Followers

Monday, 16 December 2013

Seoul 7th Day: Goodbye Seoul and Hello Jeju!

Sekarang kami di Airport Gimpo, di South Korea ni untuk Seoul ada 2 airport yang digunakan. Satu untuk international flight dan satu lagi untuk domestic (local) flight. So nak ke Jeju walaupun memang over sea (sebab jeju ni pulau) tapi kira domestik jugak la :p haha...

Ini adalah peta South Korea dan Jeju terletak di Selatan Negara ni. 
So seperti dalam posting lepas kami sebut yang kami sampai airport ni just in time jer... haha... mana taknya... kami ingat dalam sejam boleh sampai rupanya dekat 2 jam jugak baru sampai. Flight jam 4.25ptg dia kata kena sampai at least 30min awal so 3.55ptglah... kami sampai kat airport tu kul 3.40ptg mcm tu. Huhu... nasib baik sempat :p haha... kalau nak tahu mcm mana nak beli tiket online kami ada buat satu posting lain khas untuk tutorial JEJU AIR ONLINE TICKET RESERVATION <----klik sini. Tiket kami harga dia 45,100KRW seorang.

Ok, kaunter Jeju Air kat airport ni adalah kaunter terhujung kat area2 kaunter check in ni so berlari2 anak la kami sikit kat airport tu. Sampai2 jer masuk line kejap je sebab tak ramai orang. Sampai kaunter kami bagi passport kami sebab dia xde benda mcm online ticket ke hape sume ni dan dia tanyaada tak barang spray, lighter ke apa2 ke dalam beg laugage kita. Kalau ada dia suruh keluarkan dan masukkan dalam beg nak bawak naik cabin. Huh? Kami pun compius :p tapi dah mmg polisi mereka mcm tu nak wat mcm mana... abis berpunggah2 lah barang. Korang tahu la... bukan senang nak kuarkan semua barang ni sebab dia duduk dalam beg :p


Bila kami dah check in bag ni mereka minta tunggu 5 minit untuk pastikan beg ni selamat melalui scaner mereka. Sabo jer la... huhu... maka tunggu la kami. Excited sebenarnya nak ke Jeju. ^__^ Berat barang sebenarnyaa menurut website dia 15KG sorang tapi kami nye memang dah lebih dah pun. Mereka biarkan sahaja. Maybe time ni tak ramai sangat orang ke or mmg mereka tak kisah. Hurm...

Check in Jeju Air Counter
barang2 mcm ni mmg x boleh bawa so kena dispose kat sini. Tapi bawa takat spray rambut, perfume ke lighter yang mahal2 tu bawa jer ke pemeriksaan seterusnya. Mereka akan clearkan. Selalunya ok kalau bawa naik. 
OK! WE ARE READY! LET'S GO!
Mereka pun kata OK so kami pergi la ke pemeriksaan seterusnya.. mcm biasa kena letak beg dalam mesin xtray tu dan kita kena lalui gerbang pemeriksaan yang selalu nak bunyi bila aku lalu... dengki betul mesin tuh... hadoi...

Dah mcm biasa, kat tempat ni mana leh amik gambar... so jalan la ke pintu pelepasan... sampai2 atas sana aku terus tanya dgn stewardess yang jaga pintu tuh... comel :p dia kata "Yes, please wait here" so kami pun tunggu la kat kawasan kerusi2 tuh... dalam 5 minit dia datang kat aku, time ni tgh berdiri. Dia cakap betul2 dekat dengan muke gua beb... luruh iman... haha... lansung jem. Dia nak bagi tahu yang flight delay 10 minit. Dia ada tulis kat depan tu tapi dia risau kami tak faham so tu yang dia bagitau sendiri tuh... pas tu dia wat pengumuman dalam bahasa korea bgtau pasal delay tu. Hadoi... kalau mcm tu la cara dia cakap... delay setiap sejam pun x per.. haha...


Biasa la beb, gua ni pemalu orangnya... kena mcm tu lansung keras nak tekan kamera :p haha... masa ni Elyas dan Fir p beli air kat 7eleven dalam airport ni. Aku pun p juga pas tahu delay ni... ni nak bagitau satu perkara... kalau kat luar air banana milk standard hampir semua tempat 1,200KRW kat airport ni hanya 1,000KRW. Haha... selalu kat Malaysia apa sahaja dalam airport mahal bagai, sini murah lak sebab dalam airport takde tax :p haha... hadoii... so beli la air tenaga se 2,000KRW. Kat airport ni, polis perempuan dia pun comel2... hurm... please arrest me :p kwang3...

