami nak kena p guest house seterusnya... haa.... kat guest house ni ada banyak nak cerita so tunggu posting seterusnya...

Owh... before that, just  nak bagi anda semua tempat nak rujuk apa yang menarik kat Jeju ni... sila la lawati laman sesawang JEJU INI KLIK SINI KLIK KLIK KLIK

Ok... berapa ya kita dah belanja so far...

Folk Village :    8,000KRW
Horse Riding: 23,000KRW
Total            : 31,000 KRW
Total as for now: 31,000 + 20,250 = 51,250KRW @ RM153.75
RM3:1000KRW

Next Post! JEJU 9th Day: Hae-Oh-Reum Guest House



"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

6 comments:

  1. Wah, cantek! nanti pergi Korea lagi memang kena jejak Jeju Island ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun org kata jeju ni overated. For me i miss jeju for it is a very relax place to be :)

      Delete
  2. Dah lama teringin gi Jeju sebab banyak gila drama locations kat pulau ni. Tengok yang korang gi ni, terimbas cerita Queen In Hyun's Man gak. Huhu insha Allah one day akan menjejak.

    ReplyDelete
  3. Teringin sungguh nak jejakkan kaki ke Jeju island ni. Comel la Lee Dae Hae untung untung boleh terserempak kan? part babi hitam itam tu kelakar beno hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel sgt. Haha... Mekasih la sudi baca sambil gelak ketawa. Semangat ambe nk menulis lg

      Delete