#DoakanMH370 #prayforMH370
[LOG IN] 19 OKTOBER 2013 SABTU
Lepas jer landing dekat Gimhei Airport Busan ni kami ambil keputusan untuk tinggalkan kotak hadiah yang besar kami bawa dari Seoul lagi dan beberapa beg untuk mengurangkan beban. Kami tinggalkan di locker Gimhey Domestic Airport dan walaupun kita balik di Gimhei International Airport which is airport sebelah tapi kita boleh request nak pickup barang kita di International Airport. Kos penyimpanan tak la mahal sangat... tak salah 10,000KRW.
Kat Busan boleh guna T-Money tapi tak boleh nak topup sesuka hati mcm kat Seoul. Hanya kedai2 tertentu sahaja ada. Kita topup kami punya kad kat kedai GS25... convenient store yang bersepah2 ada kat South Korea ni.
So kami naik metro @ Subway dia ke Busan Dongshin Hotel dan anda boleh membuat booking melalui booking.com just klik SINI. Oklah hotel ni... wouldn't recomend it to anyone though... Wifi sucks big time. Bilik kata ada PC tapi pc bilik kami rosak. Thanks dude. Bilik ok lah... not so bad. But service not so good. So I really recommend against this hotel so kalau nak tahu apa2 pasal hotel ni just tengok di booking.com sahaja la yer... the only reason we book this hotel is coz its located tengah2 pekan n hotel ni ada di celah2 hotel besar2 yg lain. Haha... memang betul2 celah bedah meh... almost tak jumpa :p haha... dekat area jalgalchi market and busan tower. kira jalan ke hotel kami ni kalau panjat ke depan lagi naik la ke Busan Tower ni.
The cost were 120,000KRW untuk 2 orang 2 malam. So its 60,000KRW per person. That is like RM180 seorang for 2 night.. not so bad la...
So meh kita panggil sakinah kejap kemari... meh sakinah meh...
Ok menurut sakinah kami turun di Jungang Station dan kat atas tu kami tanya2 orang mcm mana nak pergi ke Hotel tu. Ingat sentiasa bawa sekali kertas booking tu yang siap ada alamat dan peta. Mudah sikit sebab orang korea ni walaupun mereka baik dan sentiasa berusaha sehabis baik utk tolong kita tapi mereka ni ada jugak sengalnye... yer la.. apa taknya... awak kerja kat situ... ari2 keje kat situ bila orang tanya pasal benda di sekeliling mereka pun mereka tak tahu apa. Hape dah.. siap kena never and call orang tanya.
Pendek cerita kami lepas letak barang dalam hotel kami dan komplen dengan reseption pasal internet and komputer kami pun keluar dari hotel untuk p berjalan2... errr... baru teringat... kami masa sampai dia ada reservation untuk satu bilik jer... kami book utk 2 bilik tapi booking berbeza la. So ada delay nak masuk kami x leh la nak tunggu so masuk satu bilik dulu dan barang2 tinggal dalam bilik tu and kami keluar lah...
1st stop kami p Busan International Film Festival @ BIFF Square. Senang jer nak p sini. Naik subway ke Jagalchi station dan ambil exit 5 or 8.
Kat sini yang special nya ada banyak orang jual mcm2... dan sepanjang2 BIFF Square ni ada tapak tangan artis2..
picture curtsy of nadsiwon.tumblr.com |
Ini adalah sejenis kuih yang saya dah tak ingat namanya dan kita boleh makan kuih ni... 2,000KRW rasanya.
Ini adalah Tako... yer makanan jepun tu.. tako.. tako dia kecik2 mcm kat Jepun dan banyak giler! ini rasanya 5,000KRW.
Ini kentang goreng tapi kentang goreng ni x leh lawan kentang goreng best in the world kat Myeong-Dong. Ahaks... sebenarnya kat Busan ni punya Potato Twist ni lagi sedap dan gerai Ajuma yang jual ni penuh dengan orang dan sangat famous.
Pas pusing kat sini kami terus berjalan ke mencari International Market. Menurut orang kat sini ada barang2 yang murah untuk dibeli.
Ok kami ambil masa yang agak lama untuk cari tempat ni sebab kami tak tahu apa nama korea dia. So kami x boleh nak guide pembaca mcm mana nak pergi ke tempat ni cuma kami boleh bagi nama tempat ni dalam bahasa Korea supaya boleh la tanya2 orang tempatan sini kat mana market dia.
Kami jalan-jalan dan bertanya... kat mana la International Market dia...
Rupa2nya orang panggil tempat ni Bupyeong Market da... patutlah setengah mati tanya orang tak tahu :p haha... nasib baik ada akak ni tahu kat mana..
