Followers

Wednesday 25 June 2014

PERTH 4nd Day: FREMANTLE TRIP!

11 JULAI 2013 PERTH, AUSTRALIA [LOG IN]

Apa kabar semuaaa... lama tak bersua kita ya... hehe... hari ni nak habak mai kat hampa semua yang saya nak tulis pasal 3rd day (baru hari ketiga) kami di Perth. Kami p berjalan ke Fremantle. Tolong ingat sikit bahawa hari yang kami pergi ni 11/7/2013 dan hari nye adalah hari Khamis. So sebelum ada yang bertanya mmg hari ni hari pertama puasa. Yeay!!! Puasa obersea la katakan... ahaks...

Okies... sebelum kita mengulas lebih lanjut topik Perth ni.. saya nak habak mai sat... saya lupa nak bubuh kat entry mula2 tapi saya fikir info ni penting lagi2 bila ada kawan2 yang pergi perth tak menggunakan khidmat ini... yaa... apa itu dia?? yaaa... mari dekat... mari rapat... mari tengok... haaa... kain kak .. tebu kak.... haa... :p  Okies... sebenarnya nak cite pasal kami sampai2 jer Perth kami beli sim card dan di kaunter Vodafone ada menjual international simcard yang berharga AUS20. Kelebihan sim kad ni dalam ada Aus 20 credit dan ada 25mb data. Tu x penting sangat sebab you can buy topup untuk data sahaja. Kenapa plan ni best bagi sapa2 yang ada ayah mcm ayah saya adalah! You can call Malaysia for Aus 0.02/Min! Yeah... murah giler bukan? hahah.... tapi kalau anda mmg bukan jenis nak kerap call Malaysia so boleh juga ambil pakage prepaid Aus30 yang ada credit AUS450 dan 500MB data or pakage prepade AUS40 yang ada credit Aus750 dan 1GB data... ha hamik kau... kalau kat Malaysia hampa beli simcard ada dapat ratus2 kredit mcm ni??? hahaha... internet? masa p dulu pakai iphone 3gs so sepanjang masa mmg 3g jer walaupun dah mcm keluar2 sikit dari Perth ke area rural. Mmg terbaiklah! and 3g mmg pantas... happy sangat pakai :) tak caye? klik kat VODAFONE ni.

Kisahnya bermula begini... jeng jeng jeng...

Kami bangun pagi, kami mandi (mandi walaupun winter :p), kami keluar naik bas, kami sampai pekan ingat nak naik ketapi tapi ketapi track tgh upgrade da so tutup ari tu tapi! tapiiiiii... mereka sediakan bus dari central bus station tu ke Fremantle for FREE! Wuhuuu... best tak kawan2?? besttt... aik... napa x naik Ferry? duit pun bape keping jer ada, ada hati nak naik Ferry :p tu jer dah AUS25. Baik naik Bus yang free ni baru AUS0 kan :p haha...

Perjalanan menaiki bas mengambil masa sejam lebih dan saya difahamkan bahawa bas itu mempunyai driver. Ya... sekian :p

Diturunkan di Fremantle Train Station. Kami pun mengambil2 gambar di kawasan sekitar. Malangnya kami x boleh ambil gambar dalam station sangat kerana mereka ada polisi x leh amik gambar dalam track takut2 nak plan Terorist attack... Pakcik guard tu la cerita. Tapi jangan salah faham, pakcik tu baik... dia banyak kali minta maaf tapi tu mmg tugas dia nak wat mcm mana. Dia sembang2 dengan kami tetang apa yang boleh dibuat di Frementle ni. Respect la pakcik tu...

Akhirnya dia benarkan kami ambil gambar sekeping ni...


Haa.... dapat pun sakinah buat pose "around the world" dia ni kat sini... so kami keluar la dari stesyen ini. Betul2 depan station ni la tempat tunggu bas. yang paling penting adalah 2 laluan CAT bus untuk Fremantle, laluan Merah dan Laluan Biru... boleh tengok di Peta kat bawah sebagai rujukan... dan sapa yang ada duit boleh la naik Tram Tour. Dia pusing2 satu Fremantle. Mcm Hop on Hop Off jugak tapi naik Tram lah.. and kalau nak beli tix or nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI btw boleh beli tix untuk Prison Tour dan the Spooky Night Prison Tour kat website ni! Woooo...


Oklah... mcm ni la rupanya pekan Fremantle ni lebih kurang. Bangunan dia lebih lama dan lebih clasik dari yang kat pekan Perth tuh... Saya kasi peta sikit..  saya akan cuba sebaik mungkin utk pin point tempat2 yang kami pergi dalam peta ni..

Ok kita start kat betul2 bawah tanda N @ North tu.. nampak Train Station? haa... ni la dia stationnya...

Inilah dia train station nya.. antara bangunan yang bersejarah kat sini kata deme... 

Bas yang panjang2 ni dia untuk pergi jauh2 contohnya ke bandaraya Perth. 

Klasik abis kete dia ni... hehe.. 

Ini adalah pejabat Pos... bawah sikit jer dari stesyen keretapi tu... mcm mana kami boleh lalu kat sini sebab kami nak CAT bus yang mengikut aliran warna biru... 

Ini satu Hotel yang saya kira unik... Norfolk Hotel....  Hotel ni dia x la mahal sangat sebab ala2 guest house yang up sikit... hehe.... paling murah pun AUS100/night. That is RM330 semalam! Pengsan :p So boleh la KLIK DI SINI untuk pergi ke laman web hotel ini. 

 Ini adalah Marine House dan Esplanade... 

Ini adalah Shipwreck Museum / gallery... di Stop #17 Laluan CAT Biru. 




