Followers

Monday 30 June 2014

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq.

Assalamualaikum semua... alhamdulillah bertemu semula kita di ramadhan yang penuh baraqah ini. Amatlah happynya saya. Sepanjang bulan Ramadhan ni mungkin takde aktiviti berjalan yang akan dilakukan.. ^_^ namun saya telah mulakan satu challage utk diri saya supaya Ramadhan tahun ni leh completekan perkara2 di bawah:

1) Solah Tarawikh tak celam
2) Baca Al-Quran setiap hari
3) Mengamalkan gaya pemakanan sihat sepanjang bulan ni.
4) Melengkapkan cabaran 30 hari tanpa Gula (process sugar la)


YUP! 30 hari tanpa gula.. nak buat rasa mcm nak meroyan jer.. haha... sebenarnya bila kita buat benda ni... kita bukan menghukum badan kita tapi kita memberi badan kita ganjaran yang baik. Antara ganjaran yang akan datang bersama 30 hari ni. Kita akan lebih sihat, mudah nak buang gelembung2 perut tuh.. hehe... turunkan berat badan, akan jadi lebih muda dan bertenaga. Process sugar dah di sahkan dalam banyak medical research yang sebenarnya ia amat buruk utk badan kita. Tapi kita dah terbiasa so sekali sekala kita buat ni.. dia panggil program ni sugar detox. 30 days without sugar dan saya tahu ramai yang kat luar sana pun dah mulakan perkara ni dan ada yang mengambil kesempatan Ramadhan ni utk mulakan program ni.

haa... tu baru 4 objektif, sebenarnya ada lagi tapi tu xleh nak declare :p haha...sesiapa yang rasa2 nak join boleh lah ikut serta.

So sekarang ni si Kaki Berangan ni dok UK and dia g gatal tangan jual kasut kat blog dia dan saya pun gatal tangan dan kaki nak beli :p haha... namun saya ada masalah kat sini.. dalam banyak2 kasut tu dah pilih 3 yang di senarai pendekkkan. . x tau nak pilih yang mana satu.. agak2 mana ya yang best?



antara 3 ni nak pilih satu.. basicly sebab kasut ni ada orang nak sponser so terima kasih la orang itu. ^__^ berat rasa hati nak amik yang 182051 (brown) ni. Dilema2... oklah.. sapa2 yang berkenan nak beli kasut baik laki or pompuan yang suka travel ni, kasut Karrimor ni mmg sangat sesuai utk berjalan dan hiking. Boleh la dapatkan ia dari blogger terkemuka tanah air kita ni yang dah banyak kali menang anugerah kat Malaysia ni sebagai blogger terbaik. Boleh la layari blog dia di BLOG KAKI BERANGAN NI <---Klik tapi order sampai 7 Julai 2014 sahaja.. pas tu dia nak ship barang tu dah ke Malaysia so jangan terlambat. Klik ja kat blog dia sebab kasut sume ada detail kat FB page n kat blog dia ada link ke FB page dia. Jangan terlambat.... Karrimor ni... ori bukan gred A :D haha...

Baiklah... selamat malam semua sehingga berjumpa di posting PERTH: FREMANTLE Part 2! Haa... Nite semua...

Cabaran nak capai 85KG sebelum trip JEPUN APRIL 2015 sebab #Jepunrumahkedua  nite semua... jangan gelak.. geget kang...



oklah.. jangan lupa niat dan sahur pagi esok ya...  nite.. wassalam.

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

Friday 27 June 2014

PERTH SPECIAL! | THANKS A ZILLION!

Salam semua... *Ish mana boleh, bukan muhrim(ari tu terkena dengan kawan dalam watsapp T__T)
Okies... sebab ramai blogger yang datang berkunjung ke blog gua ni dan dah 2 blogger petik nama gua setakat yang gua perasan iaitu Wanderlust DJ <--- klik. dan  Jari Manis <---klik. Thanks a zillion! maka gua akan menulis la pulok malam ni kasi sempurna satu entry.

Thanks kepada Hamizah @ photog utk blog mamaikakijalan.blogspot.com kerana sudi jumpa saya di KT hari tu utk sembang pasal itinerary Yokosho Japan 2015 kami.

Tak dilupakan... special thanks kepada Hasni. You are the best. Happy saya dapat Postcard ni dari India.. seperti kata Ein.. sesuatu sangat.. haha...



Postcard ni dah habis pusing satu india you oulsss... hehe... thanks.

Pretty much itu jer buat masa ni.. semua kena ingat, saya baru lagi dlm bidang blogging ni so xder la banyak lagi orang nak anta apa2 kat saya sebagai ole2 ketika mereka berjimbara dibumi lain.

Special thanks to Auntie Zainon dan suami kerana sudi menjemput kami datang berbuka di rumah mereka pada 1st Ramadhan 2013. Makanan sume makanan Arab kecuali ikan pekasam sebab suami Auntie ni mmg orang arab. Sedap sangat!!! Happy!!! Weee... punya la banyak makanan sampai botek2 makan...

