Followers

Wednesday 4 February 2015

JOM JALAN KE SEOUL CUTI SEKOLAH INI DENGAN SIFUSEMPOI! 6H 5M 24-29 NOV 2015



So dibawah SIFU Semi backpacking travel ada buat ground arrangement dan saya sendiri akan bawak anda jalan2... aww... feel-feel celebrity gitu... oklah... basicly jadual perjaanan dia mcm ni.. untuk 6 hari dan 5 malam tu. + BONUS Bawak JALAN PERGI MAIN SKI! (untuk siapa yang hendak, kos sebenar adalah sekitar RM300 tidak termasuk dalam pakej dan tiket balik mesti paling awal 1hb Dec 2015* Sifusempoi tidaka akan mengambil apa2 keuntungan dari trip untuk bermain ski ini, apa sahaja kos mesti ditanggung sendiri oleh pelanggan)

NAK TANYA TERUS? CALL ATAU WATSAPP SAHAJA 01132237556


Haa... Hari pertama sampai2.. kita akan letak beg dulu. Sebab mana leh check in awal sangat. Pas check in kita akan jalan2 kat Seoul. Boleh baca posting-posting saya sebelum ni untuk Seoul. Kita akan ke Gyong Buk Gung sampai ke Insadong... kat Mojeong Stream kita leh makan sotong pedas!kat insadong ada kedai jual beg mcm beg2 sekolah dalam cerita2 korea tu dengan harga 10000krw (rm30) sahaja... haaa... rugi tak beli. Malam kita lepak Myong dong ke dong la :p Boleh makan Yogane... Best to date bayooo!!!!! Wuhuuuu...

Gyong Bok Gung semasa acara tukar pengawal 
The Famous Nasi Sotong Pedas
mcm ABC kita dan kita akan makan ni kat Insadong... 

2nd day kita akan pusing2 ke tempat penggambaran K-Drama yang famous iaitu Petit France dan Nami Island dan juga taman yang sangat indah iaitu Morning Calm Garden. So kita leh dapat feel feel romantik gitu... kat sini kita boleh pilih nak makan BBQ ayam atau nasi goncang. Haa...

Morning Calm Garden. Picture credit to banheethespectator.wordpress.com

Nami Island
Petit France.

BBQ Chicken and above all.. HALAL!
Belah malam tu kita akan ke Itewon... Kita singgah solah dulu kat masjid Seoul dan makan kat kedai makan di sana... kat sana sebenarnya ramai yang tak tahu kita boleh dapatkan Tshirt murah... ^__^

Masjid Itewon, Seoul, South Korea. Pic source internet. 
Makan malam kat Murree atau kedai2 halal lain sekitar masjid. 

Hari ke-3...kita g Nandeamun, kat sini nak beli cenderamata dan cenderahati murah-murah... spt mana saya tulis dalam posting yang lepas-lepas... kita akan pergi ke tempat itu.. E-Dong. Kita akan naik ke Namasan Tower. Pas tu kita p Namsanguk iaitu Namsan Hanok Village... kat sana mcm2 ada... boleh tulis nama sendiri dalam bahasa Korea... boleh tengok persembahan, tgk la apa aktiviti yang ada semua boleh la. Habis tu baru kita naik Namsan Tower... kat sana kita akan tengok tempat kunci2 dan menikmati sunset dari atas Namsan tower.

Beli - beli... murah- murah... duit Malaysia pun mereka terima so jangan risau misau pisau... haha... 
Ni belajar tulis kat Namsan Hanok Village

Ni bergambar kat Namsan Tower

Tempat yang famous orang gantung2 kunci. 
Hari ke-4 seharian kita akan pusing-pusing everland! Wow... dari jam 11 kita akan masuk sehingga lah ke jam 10malam dan saya yakin walaupun anda rasa lama tapi sebenarnya tak cukup nak cover semua. Yang pasti jam 9 malam kena tengok prade dan fireworks dia! Mmg berbaloi I tell you! Dalam ni ada tempat solah. Tengah hari kita makan burger, malam kita makan nasi goreng udang.


Hari ke-5, hari ini adalah hari untuk shopping sakan. Kita akan ke Kwayjang Sijang, Pyonghwa market, pusing2 tempat mana yang sempat pusing. Semua boleh discuss dan putuskan kat sana nanti. Yang penting malam tu makan ikan bakar yang sangat sedappppp... ruginya kalau tak makan.

Ikan bakar beb... 

Gambar ni saja pilih sebab cakap nak shopping :p 
Last day hari ke 6 awal2 pagi dah gerak ke Airport Inchion kalau tak tak dapek nak naik kapal terbang balik. Haha... tinggal la kau dengan labu labi :p

Kita akan jalan2.. kita akan pergi makan dan seperti mana pembaca semua tahu, saya kalau berjalan mmg pandai cari makan. So ini la peluang untuk anda ikut makan sekali yoo... hehe...

