Followers

Wednesday, 19 March 2014

BUSAN 11th Day: HAEUNDAE & GWANGALLI BEACH EXPLORE (Part 1)

Still praying for our flight MH370 KL-Beijing. Please be safe. Oh ALLAH, jika di langit turunkanlah, jika di laut timbulkanlah, jika di bumi tunjukkanlah. Berilah kepada kami dan mereka yang terbaik. Kerana kami mengerti DIKAU lebih tahu apa yang terbaik buat kami. 


[LOG IN] 20HB OKTOBER 2013 AHAD

Bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju... err... nanyi la pulak... hehe... oklah... nak cerita pasal hari kami di Busan. Esok dah nak balik so hari ni mesti pusing puas2 Busan nih. Kalau ikut plan... bangun awal2 pergi Taeguk Village atau Santorini on the South Sea. Wuhuu... tangkap gambar sunrise kat sana... wuhu..


... hehe... harapan :p semua dah penat nak bangun n kuar pepagi hari menahan taxi g sana :p haha... hadoi...
So kami just tengok tempat ni dari jauh jer... T___T next time I'll go there for sure!

Xper la... so lepas dah mandi tu dalam kul 9 pagi mcm tu kot kami kuar. Kuar2 kami naik Metro pergi ke Gwangalli Station dan turun kat sana. Di sana ada Tourist information counter so kami pergi la tanya2... since kami tak tahu banyak benda pasal Busan so adalah terbaik untuk kami bertanya apa yang ada kat Gwangalli beach ni. So dia cerita la mcm mana nak pergi, apa yang ada di area2 tu. Dia bagi brosure and map kawasan Gwangalli tu. Oklah, kami naik2 jer nampak Ediya Coffee... kami tak minum lagi pagi ni so kami singgah la minum kat sini. Saya biasa la, Caramel Macchiato 4,500KRW.


Kami pun bergeraklah ke arah Gwangalli Beach dengan kopi di satu tangan dan satu lagi tak pegang ape2 :p hehe... jarak dari station tu 750m straight direction... kami keluar2 pintu station subway tu amik kanan dan straight jer tapi nak kepastian tanya la org local... tanya jer beach... nanti mereka tunjukkan satu arah ... straight jer arah tu... good luck :p


Welcome to Gwangalli Beach! Yeah... mari kita panggil Haha & Skull sekejap untuk nanyi2...


Wuhu... abis dia senaraikan tempat2 yang menarik nak pergi. Hehe... ok kita sambung balik. Hadoi... sape lak p masak meggi nih... lapo la pulak... ok Hafiz fokus2...

Apa yang istimewa kat Gwangalli Beach ni? Haa... ya... jambatan dia.


Ini jambatan sangat famous-lah. lagi2 waktu malam. Sangat cantik. Paling istimewa adalah Busan Firework Fiestival! Tahun lepas jatuh pada tarikh 25-26 Oktober 2013. Kami balik 12hb Oktober 2013 ke Malaysia... sedihnye... huhu.... hehe... kalau tak mcm ni la lebih kurang.


... (i dunno what to say) T__T

Ok... moving on... Gwangalli beach ni famous dengan aktiviti airnya tapi kalau datang waktu musim sejuk jangan harap la :p haha...

Cantik bangunan ni... 

Lihatlah betapa banyaknya kedai kopi kat sini.. 

Ini adalah post around the world oleh sakinah... kenapa around the world? entah la kenapa... kurang normal sikit kalau difikirkan around the world nye simbol mcm ni :p haha....
Kami pas lepak2 kat sini kami buka peta...


Kami plan nak jalan dari Gwangalli Beach to Haeundae Beach... nampak dekat tapi apa yang kami tak tahu jarak dari Gwangalli ke Haeundae beach itu dalam lebih kurang 10KM (ikut jalan yang mana kami tak payah nak berenang yer).  Tak la jauh tapi kalau jalan... mau 2-3 jam kalau jalan santai2...  dan masa kami kat sana ari tu kami tak tahu pasal hal ni :p haha... tapi bagus sebab kami tak tahu, kami pilih untuk jalan. Kalau kami tahu mesti kami dah naik Subway turun kat Haeundae Station... baru kena jalan 450m dari stesyen ke pantai.

Kenapa untung berjalan?? haa.... nama lagi traveler... kami suka jalan2... tgk watermark Sifu Sempoi.. ada 3 benda... kapal terbang kertas mewakili travel, tapak boots mewakili berjalan dan dslr mewakili photography. So mmg matlamat kami travel-jalan-foto.
Oklah... kami memilih untuk mengikut jalan tepi2 pantai ... mula2 kami jumpa theme park kecil ni.


Kami lalu jer... tak singgah pun park ni.. ramai kanak2 jer yang main kat sini.

Pas tu kami jumpa tempat orang naikkan hasil laut di Busan ni! OMG! Kat kawasan ni juga ada kedai makan seafood mcm kemah2 tu! Untuk pengetahuan pembaca semua... kat sinilah tempatnya dimana seafood lagi murah dari Jagalchi market. Memang terbaik. Kalau tak salah King Crab kat sini 35,000KRW/KG. Compare to Jeju 100,000KRW/KG (Semua tulis dalam bahasa korea, sakinah pun x leh nak pastikan sangat tapi takat itu jer kami mampu beritahu. Mungkin lebih murah.) nama tempat ni Millak Raw Fish Village / Center. Ada dalam peta kat atas tu... untuk info lanjut KLIK SINI.


Oklah kerana semalam dah mewah sangat makan kat Jagalchi market maka kami tak la singgah makan kat sini. Kami jalan la lagi. Sampai la kami jumpa... ME WORLD! Besar taman tema ni... wuhuu... teruja...


Tapi...


Kami tak tahu kenapa ia telah ditutup.. sape faham apa dia tulis ni? hehe... kami lepak depan ni sambil membeli roti kat Paris Baguette Cafe dan bersembang2 kat depan kedai ni... antara kandungan persembangan kami adik beradik...  ni kalau beli theme park and namakan ia Azmi World pun best jugak... hehe...
 


Kami sangat suka roti2 kat kedai ni.. ianya sangat sedap. Kat sini saya belanjakan 3,000KRW. Oklah kan... tapi rasanya keseluruhan roti dalam gambar di atas harganya dekat2 9,000KRW juga.

Nak tahu apa kami jumpa lagi lepas ni?? Tunggu posting kami part 2 pulak... ^__^V bubllie bye....

Berapa yang telah kami belanjakan takat ni?

Kopi            4,500KRW
Roti              3,000KRW
Total            7,500KRW @ RM22.50. 

UP NEXT | BUSAN 11th Day: HAEUNDAE & GWANGALLI BEACH EXPLORE (Part 2)




"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

4 comments:

  1. diamond bridge ! waktu malam or sunset tentu lebih cantik...

    ReplyDelete
  2. Nana Tron... menurut gambar2 yang kami tgk mmg cantik pada waktu malam dan kalau kami sampai ke Busan lagi mmg kami akan datang melihat jambatan ini waktu2 itu :)

    ReplyDelete
  3. Kami kat Busan skrg...yr entry abt Busan sgt2 membantu...tq..

    ReplyDelete