Mereka pick us up quite early so sementara tunggu Maghrib tu kami pun pusing2 la kawasan sekitar rumah Auntie ni.. cantik sangatt.... adoiii.... best sangat2...  (girl-ish sangat :p) sebenarnya kami takde idea kat mana tempat ni sebenarnya. Ada Auntie Zainon bagi alamat but Ive lost it somewhere. Ini adalah sebahagian dari the famous Swan River!


Property by the lake



Sunset... hampir waktu berbuka la ni. 


Cantik bunga2.. 

Ni rumah Auntie Zainon dan bahagian atas rumah ni dia buat homestay.. so sape2 yang rasa nak dok luar dari perth dan kat tempat yang super cantik ni... PM jer saya dengan email address nanti saya forwardkan.. mmg best sangat2.. i tell you. 

Ini gambar kejiranan tu dari seberang tasik.. 
So sampai sini sahaja posting saya buat kali ni. Thanks sebab sudi singgah. Semoga berjumpa lagi di blogpost seterusnya... bubyeeee.... wslm :D



"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

Wednesday 25 June 2014

PERTH 4nd Day: FREMANTLE TRIP!

11 JULAI 2013 PERTH, AUSTRALIA [LOG IN]

Apa kabar semuaaa... lama tak bersua kita ya... hehe... hari ni nak habak mai kat hampa semua yang saya nak tulis pasal 3rd day (baru hari ketiga) kami di Perth. Kami p berjalan ke Fremantle. Tolong ingat sikit bahawa hari yang kami pergi ni 11/7/2013 dan hari nye adalah hari Khamis. So sebelum ada yang bertanya mmg hari ni hari pertama puasa. Yeay!!! Puasa obersea la katakan... ahaks...

Okies... sebelum kita mengulas lebih lanjut topik Perth ni.. saya nak habak mai sat... saya lupa nak bubuh kat entry mula2 tapi saya fikir info ni penting lagi2 bila ada kawan2 yang pergi perth tak menggunakan khidmat ini... yaa... apa itu dia?? yaaa... mari dekat... mari rapat... mari tengok... haaa... kain kak .. tebu kak.... haa... :p  Okies... sebenarnya nak cite pasal kami sampai2 jer Perth kami beli sim card dan di kaunter Vodafone ada menjual international simcard yang berharga AUS20. Kelebihan sim kad ni dalam ada Aus 20 credit dan ada 25mb data. Tu x penting sangat sebab you can buy topup untuk data sahaja. Kenapa plan ni best bagi sapa2 yang ada ayah mcm ayah saya adalah! You can call Malaysia for Aus 0.02/Min! Yeah... murah giler bukan? hahah.... tapi kalau anda mmg bukan jenis nak kerap call Malaysia so boleh juga ambil pakage prepaid Aus30 yang ada credit AUS450 dan 500MB data or pakage prepade AUS40 yang ada credit Aus750 dan 1GB data... ha hamik kau... kalau kat Malaysia hampa beli simcard ada dapat ratus2 kredit mcm ni??? hahaha... internet? masa p dulu pakai iphone 3gs so sepanjang masa mmg 3g jer walaupun dah mcm keluar2 sikit dari Perth ke area rural. Mmg terbaiklah! and 3g mmg pantas... happy sangat pakai :) tak caye? klik kat VODAFONE ni.

Kisahnya bermula begini... jeng jeng jeng...

Kami bangun pagi, kami mandi (mandi walaupun winter :p), kami keluar naik bas, kami sampai pekan ingat nak naik ketapi tapi ketapi track tgh upgrade da so tutup ari tu tapi! tapiiiiii... mereka sediakan bus dari central bus station tu ke Fremantle for FREE! Wuhuuu... best tak kawan2?? besttt... aik... napa x naik Ferry? duit pun bape keping jer ada, ada hati nak naik Ferry :p tu jer dah AUS25. Baik naik Bus yang free ni baru AUS0 kan :p haha...

Perjalanan menaiki bas mengambil masa sejam lebih dan saya difahamkan bahawa bas itu mempunyai driver. Ya... sekian :p

Diturunkan di Fremantle Train Station. Kami pun mengambil2 gambar di kawasan sekitar. Malangnya kami x boleh ambil gambar dalam station sangat kerana mereka ada polisi x leh amik gambar dalam track takut2 nak plan Terorist attack... Pakcik guard tu la cerita. Tapi jangan salah faham, pakcik tu baik... dia banyak kali minta maaf tapi tu mmg tugas dia nak wat mcm mana. Dia sembang2 dengan kami tetang apa yang boleh dibuat di Frementle ni. Respect la pakcik tu...

Akhirnya dia benarkan kami ambil gambar sekeping ni...


Haa.... dapat pun sakinah buat pose "around the world" dia ni kat sini... so kami keluar la dari stesyen ini. Betul2 depan station ni la tempat tunggu bas. yang paling penting adalah 2 laluan CAT bus untuk Fremantle, laluan Merah dan Laluan Biru... boleh tengok di Peta kat bawah sebagai rujukan... dan sapa yang ada duit boleh la naik Tram Tour. Dia pusing2 satu Fremantle. Mcm Hop on Hop Off jugak tapi naik Tram lah.. and kalau nak beli tix or nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI btw boleh beli tix untuk Prison Tour dan the Spooky Night Prison Tour kat website ni! Woooo...