Korean Air ni mcm MAS la, Jeju Air ni mcm Air Asia so hanya Korea Air jer naik kat jambatan tu.. kami kena naik bas :p 
So time utk naik kapal terbang... weee.... oklah, kami naik bas dulu tapi sebenarnya dekat sangat. Kalau jalan kaki pun dalam seminit dah sampai kapal terbang still mereka pick us up guna bas. Kalau naik air asia... hahaha... jalan la kau jah.. :p

ok, jom naik... 
Perjalanan dia tak lama, sejam sahaja. Dalam flight dia tawarkan nak makan roti and air jus.

Roti dah tinggal plastik :p haha... ni air oren. Lunch kami makan kebab jer tadi kan... 
Flight kami melangkau waktu sunset semasa dekat dengan Jeju so we enjoy sunset atas kapal terbang :)

Sorrylah cahaya langgar cermin tak cantik sangat.
Yes, we did enjoy our sunset... at least most of us. hehe... some of us naik jer terus lena sampai landing... kui3... penat beb...

Landing time... Meh tgk video meh... 

Kami sampai di Jeju International Airport dalam jam 6 mcm tu. Sakinah ada sembang dgn seorang ajushi ni dlm flight. Ajushi ni dari Seoul dan nak ke Jeju atas urusan bawak kawan dia jalan. Ajushi ni cakap kat Jeju ni bahasa korea dia lain dari Seoul. Dia kata, mcm busan walaupun lain tp dia boleh faham tapi Jeju ni kalau cakap sikit jer dia boleh faham. Haha... mcm tu pulok :p mcm kita juga la..kalau p penang boleh lagi faham, kalau pergi sampai sarawak dah pelik dah bahasa melayu dia. Ayam jadi manok mcm tu la... Jeju ni besar, dia 3 kali besar Singapura dan kalau kita tak sewa kereta kat sini perjalanan kita akan jadi sangat susah.

Welcome to Jeju International Airport
Sampai2 jer, pas ambil beg kami terus ke tempat car rental. Car rental ni ada bangunan dia sendiri just beside the airport about 5 min walk from pintu keluar balai ketibaan tuh... keluar2 cross the road then kiri terus sampai nampak bangunan yang tulis Car Rental.

ini kaunter2 dia. 
Tujuan kami datang sini sebenarnya nak tanya pasal kereta kami. Bukan amik malam ni sebab kami tempah utk esok but just nak be sure nak amik kat mana. Bagi mereka yang berani nak gamble, boleh datang ambil kereta terus kat sini. Saya di fahamkan lagi murah kalau mcm tu cumanya kalau kena time cuti ke hape2 buat xde kate.. jalan kaki la :p haha... kami buat tempahan di website KT KUMHO. Buat masa posting ni tak berasa nak buat tutorial lagi nak tempah mcm mana tapi maybe di masa hadapan akan dibuat... kot. :p haha..  well apparently due to high demand (korang la mintak2 :p) so KLIK SINI UNTUK GUIDE SEWA KERETA di Jeju.

Kenapa KT Kumho, kerana dalam banyak2 onlince company kami survey sume mahal2 cuma KT Kumho ni jer yang murah so kami pun gunakalah perkhidmatan site ni. Kete apa kami sewa? haa... itu kena tunggu posting hari seterusnya. Untuk malam ni, pas habis tanya2 kami pun naik taxi. Sebab kami ber4 dengan barang2 so x muat satu taxi biasa so kami naik Jumbo taxi... bukan la lori... tapi startex yang dijadiakn taxi. Dia cas kita 10,000KRW utk ke hotel kami. Dekat je sebenarnya.

Kami duduk di MONACO HOTEL dan ia berdekatan Airport. Dekat tengah2 pekan Jeju. Highly recommended utk stay kat hotel ni. Bilik selesa, lokasi stratigik. Satu bilik utk satu malam di booking.com adalah 50,000KRW bahagi 2 so 25,000KRW seorang.




Ini jer gambar blik kami ada :p 
So sampai2 jer kami pun keluar balik utk cari makanan dan melawat2 pekan Jeju ni. Ini dia pemandangan pekan Jeju. Di ingatkan bahawa Jeju ni sangat famous dengan Seafood terutamanya Abalone dan babi hitam... hork hork... hehe... nanti kita tunjuk mcm mana rupa babi hitam ni. Kui3...

hmm..nyam3.... kehehe... 







