Followers

Tuesday, 31 December 2013

JEJU 8th Day: Driving With Style (Part 4:The Pond of God.)

Lepas jer misi mencari lotteria itu gagal kami decided we must make our move ke Cheonjeyeon waterfall, kalau kami nak terus cari makanan takut nanti dah sunset baru nak pergi hape la gunanya. Kenapa posting ni bertajuk "The Pond of God"? Well kerana lagenda mengatakan bahawa Cheonjeyeon waterfall ni adalah tempat dimana 7 fairies that serve the King of Heaven turun untuk mandi di airnya yang jernih dan bersih. Owh... untuk orang Korea dan Jepun, air terjun merupakan sesuatu yang suci maka mereka tidak akan mandi di kawasan air terjun kecuali untuk tujuan tertentu eg. bersuci, merawat etc. Kita kalu... yuhuuuu!!!!

Oklah nak kasi tahu takut tak percaya, kami ke sini guna GPS yang kami masukkan nombor phone ni 64-760-6331. Ahaks... I know right? Tengah2 hutan punya waterfall pun ada no phone ke? Hehe... kalau tak jumpa then ini alamatnya. Jeju Special Self-Governing Province Seogwipo-si Saekdal-dong 3381-1 . Pasti kalau nak pos surat kat Hangug sinhwa (Moon goddess) leh la pos surat anda ke alamat di atas yer... kekeke....

Nak tahu lebih sikit lagi pasal fall ni KLIK SINI.

Untuk pengetahuan kawan2... ada 2 waterfall yang bunyinya seakan sama tapi ejaan sahaja yang berbeza. maksud sama tapi tempat lain2. Yang kami pergi ni Cheonjeyeon Fall yang satu lagi tu Cheonjiyeon Fall. Haha... sapa pernah pergi yang cheonjiyeon fall tu tolong tinggalkan komen kalau2 ada rivew ker gambo ker yg boleh kami tengok. Maybe next time nak ke sana pula :) Ok, sila lihat peta di bawah.

Ini adalah peta attraction yang besar2 dia Jeju. Kami sekarang di Cheonjeyeon Falls di belah kiri bawah bahagian peta ni, dua waterfall yang hampir sama ejaan so hati2 ya. Jauh tu beza tempat. 
Ok, kat sini nak masuk enterence fee dia 2,500KRW seorg. Jangan lewat datang coz park ni x bukak malam. Dia pukul 6 rasanya tutup. Anyhow, dia ada 3 terjun kat sini namun kami hanya pergi dua sahaja. Yang ketiga agak jauh kebawah so sebab kami tak makan lagi(alasan :p) maka kami tak pergi la fall ke 3. haha..

Ni ada tulis2 sikit pasal 4 benda utama yang ada kat sini. 
Please-please no Swimming. Kalau tak... erkk... mcm mana nak tafsirkan tu.. :p haha... 
Owh my English... kita boleh gelak2 baca signage English mereka. 
1st Fall, hanya akan jadi Fall kalau musim hujan. Kalau tak dia jadi pond jer la.. cantik? Biru jer air dia. Geram!
Water flow to the 2nd fall. 
2nd waterfall. Relax kat sini.
Ok, masa ni kami dah penat sangat nak ke fall ke 3 tapi kami jalan juga ke arah fall ke 3 end up singgah beli buah kat kedai tepi jalan. Makan makanan berkhasiat hari ni... buah. Tapi buah dia manis2... rugi sapa pergi korea tak makan buah. Mahal la sikit 1,500KRW sepotong dan 5,000KRW utk limau manis. Lagi manis lagi mahal...

So kami tak teruskan ke fall ke 3 kerana kami dah fall-en :p haha.. tapi ni gambar kami amik dari blog goriolakwatsero


Sayang pulak tak pergi... haish...

Ok, pas tu kami naik jabatan ni utk enjoy sunset... walaupun kami tak pasti ini ke tempat yg best utk enjoy sunset but for us its a great place to be at that point of time.




Mamat ni tak habis2 memoyokan diri .... hwew hwew... 
Ok, so turun jer dari jambatan ni kami pun bergerak dalam taman tempat ni menuju ke arah kereta. Kami ingat nak tambah shopping buah tapi ajuma tu dah hilang... huh??? adakah ajuma yang kami beli buah tadi tu manusia..????!!! OMG!!! sekali dia keluar darri celah semak daa... dia p simpan meja belakang pokok2 tu.. haha... haish... dah tutup kedai rupanya.. buat suspender jer... haha....

Oklah, kami pun masuk kereta dan drive ke destinasi seterusnya... iaitu alive museum :)Itu untuk diceritakan di next post...