Oklah... kos untuk ikut saya berjalan-jalan selama 6 hari ini hanya 

PROMOSI! RM1,399.00 sahaja seorang.
atau RM 1,299.00 /orang untuk yang mendaftar dalam kumpulan 4 orang atau lebih.
harga asal RM 1,499.00.

Pakage Include (Termasuk): Hostel, Transport, Entrance Fee, Guide Fee, T-Money dan sebotol Spray kaki untuk melegakan sakit2 kaki anda.

Pakage Exclude (tak termasuk): Tiket kapal terbang, Makan & Minuman, Shopping.

TARIKH AKHIR BOOKING! 31 OKTOBER 2015

Booking: RM400/Pax (50% Refundable kalau pembatalan dibuat sebelum 31 hari dari tarikh penerbangan. Tiada pulangan wang untuk pembatalan selepas itu. Ini kerana deposit tadi kami gunakan untuk booking tempat tinggal)

* Kami bagi sray kaki yang kami selalu sebut2 kat korea ini untuk anda semua guna... seorang sebotol lagi tu.
Tunggu ape lagi? nak dapatkan itinerary penuh, just email jer kat saya;

email: sifufoto@gmail.com
call/sms/watsapp: 01132237556

Caranya mudah sahaja. Beli Tiket dulu ikut tarikh berkenaan. Tak kira flight apa tapi sampai x lebih jam 8 pagi 24hb Nov tersebut dan balik 29 Nov 2015. Kami cadangkan flight Airasia jam 1 pagi  sampai jam 8.20 pagi  atau MAS jam 1135 malam sampai 647 pagi pada 24hb tersebut dan balik flight AirAsia jam 1555 @ 3.55petang atau MAS 1100pagi. Dah beli tiket sila email detail kepada saya dan deposit rm400/orang. Kalau datang dalam group deposit lagi sikit la. Deposit ni utk tempat tinggal. Terima kasih...

So, tunggu apa lagi? Book la sekarang!

Until next time... Roger and Out.

Wassalam.

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

27 comments:

  1. Wah.... Terima kasih. Bleh rembat info ni. Minta izin tuan tanah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm dah repply tadi.. hmmm... amik saja apa yang tuanku mahukan...

      Delete
  2. wah, bestnya... malangnya belum cuti sekolah, kalau x saya pasti turut sama~ ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bercadang nak buat masa cuti sekolah nanti or maybe CNY... nak ikut?

      Delete
  3. Selamat bercuti...nice entry...semoga anda terus menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabat :) rindu komen dari awak. Kena terus menulis agar selalu boleh dapat komen dari khairuddin :)

      Delete
  4. Bestnya pegi banyak tempat, n makan macam2. Dulu pg jalan2 je, makan2 xreti sangat nk cari.

    ReplyDelete
  5. Mohon share ye bro...banyak info bleh study sikit...

    ReplyDelete
  6. Bestnya. Selalu tgk org pegi korea x makan sgt. haha yg ni makan sampai terliur ni taip. Boleh bookmark post ni untuk future reference.

    btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

    Terima kasih!!

    ReplyDelete
  7. Alamak..baru terrrjumpa blog ni. x sempat nak join. lps ni nak pegi mana? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuza... may 2-7 2015 saya wat lagi trip ke Korea tapi kali ni lagi murah :D

      Delete
  8. Bro, thanks ambik gambar kitaorg kat airport td. Rupa rupanya kawan kitaorg tau pasal sifu sempoi. Huhuhu. Ina dan zura

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... cari saya di FB melalui fan page saya.. nanti leh add jadi kawan2 :D hehe... thanks sudi singgah... ^__^V

      Delete
  9. Salam..ada nak buat trip ke korea hujung bulan oct or awal bln nov tak? **tahun 2015**

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. posting ni.... dah update yg baru :)

      Delete
  10. Wah hebat blog hafiz ni..aunti n ika nk gi 17-23 feb ni..

    ReplyDelete
  11. petit france tengok dalam running man.. hahaha

    ReplyDelete
  12. Salam wrt wbt, Abang Hafiz.
    Saya Farhan, MPP UniSZA. Program dengan team abang kat Hotel Putra ari tu.
    Teringin juga nak pergi. Morning Calm Garden tu cantik sangat...

    ReplyDelete
  13. Salam wrt wbt, Abang Hafiz.
    Saya Farhan, MPP UniSZA. Program dengan team abang kat Hotel Putra ari tu.
    Teringin juga nak pergi. Morning Calm Garden tu cantik sangat...

    ReplyDelete
  14. Sabung Ayam Online Terbesar & Terpercaya Indonesia !
    Taruhan Sabung Ayam S128 - SV388 - CFT2288 (KUNGFU)
    Bonus 10% Deposit Pertama / Cashback 5% - 10%
    Minimal Deposit IDR 50.000,- Raih Kemenangan Anda Sekarang Juga 100% Tanpa Bot
    Yuk Gabung Bersama Bolavita Di Website www. bolavita .fun
    Untuk Info, Bisa Hubungi Customer Service Kami ( SIAP MELAYANI 24 JAM ) :
    BBM: BOLAVITA
    WA: +628122222995

    ReplyDelete