Oklah... mcm ni la rupanya pekan Fremantle ni lebih kurang. Bangunan dia lebih lama dan lebih clasik dari yang kat pekan Perth tuh... Saya kasi peta sikit..  saya akan cuba sebaik mungkin utk pin point tempat2 yang kami pergi dalam peta ni..

Ok kita start kat betul2 bawah tanda N @ North tu.. nampak Train Station? haa... ni la dia stationnya...

Inilah dia train station nya.. antara bangunan yang bersejarah kat sini kata deme... 

Bas yang panjang2 ni dia untuk pergi jauh2 contohnya ke bandaraya Perth. 

Klasik abis kete dia ni... hehe.. 

Ini adalah pejabat Pos... bawah sikit jer dari stesyen keretapi tu... mcm mana kami boleh lalu kat sini sebab kami nak CAT bus yang mengikut aliran warna biru... 

Ini satu Hotel yang saya kira unik... Norfolk Hotel....  Hotel ni dia x la mahal sangat sebab ala2 guest house yang up sikit... hehe.... paling murah pun AUS100/night. That is RM330 semalam! Pengsan :p So boleh la KLIK DI SINI untuk pergi ke laman web hotel ini. 

 Ini adalah Marine House dan Esplanade... 

Ini adalah Shipwreck Museum / gallery... di Stop #17 Laluan CAT Biru. 




Ini adalah bingkai kapal sebenar yang karam zaman dahulu. 


Kami pusing2 dalam Muzium tu. Lama juga la kami pusing sebab kat luar hujan :p dan kami rasa ianya agak menarik lagi2 ada satu game ni yang membuatkan kita berpusing2 dalam tu mencari clue. Menarik... kami main dan selesaikan game tersebut tapi kami tak pernah declare pape kat sana sebab game tu utk budak2 :p hahaa.... nampak tak ke kanak kanakan kami ni... :p 

Kami meneruskan perjalanan kami ke Fishing Boat Harbor dan ia setentang dengan muzium tadi. Dekat jer jalan kaki sudeh... 

Kena lintas landasan ketapi.. nak wat mcm mana.. jangan langgar waaaa.... 
 Apa yang special sangat tempat ni? haa.. sinilah tempatnya anda boleh dapatkan makan ini fresh dan sangat sedap!!! makanan apa? tadaaaa....

YES! The best fish 'n' Chips in Town! Namun gitu ini adalah bulan puasa dan kami dah pun mendapat jemputan berbuka puasa di Rumah Aunty Zainon malam nanti... so... T__T
Keliling tempat ni biasa la.. laut :p nama lagi Habor... ok... depan jer dari tempat makan ni ada Art Center.


Ramai orang kuar masuk dan kami pun masuk kuar dari tempat itu... mmg seni dalam tu :)
Menurut peta, kami boleh berjalan ke Round House dan sebenarnya nampak jer dari kedudukan kami Round House tu maka kami pun berjalan la ke sana.

jalan menuju ke pantai... 

Di atas belah kanan tu lah dia Round House. 

Ni gambo blogger yang poyo tu :p 

Sila ambil perhantian, Ibu ambe mmg pandai bergaya... hehe... 



Panjat2 kita akan sampai ke Arthur Head.. gambar ni menceritakan sejarah tempat ni.. 

tinggi la jugak :p 

Ni cerita pasal struktur kat depan ni dan meriamnya... 


Maka kami panjat2 lagi sampai la ke Round House nyeee...

ngeri tak ngeri tak?? Haa.. ni mmg tempat penjara dulu2 awal2 sattlemen kat sini. 

Adalah patung2 ni dan sejarah2 tempat ni. Kat sini ada papan2 yang menceritakan apa yang berlaku. 

Ni la kat mana tempat utk menyiksa orang.
 Maka kami pun turun la dari Round House tu dan bergambar la di bawahnya seadanya...

Me and My Ibu. I love you :D

Naik balik bas CAT biru ni ke area Fremantle Market di stop #3 CAT Biru. 


The Monk... 

Ada Indo Mee... AUS0.55 only??!! OMG mahal buat kita murah bagi mereka.. 




Basicly dua gambar terakhir ni mmg di susun gini sebab nak tunjukkan kami berjalan dari market tu ke Railway Station. Dan kami naik bus balik ke Perth dan kami tunggu Aunty Zainon utk amik kami :D hehe... kalau suh kami cari sendiri mau x jumpa :p

Oklah samapai kat sini sahaja posting kali ni... haaa... beli ape? x beli pape la kot.. pose. Posting pasal berbuka kami akan muatkan di posting akan datang di mana saya nak ucapkan terima kasih juga pada kawan2 blogger & traveler lain. Jgn lupa, posting seterusnya... hehe...

Wassalamualaikum salam.


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."