Ok, so dalam posting ni kami beli buah dan tiket jer

ticket      = 2,500 KRW
buah       = 4,000 KRW
Total       = 6,500 KRW

Total so far today 52,250 + 6,500 = 58,750KRW @ RM 176.25

Up NEXT! : JEJU 8th Day: Driving With Style (Part 5:Night At Museum.)


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

Sunday, 29 December 2013

JEJU 8th Day: Driving With Style (Part 3: Secret Garden.)

Gulik2 tayar kereta dari Minature land kami tekan2 GPS kami nombor ni.. 64-735-3000 dan ia membawa kita ke! 2563-1 Jungmun-dong, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea! Wow! Mana tu? (Rasa mcm iklan kanak2 lak buat mcm ni... )


Time ni dah pukul 3.15 mcm tu... ye la petang la takkan la pagi... ayoo... kami hendak pergi ke satu set pengambaran cerita korea yang pames tuh... cite ape? dah tulis beso2 kat tajuk posting ni. Secret garden ^__^ So jom kita p sini!



The Seaes Hotel & Resort Jeju yang sebilik paling murah kat booking.com RM813. Ye terima kasih, kami tak mampu wat masa ni. har... har.. har... T__T

Salah satu screen shot dari cerita Secret Garden
Gua sebenarnya bukan minat sangat k-drama ni tapi demi menulis blog ni gua terpaksa selami jiwa kdrama ni.. gua rock ooo... haha... rock la sangat.

Tak jauh sangat dari Minature land tadi kerana kami drive cuma 15min sahaja dalam kereta Kia K5 kami... okok xder gambar kali ni. Mesti korang dah muak baca tentang Kia K5 kami kan??? Tapi on the way tu kami nampak kawasan tepi laut yang mengiyurkan utk singgah maka kami buat la detour....
Seperti mana anda lihat kat dalam peta ni. Kami telah mendetour kan diri kami ke kawasan bawah tu... meh kita lihat apa yang ada kat sana kat sana kat sanaaaaa....

Arrow hitam dari mana kami datang... arrow merah tu route de tour kami dan A itu adalah Seaes Hotel. 


Ok, sampai saja kat bawah ni kami pun parking la kereta KIA K5 Kami... hahaha... x leh la mesti nak letak jugak...  gambar berikutnya adalah kawasan keliling tempat ni.
Di sinilah di mana kita boleh ambil Yacht Tour dan main dengan beberapa lagi permainan air. Tempat yang anda nampak ni di panggil Pacific Land. 
Its a long and lonely road... then again that is why we travel isn't it?
Di kala daku melabuhkankan layarku... terus ku mengembara kemana angin sudi membawaku... <--- Ini kata jiwa rock?
On the other side of the shore ada orang bermain pantai... 





Sebenarnya time kami pergi ni cuaca baik. Matahari pun malu2... suhu pun tak la sejuk sangat... tapi angin dia.. angin dia lah yang membuatkan Jeju ni.. Jeju. Nanti posting lain saya akan cerita betapa bestnya angin Jeju ni... Jeju ni kata orang Korea, ada 3 benda utama yang membuatkan Jeju ni Jeju. 1st Angin dia, 2nd Batu2 yang banyaknya dari Lava Rock dan ketiga... Wanita... dan kalau boleh saya katakan sepanjang perjalanan kami, saya fikir wanita2 Korea di Jeju ini lebih lembut dan manis berbanding di Seoul.

Ok, pas dah menikmati pemandangan kat sini. Kami pun teruskan perjalanan ke Seaes... ok.. bangunan yang besar anda nampak di gambar pertama posting ni.. itu... itu bukan seaes... mana Seaes... mari kita tgk gambar2 di bawah ni. Owh btw ini LINK KE SEAES HOTEL










The 1st Kiss Bench untuk Cerita Secret Garden











Ok since orang tak boleh nak saja-saja masuk Seaes ni kecuali ketempat2 yang benarkan so kami takda la pergi terjah masuk. Sampai sini jer la gambar hotel Seaes dan pengalaman kami bersama Secret Garden.. walaupun dikau tiada di sini tapi daku dapat rasakan kehadiran mu... Ha Ji-won


Dia siap Greet kita balik lagii... wu wu wu...  :p
Oklah, since kami memang kat vicinity ni kami decided nak ke ICC... haa.. sapa peminat Running Man tahula tempat ni.. Jeju International Convention Center. Kami ke sini kejap jer untuk tangkap gambar...belakang Seaes ni jer jalan dia...

Kami ikut laluan biru itu untuk ke ICC.. kami tak masuk pun ICC ni, just berhenti kat Roundabout dia dan amik gambar...