 Hehe... besar sebenarnya pekan Jeju ni. Kalau anda fikir Jeju ni adalah pusat pelancongan yang hanya ada kedai2 kampung sahaja maka anda salah! seperti kami juga.... haha.. kami ingat jeju ni ada kedai2 kecik2 jer... sekali jalan yang utama ni semua kedai barang branded jer... hamik kau :p kami jalan sejauh mungkin dan sampai satu peringkat kami malas nak berjalan dah. Tu pun baru 1/3 dari pekan ni sebenarnya. Asalnya kami cari Lotteria sebab dlm gps dia tulis dekat belakang hotel kami jer.. tapi x jumpa pun. Rupa2nya Lotteria dah tutup! haha... kaput... kabish... gulung tikar :p so kami ingat nak cari kedai yang kami baca dalam buku jeju air tadi tapi kedai tu jauh sangat la pulak. Jumpa information counter dia, orang tu tak reti cakap english so sakinah jer la berurusan dgn dia. Huhu... so dalam dia terangkan tempat2 makan kat sakinah kami pun dengar... dia dok cakap... kogi kogi kogi... kami dok heran sebab kogi tu bukan daging ke?? hurmmm sakinah dah senyum melihat keheranan muka kami... dah habis dia explain baru sakinah cakap yang kogi tu bukan bermaksud dagings shja... yang orang tu cakap kogi tu maksudnya "sana". So, kogi, kogi, kogi bukan bermaksud daging, daging, daging tapi sana, sana, sana... huhu... ingat ada kedai daging halal... T__T

Last2 kami pun patah balik kat Hotel. Mula2 ingat nak singgah GS25 (convenient store) beli nasi dan mkn dgn maggie. Tp kt GS25 ni terjumpa ajushi yang kami jumpa kat lobby hotel tadi. So kami tanya dia mana nak makan malam. Ajushi ni x pandai sangat bahasa Inggeris so dia kata ikut dia. Dia bawa kat satu kedai seafood. Dia panggil owner kedai tu. Dia cakap la, kami nak makan. Ajuma tu cakap la ikan ni harga dia 100,000KRW. Kami pun mak ai...  kami cakap la kami ni budget sikit jer... mana ada duit nak makan mahal2 mcm tu. Ajushi ni dia kesian kat kami kot dia kata xpa,jom masuk. Dia kata dia topup apa sahaja yang kami ada. :p so dia minta 10,000KRW sorang and baki bill tu dalam 40000KRW tu dia bayarkan... terharu beb...

Our dinner

Ni dia rupa ajushi yang belanja kami 
Ajushi ni dia dari Seoul dan dia datang kat sini ada kerja apa tah... tapi dia ni buat kerja sukarela utk Red Cross. Selalu keluar negara dan pernah sampai Malaysia. Dia faham pasal agama Islam tak pasti mcm mana but I think dia ni mcm christian pastor rasanya but dia x de la dakyah kita. Ajushi ni happy go lucky jer orangnya... dia nak tolong bawak kita jalan2 esok tu tapi kami tukar2 hotel dan kete kami x cukup besar nak bawa 5 org bila dah masuk semua beg. So kami terpaksa menolak dengan baik. Rasa bersalah pun ada sebab dia bersungguh nak tolong kita siap cakap dia bukan nak bayaran ke ape ke, dia kata nak suka2 tangkap gambar jalan2... kami pula bersunggug2 tolak :p haha... kalau kete muat bai aku bawak tapi masalahnya itulah...

Tapi elyas lagi best, dia rasa bersalah kejap jer... 5 minit jer.. haha... mula2 dia kata kita bawa la ajushi tu. Kami kata oklah tapi pas bawa kita kena hantar dia balik ke sini n drive balik ke hotel seterusnya which is 1 hour dari hotel sekarang ni. Dia fikir jap.. pas tu dia kata x per la nanti duit minyak banyak :p haha.... 5minit jer rasa bersalah. Haha... TQ Ajushi! Respect!

Aajushi... sapa ingat apa nama dia??
Oklah, pas habis makan...kami pun bye bye... dia pun pergi ke mana ntah kami tak tahu dan kami pun pelan2 pergi ke GS25 utk beli nasi dan air. Lapar lagi bai... k tgk la apa yang kami makan tu, mana kenyang... haha... tp mahal la Jeju ni. Next time datang nak explore betul2 mana nak makan murah. Sebab orang kata ada.

Balik bilik dan kami pun mandi dan tidur... haummm....

Ok, mari kita lihat berapa dah belanja kita...

tiket kapal terbang kita kira sekali la yer sebab penin nak asing2kan...

Seoul - Jeju   = 45,100
Air airport     =   2,000
hotel             = 25,000
Makan Mlm = 10,000
GS25           =   3,000
Taxi              =   2,500

Total: 87600KRW @ RM262.80
Total today: 119000 + 87600 = 206,600KRW @ RM619.80
Grand Total:  RM 3139.65 + RM619.80
                    = RM3759.45
Ok, watch out for our next posting.
7th Day Logging Off

Up Next: JEJU 8th Day: Drive With Style



"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

No comments:

Post a Comment