Followers

Thursday, 6 March 2014

JEJU 9th & 10th Day: Hae-Oh-Reum Guest House

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Hadoii... sorry sangat sebab tak dapat nak update selalu. Akan usaha cari lebih masa untuk update kerap. Ok... hari ni nak sambung cerita pasal Jeju. Ini adalah malam terakhir kami kat Jeju. T__T sebenarnya masa tulis ni terasa sayup hati sebab teringat atau lebih tepatnya rindu kat tempat ni. Hurm....

Ok, malam ni kami drive ke satu Guest House dekat dengan kawasan Wind Mill dan tempat ini bagi saya.. saya tak tahu la kawan2 lain tapi untuk saya sepanjang trip ke South Korea ni paling memberi kesan kepada emosi saya.


Tempat ni cantik dan tenang tepi laut. Ok.. enough feeling2 touching2 :p haha... mari kita cerita kat mana kami p tido malam ni. Hehe... Ok... tengok peta bawah ni... ni kat mana kita p malam ni... jauh kami drive sebenarnya dalam sejam juga pas main kuda tu...

No la... bukan kuda yang ini lah... hadoi.. 
Kuda yang ini ha... 
Ok.. mari tengok peta ni...


Nampak dalam peta tu belah kanan atas. kat situ la kedudukan guest house kami. Kenapa kami pilih nak dok kat sini. Ada dua sebab... cantik dan on the way balik ke airport. Tempat kami pergi ni nama dia Hae-Oh-Reum Guest House dan kalau berkenan nak tengok sila la ke link booking.com <--- klik sahaja kat sini akan bawa anda ke page guest house ni.

Kami bayar 88,000KRW untuk 4 orang atau RM 269.00 mengikut kiraan booking.com. Jadi senang cerita 22,000KRW seorang-lah! Huhu... yea la hostel like. Dalam rumah ni ada 2 bilik hostel untuk lelaki dan 2 bilik untuk perempuan. Satu bilik ada 3 katil double decker so leh muat 6 orang. Katil dia bagi sape yg tak biasa (mcm kami) ada heater. Kena plugkan heater yang dok bawah tilam kita tu ke plug kat dinding tepi kepala kita. Yess...

 Tuan rumah dok sekali ada bilik dia. Tingkat atas untuk perempuan tingkat bawah bebas jer sapa2 nak pusing or lepak2 yang dipanggil common area. Ada dapur leh nak masak2 ke pape. Tuan rumah dia baik. Kita boleh nak guna apa2 nak masak tapi dia pesan satu jer... mcm mana kita ambil mcm tu kita pulangkan semula. Maksudnya dah habis guna basuh la balik. Jangan semak2kan... kat sana ada ramen, ada benda2 instant yang kita x leh makan... tapi kopi pun ada so leh bancuh la. Free sahaja.

Ada 2 sahaja bilik air satu utk lelaki satu utk perempuan. SO kalau ramai tu bersabar lah yer.. haha... Dan orang korea yang dok hostel mcm ni dia x kisah. Dia mandi dalam bilik air (ada kawasan berlangsir utk mandi) dia biarkan pintu x kunci so kalau kita nak guna toilet or berus gigi boleh guna.... mesti x nampak gambaran kan? haha... kami x der gambar la pulak tapi bayangkan mcm ni. Bilik air dia 4 segi mcm bilik air biasa ada satu sinki, satu mangkuk tandas dan satu shower. Shower tu jer yang bertutup dengan langsir yang lain tu open. So kalau nak guna pepandai la yer plan2 :p haha...

Owh... ada seekor anjing yang comel tapi anjing ni x masuk rumah. kat luar sahaja.

Kami sampai2 sahaja dengan kia K5 kami kat sinii dah gelap. Dan sesungguhnya bila kita drive in K5 ke guest house mcm ni mmg jadi over sangat kete tu sebab semua orang pun pakai moto or kete buruk2 jer.. hadoi... rasa mcm orang pekan masuk kampung :p (no offence).