Kann... tu ICC belakang KIA K5 kami....
Kami pun terus bergerak... cadangannya nak ke air terjun... maka kami pun pusinglah kereta tapi dalam perjalanan tu kami berhenti kejap kat jambatan ni untuk ambil gambar...


It would be super cool kalau sempat nak turun ambil gambar but time ni dah pukul 4 ptg so kami nak pergi fall lagi so tak sempat nak turun.. a bit disappointed coz it would be very beautiful down there. 


Ok kami pun teruskan perjalaan kami lagi but this time kami ikut jalan lain dari jalan yang kami datang tadi..
Datang tu dari mana kami datang awal tadi... Pergi tu laluan kami ke Waterfall dan kami melalui Pacific Land. Ada Khadijah letak dalam jadual Pacific land ni, sempat juga kami singgah lihat2... nak tengok show2 semua tak sempat dah. Tq kerana tolong buatkan jadual kami. Kalau tak kami pun merabang2 ni.. 
Ini main entrance dia. 
Ini kat kanan main entrance tu. 
Dia ada banyak show2 kat sini... monkey show, sea lion show, tiger show... err...no tiger show... you ni... bad lah.. haha...

Yacht tour hanya 50,000KRW per person.... 1/2 day tour yang lain kami tak pasti apa lagi ada kat sini... kami tak naik la tour tu.. walaupun sebenarnya ada dalam perancangan asal tapi sampai Jeju duit dah nipissss.... haha...

Ok, kalau sesiapa yang betul2 ikut blog post saya untuk hari ke 8 ni pasti anda akan tertanya2... korang tak makan ke? T__T sad but true.. kami tak makan anything heavy and right now we are starving! So kat sini kami naik balik kereta kami (lupa nak letak KIA K5 sebab lapar sangat) dan tekan kat GPS tu Lotteria! Ada! Dekat lak tu! Wauuu... jeng jeng jeng!

You need to drive a little dalam 5 minit akan sampai area Teddy Bear Museum, Chocolate Land, Riplie's Believe it or not and starbucks.  Wow!...Kami parking di Chocolate Land dan berjalan ke Teddy Bear Museum di mana GPS kami kata letaknya Lotteria...



 Dengan gembiranya kami pun melompat ke sana namun kesudahannya...nak tahu kesudahannya kena la tengok video ni. Sad ending I tell you... sad... siot T__T curse you...



Oklah.. kami teruskan perjalan kami ke Cheonjeyeon waterfall... jumpa di posting seterusnya..

How much did we spend so far???

Well in this posting nothing...

So... we are still at 52,250KRW @ RM156.75


Up NEXT! : JEJU 8th Day: Driving With Style (Part 4:The Pond of God.)

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

JEJU 8th Day: Driving With Style (Part 2: Glass Castle & Miniature Theme Park.)

Habis bertenang kat Spirited Garden, kami teruskan perjalanan kami dengan K5
Ini map senang nak rujuk dan mudah nak faham.

 ke destinasi seterusnya. Kat kawasan ni banyak attraction sebenarnya cuma kena ada duit dan masa sebab semua attraction berbayar. Sikit2 pun lama-lama jadi bukit. hehe...
Ini baru sikit ni... haha.. we actually dont know how many really are there. 
Map ni susah sikit nak baca dan faham tapi lebih kurang mcm tu la perjalanan kita hari ni. Dari 1st point tu iaitu hotel kita semalam dan bulat2 tu tempat/kawasan kami singgah dan kami habis attraction malam p tido kat ilchulbong hotel. 
Nak cite sikit sebelum terlupa, Jeju ni besar. Dia 3 kali besar Singapura dan jalan2 dia kalau jalan utama dia besar tapi tak boleh bawa laju. Kenapa? Sebab camera bersepah2, silap haribulan habis duit bayar saman. Padan muke :p haha... lagipun GPS dia bising bila kita lebih speed limit. Siapa pernah experience GPS dia faham la bising dia tu tahap mana :p

Dan memandu kat Jeju ni pelik sikit sistem dia... tapi senang jer nak faham cuma elok ada orang lain tolong tgkkan GPS tu sebab kadang2 right turn dia sikit lagi nak U-turn. Pelik simpang dia. Haha... and satu lagi perangai orang drive kat sini yang saya x tahu apply ke semua Korea people ke tak... bila masuk lorong yang ada dua kereta masuk both end of the lorong. Mereka akan jalan sampai bertembung kat tengah2 then baru resolve mcm mana nak go about. Haha.. tapi mereka tak gado2 cuma pelik la, hadoi... kita biasa kalau nampak orang dah masuk lorong kita tunggu la dia lalu dulu ni dia tak. Macam2... Setakat kami lihat beberapa kali insiden ni, semua pertembungan ini dapat di atasi dengan bersusah payah selisih kat tengah lorong dengan penuh berhati2... hehe... sebab tu kami elak sangat dari masuk lorong sebab takut bertembung. K5 is not actually a small car so kalau bertembung mcm tu sangat susah lah.

