Followers

Thursday, 5 December 2013

Seoul 6th Day: SELAMAT HARI RAYA! (Part 1: Itaewon)

First of all I want to say that I am truly sorry for the last few weeks was a very hectic week! Tak sempat nak tulis. Dengan internet connectionnye lah, dengan saya demam, dengan balik lewat dan keluar awal. Mlm ni walaupun dah jam 12 nekad nak keluarkan satu posting juga-juga. Ok... So here goes nothing!

15hb Oktober 2013 - Selasa [LOG IN]

First of all..kami nak mengucapkan Selamat Menambut Hari Raya Edul Adha kepada semua Umat Islam yang bersama-sama kita meraikannya di seluruh dunia... di kala ini kami jauhhhh di perantauan... keke... kisah sedih... :p

Salam Perantauan dari kami. Semoga keluarga tercinta selamat semuanya di tanah air... 
Baikkk... Ok, hari ini dimulakan awal kerana kami tak pasti jam berapa sembahyang Raya sebab kami tak dapat jumpa blog post or website yang menyatakan jam berapa solah. So kami keluar guest house kami sekitar jam 7 pagi dengan tanggapan lebih kurang mcm Malaysia la kot... 8.30pg mcm tu (ye saya tahu 8.30pg tu dah abis solah kat Malaysia :p) pagi ni kami reload T-Money kami 20,000KRW.

Nearest Subway Station: Itaewon (Line 6)
Distance from Subway Station: 520 meters (Exit 3)

Kalau nak detail tentang masjid ni boleh lawati laman web VISIT SEOUL.

Keluar sahaja dari Exit 3 stesyen Itaewon anda akan nampak balai Polis dan juga Hamilton Hotel. Kebayakkan orang Melayu akan tidur di Hotel ni kerana di kelilingi makanan Halal. Senang nak makan. Makanan Melayu, Pakistan, India, Arab, Korea... mmg WOW!
Ni kedai orang Melayu kita... Siap import logo Halal Jakim gitu :p
Sebenarnya bagi yang tak biasa keluar negara... kita di luar sana tak ramai so bila kita jumpa orang Melayu tak kira dari Indonesia, Singapura, Brunai or mana2 sekalipun kita akan cepat mesra dan semangat kekitaan itu akan jadi kuat tanpa mengira sempadan. Sebab kita ada kita-kita shja kat sanakan?? So selalunya tak kira siapa, asalkan Melayu pasti kita akan cepat tolong menolong tanpa mengira negara asal kita. Lagipun kitakan serumpun, adik beradik semua.

Ok, kalau nak jelaskan panjang lebar mcm mana nak pergi ke Masjid ni saya tak berapa pandai so kita biarkan peta kasi tunjuk sikit mcm mana nak pergi.

Peta dari sumber Wiki. Dan kami sahkan :p
WOW! Nampak jauh! sebenarnya tak la jauh sangat. Kurang dari 1KM dari stesyen. Yang kami tak bagi tau lagi adalah dari jumlah perjalanan ini, 500m adalah dalam keadaaan menaik... In sya ALLAH berbaloi... panjat jer. Nak detail bergambar saya fikir baik lihat di web sahabat kita ni MUSLIM BACKPACKES.
Dia ada ceritakan secara detail mcm mana rupa jalan nak pergi ke Masjid tersebut.

Masa kami pergi ni cuaca sejuk! Sebab hujan renyai2 maka bertambahlah sejuknya. Kami sampai di Masjid sekitar jam 8.30 pagi dan masih tak ramai lagi orang kat Masjid. So kami pun tertanya2 juga jam berapa solahnya.

Seoul Central Mosque (Masjid). 
Mcm ni la keadaan di luar Masjid ketika kami sampai. So berapa orang je yang ada. So sakinah pergi ke kawasan wanita. Ada satu pintu masuk di bawah tangga besar tu. Kami pula pergi mengambil Wudhu'. Tempat ambil whudu' ni di belah kanan lagi dari gambar ni. In Sya ALLAH tak akan terlepas pandang punya.

Selesai tu kami pun masuk la kat dalam.

Takat pagi ni, ini sahaja yang ada. 
Kami pun selesaikan tahyatul masjid dan duduk. Hurm... Allah hu akbar Allah hu akbar Allah hu akbar... ya... sedap bunyi takbir di pagi raya... tapi tu kat Malaysia lah.. apa yang bermain kat pikiran anda tu semua adalah tidak ada sama sekali melodinya di sini! huhu... ok, 1st of all, yang membaca takbir pun tak berlagu2. Straight jer... dan kita biasa kat Malaysia, sorang baca dulu pastu rangkap kedua kita follow ramai2... kami pun x per la, flat pun flat la janji pitching tak lari.. sekali bila yang lead takbir tu habis ker baca rangkap dia.. kita baru nak sambut... sekali mmg betul kita sahaja yang sambut! yg lain semua sambut dalam HATI! sunyiii jer ~ adoi.. ape kebendanya ni??!! Since semua pun mcm tu so kami pun sambut pelan2 tapi masih keluar lah bunyi dari mulut. Owh... dalam tu sempat lagi bertanya2 orang sebelah. Solah jam berapa... dia kata jam 10 pagi!

Erkk..??

...

Memang kami dapat pahala sembelih unta hari tu... awal giler sampai.. haha...