Macam ni la rupanya market ni dan dia ada banyak2 lorong mcm ni... dan kami dapati barang2 kat sini lebih murah dari di Seoul expecially kalau kita masuk dalam2 bangunan. Kami tak explore sangat so tak boleh nak cakap banyak sangat pasal benda ni. Tapi kalau masuk dalam ni ada banyak barang2 dari serata dunia. Special maa... :D
Pas abis pusing2 kat sini kami pun decided untuk berjalan ke Jagalchi market.. owh.. semua ni walking distance jer di antara satu sama lain. So boleh agak la area ni kat mana.
Next stop... Jagalchi market!!!
Nak ke Jagalchi Market ni turun jer subway station Jagalchi dah samapi... haha... anda akan nampak tempat ni...
Ha ni dia Jagalchi marketnye... kenapa? Yer kan? Nampak mcm shopping mall... haha.... kami sampai2 pun rasa kagum betul...
Ada ikan2 segar dan hidup |
Ketam dan lobster |
Sotong dan pelbagai hidupan laut lagi. |
So kita semua excited nak makan kat sini dia jer membangkang habis2an.. :p so kita kuar balik la dari sini dan cari la kedai2 keliling ni... basicly hampir semua kedai area ni jual sea food. Antara sebab lain juga sebenarnya sebab duit kami sangat sikit dah time ni. Namun Firdaus telah membuat offer that we cannot refuse... dia kata xper aku bagi 50,000KRW utk makan malam ni... WOW!!! Fuyoh! Kami pun ape lagi... masuk balik la Jagalchi market nih... Elyas ok jer as long as dia tak yah bayar mahal benda yang dia tak makan sangat. Kita pusing2 tanya harga... dari hujung ke hujung last2 singgah satu kedai kat tengah2 ni...
Sebab kami dah singgah dua kali so kami dapat good offer dari owner kedai nilah... dia x bagi diskaun tapi dia bagi servis banyak.. kami order udang 20,000KRW tapi kami dapat dalam hampir double dari apa yang kami patut dapat sebab ajuma ni happy sangat dengan kitaorang. Anak dia dah pening :p haha... Ikan seko 10,000KRW.. sotong seko yang besar punya 10,000KRW, Ablone 10,000KRW.
So dia bawak kat atas kedai dia dan masak kat sana.. kita ikut naik dan duduk la kat atas sana... ramai orang atas tu... air biasa la.. air kosong free jer... ok... upah masak rasanya setiap hidangan tu lupa dah rasanya satu hidangan 5,000KRW... luper... sorry :p
Udang Bakar, inilah udang yang kami dpt banyak... layan... |
Ikan Bakar, ikan ni sedap... mmg sedap... |
Ini lebih kurang suasana kami kat sini... Ajuma dan Ajupa... eh.. Ajushi ni orang Korea yang berbesar hati share sikit shahimi mereka kepada kami dan nak carita... Shashimi ni ikan mentah yang di potong dan dimakan dengan kicap dan wasabi... makanan Jepun originally... kami rasa la ikan tu dan its the best raw fish Ive ever tasted... saya mmg x suka makan raw fish.. tapi ini betul sangat sedap.. isi dia tu ish... x tau nak cakap mcm mana... manis... fuyoh!!!!
Ni la kiri ni Fir dia la Jutawan yang telah membelanja 50,000KRW malam ni... kanan tu Elyas dia yang tak suka Ikan :p haha... kami makan pakai glove.. dia mmg bagi glove ni supaya kita mudah nak makan guna tangan... yer la kan susah nak kupas udang bagai guna sudu garpu... udang fresh ni rasa mmg best.
So semua sedap sangat2... dan baik kita tgk video ni sebab orang yang tak suka ikan ni ada mengeluarkan komen... silakan...
Maafkan lorat Busan adik saya ni yer... haha... iyer... orang busan ni cakap nye berlagu sikit so ni adik saya imitate cara cakap orang busan tapi mcm haram :p haha...
Total kami habiskan kat sini 83,000KRW... haha... since 50,000 Fir yang sponser kami tambah lagi 33,000 which come back to 11,000 per person... tapi rasa mcm Fir bagi lebih dari 50,000 malam tu :p haha... Fir ko x pernah komen atas blog aku.. sedih aku.. ko yang mula2 suh aku tulis... T__T komen la sikit... please... pleasee.... hehe...
Gendang gendut (sakinah) tali kecapi,
Kenyang perut senang hati... hahaha....