Ok, next kita p Jeju Glass Castle but kami x masuk sebab takde sape minat nak tengok semua benda diperbuat dari kaca. yup, everything.

Well here are the address: 462, Nokchabunjae-ro, Hangyeong-myeon, Jeju-si, Jeju-do
and no telipon dia : 64-772-7777
More info klik website2 ni: VISIT KOREA & kalau faham korea WEBSITE JEJU GLASS CASTLE

Just by the road side, you cant miss it
Sebahagian dari attraction yang ada kat sini. No I dont understand what is says. 
Kaunter tiket Glass Castle
Pintu masuk utama Jeju Glass Castle. 
Tu bangunan depan tu entrance berbayar so kami boleh pergi takat depan bangunan tu sahaja. 
fee dia 9,000KRW seorang dan ia actually a... nak tahu apa dia tgk video pendek dibawah (yang mana pendek itu merujuk kepada kata ganti nama)


Ok pas bergambar kat depan Jeju Glass Castle kami pun naik balik Kia K5 kami..


... dan mulakan perjalanan ke Miniature Theme Park or Soingook Theme Park... which by the way keluar je exit Glass Castle tu belok kiri dan jalan ikut signboard dia or just tekan GPS nombor ni 64-794-5400 or address dia 1878, Jungsanganseo-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do.

Boleh juga lawati website VISIT KOREA or WEBSITE PARK NI (KOREAN ONLY) 


Ini gerbang  utama dia. Nampak kecil dari luar tapi jangan tertipu dengan rupa... 20,000 kaki persegi taman ni. 
Ok tempat beli tiket kat sebelah pintu masuk gerbang tadi. 
Ok, enterance fee dia 8,000KRW but masa kami pergi ni dapat diskaun sebab fly dengan Jeju Air. 25% off the ticket price if not mistaken and kami just bayar 6,000KRW each. 

Again please, see our SHORT video (Short is a nouns, not a verb)

Ok, kami masuk-masuk jer dalam park ni dua orang ni dok tunggu kami... terharu beb... terasa mcm VVIP.


Oklah, sekarang saya akan banjirkan posting ni dengan gambar. Hope you do enjoy it here. I know I did... we manage to pusing2 satu dunia in about 1 hours! WOW! The posting after this may contain explicit content so parental advisory is advisable. haha... 

Somehow it crashed... haish...
Strong de?  haha... 
Im shy.... 
Sometimes, I dont seems to understand his needs :p haha... 
Sah la kuat... tahan bagunan sampai keluar ayam emas... Elyas ada, kau ada? 
London Bridge by Firz. 
Statute of Liberty. 
Ini adalah dari kisah journey to the east...eh... west.. ada 3 watak yang mengiringi sami ni ce teka Elyas watak apa?
Hint... 
Bagi sapa yang tak tengok cite ni, sila la tengok. Saya gelak sampai nangis2...
Berehat sekejap... 
Mak ai... relax la brader, gua relax jer jap... 
Something is seriously wrong with him
Wah.. 
Hmmm... all is said. At least she is taller than the dwarfs rite?? 
Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar Perak Malaysia! Wow! Ada kot... haha... 
Paris in love. 
Thank you fir, I love this one a lot. 
Taj Mahal
Masjid Aqsar, or what they clam it to be. 
My Queen...





































Hehe... he done it again... ce tengok tempat sapa dia replace... 




Oklah, kami sudah habis lah koleksi... huhu... 
Oklah, keluar2 ja dari theme park ni masuk kedai cenderahati dia. Elyas jer beli Ais Krim. 

So, sehingga posting berikutnya. Jom tengok apa kita dah belanja setakat ni.
Miniature Theme Park =  6,000KRWTotal so far                 = 46,250KRW + 6,000KRW
                                  = 52,250KRW @ RM156.75

p/s: Conversion rate RM3:1000KRW.


p/s (sekali lagi): Kalau anda lihat font kami berbeza2 sebenarnya I didnt do it on purpose. Tak tahu mcm mana nak betulkan benda tu. Selalu ok jer... haish.. 



                            




Up NEXT! : JEJU 8th Day: Driving With Style (Part 3: Secret Garden.)


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."