Ini adalah bingkai kapal sebenar yang karam zaman dahulu. 


Kami pusing2 dalam Muzium tu. Lama juga la kami pusing sebab kat luar hujan :p dan kami rasa ianya agak menarik lagi2 ada satu game ni yang membuatkan kita berpusing2 dalam tu mencari clue. Menarik... kami main dan selesaikan game tersebut tapi kami tak pernah declare pape kat sana sebab game tu utk budak2 :p hahaa.... nampak tak ke kanak kanakan kami ni... :p 

Kami meneruskan perjalanan kami ke Fishing Boat Harbor dan ia setentang dengan muzium tadi. Dekat jer jalan kaki sudeh... 

Kena lintas landasan ketapi.. nak wat mcm mana.. jangan langgar waaaa.... 
 Apa yang special sangat tempat ni? haa.. sinilah tempatnya anda boleh dapatkan makan ini fresh dan sangat sedap!!! makanan apa? tadaaaa....

YES! The best fish 'n' Chips in Town! Namun gitu ini adalah bulan puasa dan kami dah pun mendapat jemputan berbuka puasa di Rumah Aunty Zainon malam nanti... so... T__T
Keliling tempat ni biasa la.. laut :p nama lagi Habor... ok... depan jer dari tempat makan ni ada Art Center.


Ramai orang kuar masuk dan kami pun masuk kuar dari tempat itu... mmg seni dalam tu :)
Menurut peta, kami boleh berjalan ke Round House dan sebenarnya nampak jer dari kedudukan kami Round House tu maka kami pun berjalan la ke sana.

jalan menuju ke pantai... 

Di atas belah kanan tu lah dia Round House. 

Ni gambo blogger yang poyo tu :p 

Sila ambil perhantian, Ibu ambe mmg pandai bergaya... hehe... 



Panjat2 kita akan sampai ke Arthur Head.. gambar ni menceritakan sejarah tempat ni.. 

tinggi la jugak :p 

Ni cerita pasal struktur kat depan ni dan meriamnya... 


Maka kami panjat2 lagi sampai la ke Round House nyeee...

ngeri tak ngeri tak?? Haa.. ni mmg tempat penjara dulu2 awal2 sattlemen kat sini. 

Adalah patung2 ni dan sejarah2 tempat ni. Kat sini ada papan2 yang menceritakan apa yang berlaku. 

Ni la kat mana tempat utk menyiksa orang.
 Maka kami pun turun la dari Round House tu dan bergambar la di bawahnya seadanya...

Me and My Ibu. I love you :D

Naik balik bas CAT biru ni ke area Fremantle Market di stop #3 CAT Biru. 


The Monk... 

Ada Indo Mee... AUS0.55 only??!! OMG mahal buat kita murah bagi mereka.. 




Basicly dua gambar terakhir ni mmg di susun gini sebab nak tunjukkan kami berjalan dari market tu ke Railway Station. Dan kami naik bus balik ke Perth dan kami tunggu Aunty Zainon utk amik kami :D hehe... kalau suh kami cari sendiri mau x jumpa :p

Oklah samapai kat sini sahaja posting kali ni... haaa... beli ape? x beli pape la kot.. pose. Posting pasal berbuka kami akan muatkan di posting akan datang di mana saya nak ucapkan terima kasih juga pada kawan2 blogger & traveler lain. Jgn lupa, posting seterusnya... hehe...

Wassalamualaikum salam.


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

9 comments:

  1. Best penceritaan anda... Sungguh klasik tempat itu... Kete sungguh unik... Boleh buat contoh bila ke Perth nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kira agak ingat2 lupa ni. Alhamdulillah ada gambar2 dan rujukan yang saya kena baca semula :p

      Delete
  2. klasik nye bangunan di freemantle nih...next time ada rezeki nak ke perth la pulok!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... sebab Frementle ni mmg antara tempat english settlement yang tertua kat Australia ni

      Delete
  3. Heheh DJ pun nak pergi Perth... nak ikut...:) Wajib singgah Fremantle ni kalau ke Perth...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... saya fikir part of Australia yang paling relax is Perth.. you should go there.

      Delete
    2. Eleleeee en mie bukan dah beli tiket ke....hehehe saya takde tiket lagikk....saya la nak tumpang en mie nanti nih...hahaha

      Delete
  4. Baca entry ni teringat kembali kenangan nk pergi ke Fremantle tu...JM salah bagi route jln nk ke sana..pastu ada org merajuk..terus exclude JM dari group dorang...Bandar yg pertama JM jejak di Australia adalah Perth, then baru Gold Coast dan Sydnet..jika org tanya mana best antara 3 tu..JM pilih GC dan Sydney..PErth lebih kepada bandar org2 'lama' ..tenang dan damai je..kalau org tanya nk repeat tak Perth?..jawapan nya tak kot heeee

    Kalau jalan2 di negara sejuk bualan puasa mesti tak terasa sgt kelaparan tu kan HA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM sorry tak perasan ler comment ni :p mcm mana leh terlepas pandang. haha... sy dah pernah ke Gold Coast, its fun. Lots of hip and entertainment. Lots of thing to do. Love to go there someday. Maybe after dah kawin la kot :p haha.. Sydney nver been there. Next trip Melbourne in sya ALLAH. For me as far, i like to visit GC but if I must choose to migrate most probably ill choose Perth sebab dia relax jer... hehe... Tapi plan mmg nak habiskan Aussie ni semua bandar besar, great ocean road dan merentas padang pasir dia naik ketapi :) tahun ni kalau puasa kat Aussie pun best JM sejukkkk...

      Delete