So kami pun berjalan la ke Lotte Department Store...jauh jugak benda ni tapi kami tak ingat sangat sebab kami jalan2 utk explore the road dan nampak la Lotte Department Store ni... cantik so kami singgah la.. Lotte Department Store - Gwangbok Branch. Wajib pergi.. tak kira! Kalau tak best saya x bersusah payah sediakan peta ni utk anda.
Lihat gambar ni...kami di Jagalchi market... Lotte ni dekat jer... dalam 500m jer dari sini... ikut jer line merah yang saya dah buat tuh... you wont miss it... its big...
Kenapa saya kata wajib singgah sini? Sebab kat sini ada satu benda yang takder kat Malaysia dan ianya sangat cantik... iaitu LOTTE AQUA MALL...
Hape ada kat sini?? Ni ha...
Aquatique Show... yes... show ni sangat cantik... meh tengok pendek yang kami sediakan... ni baru sikit... ada banyak lagi yang kami tak rakam sebab terlalu kagum... dia boleh susun tulisan dari air yang dia adjust dan dari laser yang dipancarkan... bayangkan bila dia susun air yang jatuh.. ruang kosong antara air tu boleh membentuk gambar dan perkataan... kat sini orang boleh guna utk propose.. wow! Show time dia 11am, 2pm, 5pm dan 8pm... kami singgah kul 8 tak tahu pun kebetulan masuk sebab nak p bilik air dan show ni start... best ... seriously.
So mari kita dengar apa kata orang busan nih...
Hahaha.... oklah... pendek cerita pas kami habis kat sini kami balik jalan kaki ke Hotel kami... tak la jauh sangat dalam.. say 30min jalan kot :p haha... layannn.... sampai hotel bilik dah tersedia.. mcm biasa... mandi dan tidur...
Ok... berapa dah kami belanja setakat ni:
Hotel 60,000KRW
Makan Snack & Air 10,000KRW
Makan Malam 11,000KRW
Topup T-Money 10,000KRW
Total today 91,000KRW @ RM 273.00
Total sehingga hari ini: RM 4336.20 + RM 273.00 = RM4609.20
19hb Oktober 2014 | Sabtu [LOG OFF]
UP NEXT: HAEUNDAE & GWANGALLI BEACH EXPLORE
"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."
Jm dh mula terliur dh tgk seafood segar pg2 ni ermmmm sedapnya mkn seafood rebus dan bakar tu manis rasanya nyum nyum sbb belum campur bhn perisa lain. Jm dh cop nk pegi market ni x kira :-)
ReplyDeleteJM ini baru sikit... kalau ada duit lah makan king crab.. kat area Busan ni murah2... tunggu posting saya pas ni. Saya akan cite kat mana nak makan lagi murah dari Jagalchi market yang dah terlalu pamous ni :D
DeleteAku rase kat Busan nih, highlight nye adelah makan2 seafood kat jagalchi... nothing beats that :D
ReplyDeleteHightlight dia mmg seafood... Busan ni kalau ada 2-3 hari dah cukup nak cover happy2 :D kannn... hehe... ablone... adoi...
Delete1. Moga Allah Taala mempermudahkan urusan mencari MH 370..
ReplyDelete2. Kenapa banyak sangat gambar makanan ni huhuuu.. abis terliur hahahaaa.. seronok jalan2 kat korea yer :D
Terima kasih :)
ReplyDeleteHehe... inilah modal page ni pun lagi2 sapa yang baca tengah malam... aduhhh,... lapar :p haha.. best jenjalan kat memana pun hehe... senior traveler sorg ni lagi jauh berjalan :D
Memang kene avoid makanan bila travel sebab itu lah selalu yg buat bajet tak cukup hahahaha :D
DeleteHehe... betul tu :) tapi tu la masalah kami, rasa rugi kalau tak makan makanan tempatan. Selagi boleh nak makan apa yang orang local makan :D
DeleteBenda tu hotteok! Kitorang pun pakat makan aritu. Beli sampai 3x. Sanggup join queue yang panjang, nak tau kenapa ramai orang kat certain gerai. Rupanya sebab inti super banyak. Pelik kan Jagalchi Market xbau hanyir. Kalau kat KK ni, 100m dari pasar tu pun dah boleh bau ikan.
ReplyDeleteHaaa... Betul2... Kat myengdong pun adakan??? Sedapppp... Jagalchi tu x berbau. Betul sgt penyataan bibie tu
DeleteMakanan.. Untung la ada org belanja plak tu dikala 'kekeringan'..hehe
ReplyDeleteUntung sgt.. Terasa diri sgt berharga. Hehe...
DeleteRajin buat blogwalking ye dik. Abg da tgk blog adik ari tu lagi. Nanti abg follow balik
ReplyDelete