Kami sampai2 jer sakinah keluar kete terus anjing tu datang kat dia... dia lari la keliling kereta... pusing2 anjing tu kejar dia. Kami dalam kete gelak jer :p haha... anjing tu kejar nak main bukan kejar garang2 mcm tu. Tu yang kami gelak... so pas tu tuan dia panggil. Anjing tu pun p la kat tuan dia. Kami keluar mula2 ragu2 jugak nak dok sini. Tapi kami tabahkan hati dan masuk check in jugak... dan its the best decision of our life :)


Kami masuk2 jer tuan rumah tu tanya dah makan ker... pas tu dia tanya kami muslim dan dia tahu kami x makan daging yang x halal semua tu. Dia search kedai yang dekat dengan rumah ni guna Never dan call kedai tu tanya pasal paste dan semua bahan2 dia. Bagus tuan rumah ni. Pas tu dia bawak kami dan dua lagi penghuni lain rumah tu utk p makan kat sana. Dalam 10min drive dari rumah ni. Kami sampai dia dah orderkan semuanya dan kami makan sahaja. Atas sebab yang saya sendiri tak tahu... kenapa xder gambar makanan malam tu padahal rasa mmg ada tangkap??? Kesudahanya seorang kena bayar 12,000KRW dan makanan dia sedap. Alhamdulillah kerana kalau sapa ikut posting pasal 9th day kami mmg x makan sangat. Huhu... kebuloq.

Pas makan kami balik ke hostel. Lepak2... semua org pun dalam common area minum soju kami join jer sekali tapi x minum la. Kami sembang2... mereka bagi kami jus. Mabuk2 la jugak bila dah lama tu tapi kawan yang kami baru kenal ni nama dia Hanul-Lee dia dari Seoul dan kerja di LG tapi dia kata "I Love Samsung" so... hurm...  dia x minum sangat so x mabuk mcm kawan2 dia yang lain. Tapi mereka x mabuk mcm kita tengok dlm cerita. Mereka boleh sembang2, respond kepada kita dengan baik. Boleh jawab soalan dengan betul. Risau pasal kita. So layan diaorang ni mmg best n melucukan... Spt kata Hanul "I shy" haha...


Ni kawan2 baru kami kat sana. Semua sporting.. inilah kesernokan dok kat hostel. Kita leh kenal orang dan cara hidup yang sempoi... hehe... kami layan cerita, layan muzik... owh... lupa nak cakap.. pasal anjing tadi... dia mmg suka kejar orang nak main tapi dia x akan pernah sentuh kita. So jgn risau la yer..

So malam tu kami keluar kejap tepi laut dan enjoy angin jeju yang sangat kuat tu sambil di dendangkan muzik dari paluan ombak ke batu. Aman sangat... sangat2 best... agaknya inilah sebabnya saya rindu tempat ni sangat2... kerana angin dan ombaknya...

Masuk leak dengan kawan2 ni... sampai tengah malam. Kita nak tido dalam bilik mereka nak sambung minum beer lak. So dalam mabuk2 tu mereka hantar kami ke bilik. Tengok kami selesa ke tak. Pas tu good nite semua dia tutup lampu dan tutup pintu. Diaorang lepak kat common area tu minum sambil gelak2.. sebenarnya tak terganggu pun cuma tengah dok sembang2 dengan Fir sebelum tido (elyas dah hilang dah dlaam alam mimpi) sekali pintu dibuka dan ada seorang dari kawan2 ni intai dalam... dia tgk saya dan fir belum tido dia tanya.. why no sleep? why? noisy? .. kami cakap la no, its ok. We are ok. About to sleep. So dia tutup pintu... ntah apa dia cakap dgn kawan2 yg lain mereka p melepak kat luar rumah minum2... ha kau! dah la kat luar tu sejuk punya la dia xnak ganggu kita! Tang tu hormat aku kat depa walaupun depa mabuk. Malam tu menurut Fir sebab saya pun dah lelap. Mereka dah abis minum masuk rumah nanyi2 anta kawan2 ke bilik dan last sekali masuk bilik kami sebeb dalam bilk kami ada 3 orang lagi tido kat situ so tergolek dog mereka atas katil... litrally tergolek dengan ponggong ke atas :p hahah....

Pagi esoknya kami bangun mereka tak bangun lagi. So pas siap2 kami pack bag masuk masukkan dalam kereta dan pergi ke pantai utk tangkap gambar waktu sunrise in which side kami ni sun set bukan sun rise so xder la sunrisenye :p haha...


Ini gambar ketika di pantai Jeju... Relax tepi ni mmg best... selagi tak kena Tsunami that is :p haha....
So ni sikit gambar sekitar dan dalam guest house ni... I swear I did took a lot of photo of this place tapi xder! mana p nye sume gambar ni?? T__T

 Kincir angin oh kincir angin... 






Papan ni dalam common area. Dia ada gambar2 dan notes serta pos kad orang yang pernah datang sini dan ucapan terima kasih dan sebagainya. Memang menarik sangat.

So pagi2 pas amik gambar semua ni datang la seorang tetamu rumah ni jugak la... nama dia Hyejung Hong. Tak salah saya maksudnya permata ke mcm mana... lupa lak... dia ada cerita nama dia ada kena mengena dengan Goddess.