So keadaan ini berlarutan sehingga la ada seorang arab ni, dia rupanya sangat bekkarisma dan dia sangat di hormati oleh ramai orang dlm masjid tu. Dia sampai2, jalan ke depan kawasan mimbar. Dia minta kebeneran utk bercakap dan pembaca takbir tu pun bagi la dia Mic. Dia mula bercakap dengan suara yang garau tapi merdu. (Siot mcm tulis novel :p) Saya rumuskan apa dia kata ya, dia tegur kenapa senyap shja. Dia cerita sedikit pasal hari ini adalah hari menyambut kemenangan dan memperingati peristiwa penyembelihan nabi ALLAH dahulu. So dia menyeru semua baca bersama2.. yes... lepas tu semua baca kuat2.. walaupun lagunya tak la semerdu lagu di tanah air kita. Namun oklah dari tadi yang senyap sunyi jer..

Dan... keadaan ini kekal sampailah dekat2 dengan waktu nak solah... sikit2 semakin hilang suara.. haha... mungkin sebab lama sangat bertakbir kot :p

Oklah, dah jam 10. Imam pun kedepan. Cakap2 korea sikit yang kami paham... duh.. pas tu bilal jalankan tugasnya dan dalam masa 6~10 minit siaplah solah... kami pun mendengarlah khutbah dalam bahasa Inggeris oleh Imam tersebut dan imam menyentuh tentang pengorbanan dan perayaan edul adha ni sikit. pas tu cerita pasal dua umat islam yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH akan ampunkan dosa mereka. Imam juga menyentuh mengenai kita harus bersedekah dan mengorbankan masa dan harta kita ke jalan ALLAH. Cth, meluangkan masa di Masjid. Pas tu habis kutbah pendek ni dan dia sambung khutbah korea dalam bahasa Korea.. huhu... saya rasa benda yang sama dia ulang kot.




Apa2pun, kami dapat lihat dalam masjid tu ada beberapa lagi orang kita yang pakai baju Melayu lengkap. Personaly, saya rasa seronok melihat keadaan ini :)

Selesai solah dan khutbah. Kami bersalam2 mcm biasa dan kami tidak lepaskan peluang utk bergambar dengan Imam :)

Inilah dia Imam solah kami tadi.. yang kanan Imam tu adalah Imam Muda dari Malaysia.. keke... 

Bro yang kiri sekali ni nama dia Yen, dia orang Perak. Cantik baju dia. 
Oklah, nak pendekkan cerita.. pas habis solah ni kami pun pergi makan... kerana kami keluar awal maka kami tak makan lagi pagi tadi dan dalam banyak2 hari, hari ni la pulak dia nak sejuk.. kami dah la pakai baju melayu jer... oklah... 12 darjah celcius.. angin tu yang buat sejuk sebenarnya.

So kami pilih utk makan di sini...

Murree, gambar dari Muslim Backpakers Seoul.
Antara perkara yang saya tak faham... kenapa kami ada 4 kamera tapi satu pun tak tangkap gambar kedai ni dari luar :p haha... lapar la tu ~ Restoran MURREE. Saya lupa siapa kawin dengan siapa dapat restoran ni tapi itu tak penting! yg penting HALAL.

Kami dah dapat tempat duduk

Proses memilih & mengorder

Ni pajion mcm biasa la makan dulu buat penambah selera. 

Break Fast & Lunch... 
yezza...kami telah memilih makanan Korea... uik... pelik? tak jugak sebab kami nak makan daging. kat Korea ni daging sangat mahal dan sangat susah nak jumpa yang halal. So ini la time nak makan daging korea dgn cara masakan korea... ramai sangat orang, seat limited. Tapi saya fikir 90% org melayu dalam kedai ni dan dari 90%, 70% org Malaysia. So rasa mcm makan kat Malaysia pun ada... semua sembang2 dalam bahasa Melayu Malaysia. Owh... kami order 4 makanan berbeza supaya kita boleh kongsi2 rasa.

Kami tak berapa ingat berapa harga makan kami ni cuma yang kami tahu secara pasti ianya mahal... haha... lebih kurang 17,000KRW seorang kot...ini ada satu video pendek review pasal restaurant ni yang di buat oleh Elyas.. mari kita lihat...

So jemput la makan kat sini ya... oklah... kami ingat nak pusing2 kat area Itaewon ni tapi hujan renyai2 dan dalam suhu 12 darjah celsius saya boleh katakan takde sape nak main hujan.. hehe... so kami cepat2 jalan ke Subway utk ke destinasi seterusnya...

Ok lihat berapa kita dah berjaya guna setakat ini

Top up = 20,000KRW
Murree = 17,000KRW

Total setakat ini 37,000KRW @ RM111.00

Next posting Seoul 6th Day: SELAMAT HARI RAYA! (Part 2: Hongik Universiti)  






"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

4 comments:

  1. hongik univ mmg awesome kan? orang luar selamba jer boleh masuk. ehwa univ pon camtuh. langsung takde pagar. Pak Guide relex je , tak kisah pon sape nak masuk.hihi..ini kalau belajar kar sane, sure tak ponteng..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanda kannn... hehe... awesome sangat :) kat area Hongik ni mcm2 ada.... ehwa tu... kalau saya leh belajar dalam tu confirm hari2 x ponteng :p hahaha...

      Delete
    2. waktu pergi ehwa tu awak masuk tak dalam bangunan dia ?

      Delete
    3. x g pun... x cukup masa. nx trip

      Delete