Selfie kejap dulu dengan Hyejung... comelkan?? Hehe... so kami kawan sampai sekarang lah. Sembang2 dgn dia kat Jeju ari tu mula2 dia ingat kita ni kawan2 datang dari banyak negara. Dia kata saya dan sakinah dari Malaysia dan Fir dari India Elyas dari Afganistan. Aku punye la gelak... mana tahan beb... nangis2 rasa tahan ketawa :p mana la dia dapat idea tu. Haha... ye la malam sebelum tu dia ada kat common area tu tapi kami x sembang2. dia sembang dgn orang korea lain sambil makan pas tu dia masuk tido. X sembang pun dengan kami. Tapi masa kami sembang2 dgn Hanul tu dia dengar2 sikit tu. Kita adalah cerita pasal orang Islam kat mana selalu ada lagi... tu yang hanul ada cakap pasal india dan Afganistan tu... agaknya dia amik dari situ kot :p haha..  Hyejung2... hai... kelakor... kami x sembang panjang sebab nak kena kejar flight pulak...


Gambar terakhir kat umah ni sebelum bertolak ke Airport.

Oklah... kami tak banyak dah gambar pas ni sehingga sampai ke Busan... dan gambar2 yang ada pun x padan nak letak.. so kami drive dalam 45min to airport... drop barang2 kat airport... saya elyas dan sakinah kami pergi hantar kereta kat tempat kami ambil iaitu KT Kumho dan sape yang tak tahu bila kami amik sila la klik kat SINI

Yer saya pernah dapat soalan ni... nak sewa kereta ni kalau dua hari dia kira jam... sehari 24 jam kalau dua hari 48 jam so kena hantar kereta sebelum 48 jam.. Owh.. lupa sebelum hantar kita kena isi minyak kasi penuh sebab dia kasi full tank dan syarat nak pulangkan kena full jugak. Setakat ini kami dah guna half tank dan rate minyak kat sini dalam 1,850krw per liter... lebih kurang RM5.50/Liter la. Agak mahal la... tp bagi orang korea kalau kita anggap seringgit sama dengan 1000won so mereka murah sikit la dari kita kalau ikut currency yang belum exchange. Tapi tanya orang korea mereka kata minyak mahal....

So nak cut story panjang short... kami isi minyak kenalah 70,000KRW kalau tak salah.. haha... amik kau! RM 210 minyak setengah tangki! Nangissss.... haha... xpa... K5 punya pasal... Redhooooooo......

Anta kete... kul 9 amik kul 9 anta... naik shuttle bus dia dan p airport. Sampai airport fir tgh makan roti dan kami masih x makan pape. Check in.. nak ke busan... pulak pagi ni... flight kami kul 10.40 pagi Jeju-Pusan naik Jeju Air lah kan.. harga seorang 50100KRW... bagi siapa yang dok tertanya mcm mana kami book Jeju Air sila la baca posting kami yang lepas kat SINI. Baca elok2 sebab dia ada banyak pantang larang... haha...

Kami naik kapal terbang dan jumpa anda di posting berikutnya... haha....

Wow.!!! dalam x sedar saya terpaksa tukar tajuk sebab terus melangkau hari!

So berapa banyak dah kita belanja:

Hostel     22,000
Makan    12,000
Minyak    15,000
Total 49,000KRW.

Total sepanjang hari: 51,250 + 49,000 = 100,250KRW @ RM 300.75.

Total setakat hari ini: RM 4035.45+RM 300.75 = RM 4336.20.

LOGGING OFF | JEJU : 19/10/2013. 

UP NEXT! BUSAN 10th Day: DYNAMIC BUSAN!



"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

5 comments:

  1. Untong le org orderkan makanan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Ni kali kedua org orderkan n dua2 kali kat Jeju. Hehe...

      Delete
  2. Kudaku berlari kencang..tiba2 teringat lagu dari Anita Sarawak ke siapa ntah...kuda tu tegap dan gagah lah..jatuh hati den :-)
    Comei lah Hyejung ni..org korea mmg comei2 dan kurus2 je...nk menetap di korea jgk lah..lama2 leh kurus sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kudaku lari gagah berani... Hehe.... Cantik kuda, seronok lg menunggangnya. Comelkan? Hai... Kena susun line nak ngorat dia :p (harapannn:p) haha... Ok awak dok korea leh slim melim kot. Kami p 12 hari mkn bnyk tp turun berat :p sebab tangga dia.. Tu dia... Baik punya :p

      Delete
  3. Blogwalking...memang best coretan hang..teruskan.

    ReplyDelete