Followers

Friday, 15 November 2013

Seoul 3rd Day: SEOUL CITY RONDA-RONDA (Part 5:Night Out)

Ok, this post is going to be short. Patutnya combine jer dgn post sebelum ni tapi tak pe lah. Nak pecahkan juga... gua yang tulis. Muahahaha...
Evil Laught... 
Sambungan dari naik train dari Angguk station kami pergi ke Dongdaemun Station exit 8 paling dekat dengan pintu Dongdaemun Market. Exit 9 pun boleh dan kami exit kat exit 9 kali ni. Naik jer, kami nampak bangunan ni.

Dongdaemun Gate or Originally known as Heunginjimun Gate
Dongdaemun Gate ni telah dibina pada tahun 1396 oleh King Taejo tp org dok panggil gate ni dari King Sejo (1455`1468) dan merupakan Korea Heritage No.1. Gate ni asalnya dibina untuk mempertahankan kawasan bertanah rendah di sini. Kerana struktur muka buminya memberi disadvantage kepada mereka maka mereka telah membina dinding dikawasan ini. Namun yg kekal sehingga sekarang hanyalah gate ini. Itulah, tutup buku sejarah sekarang ye murid2.

As for why we dont have great picture of this building? Remember this is the 4th post of the day and we had gone trough a lot of walking! Seoul is about walking and climbing the the STAIRSSSSSS... OMG sape yg pernah experience Seoul metro will know... so to cut the story short, this time dah malas nak tangkap gambar dah masing2 pun. Too tired to care :p haha... dah balik sini tgk gambar balik baru menyesal.. Kena p sekali lagi la nampaknya. Haha... (That evil laugh again~)

Lupa... keluar kot exit 9 kena pusing ke belakang, kalau keluar gate 8 jalan terus jer ke Dongdaemun. Anda akan jumpa balik sungai Cheonggyecheon. Ye la kan sungai ni mengalir kesini. Dan kat sini ada stage kat tepi sungai and ada performance dari artis jalanan (they are good I tell you.)

When I look at this picture, this is Cheonggyecheon Stream at night.... T__T haish...
So kami jalan la terus kedepan sampai lah ke kompleks namanya DOTTA

Picture by Don Sausa.  Dotta Shopping Complex. 
So DOTTA ni kompleks besar lah dan barang dia mahal lah. Kami aim nak pergi night market dia so sampai2 depan DOTTA ni x nampak pun night market. Jumpa la pulak orang yang pakai Information atas kepala dia mcm kat posting sebelum ni. So kami (sakinah) pun bertanya mengenai market tu... rupanya market ni tutup weekend T__T sedihnyeeeeeee.... so untuk tidak menjadikan trip kami ini satu pembaziran yang nyata dari sego kos subway maka kami tanya pula mengenai tempat ikan bakar yang pamous tu... dan juga panggung wayang 4D.

Setelah habis dia call orang akhirnya didapati bahawa panggung 4D paling dekat tak lah dekat. Dan time wayang agak lewat so... cancel. Maka kami pun berjalan ke tempat ikan bakar. Di ingatkan bahawa tempat ikan bakar ni tutup pukul 9 malam ya. Macam mana nak pergi kedai ni... meh tengok video ni.

No 3 dan No 6 kami order dua no 3 dua no 6. Dengan Nasi. Air mcm biasa, free. 26,000 KRW dinner.
Walaupun sangat sedap tapi bagi yang takut dengan tulang ikan atau bukan penggemar ikan atau takut dengan ikan itu sendiri. Menu malam ni mungkin tidak anda gemari. Contohnya Elyas dia sangat tidak menggemari ikan atas dasar satu memori silam yang tidak dapat dilupakan. So dia makan sedikit sahaja dan balik tu dia belasah Mee Instant dengan Nasi.

Ini kedainya.... sangat sedap :)
So after a good dinner. Kami pun keluar. Keluar kedai pergi arah kanan. Simpang 3 pusing kanan untuk ke exit 8, pusing kiri utk ke exit 9. Then sampai ke hujung jalan akan masuk ke jalan besar. Kalau tadi ambil kanan, sekarang ambil kiri. Kalau tadi ambil kiri sekarang ambil kanan. Lurus sahaja akan nampak jalan masuk ke Metro. Semoga berjaya... 

aaa.... dah termasuk gambar Takuya Kimura ni nak kasi satu video lah untuk tontonan sape yg minat kat dia ni..iklan sikekkk...


(^__^)V. Apa mcm? ada rasa mau beli ka?? hehe...

Oklah, kerana malam masih muda, baru jam 9 walaupun kaki sakit tapi kami masih nak berjalan. So kami pilih untuk melawati Myeondong sekali lagi... saya malam ni pergi ke PC Bang... mcm CC kita. Tapi tingkat 6 naik tangga. Yezza! Semangat kental jiwa berani.. semput pakcikkk... yang lain sume x sanggup nak temankan sebab tingkat 6 maka panjatlah saya. Huhu... pc bang sini pakai sejam 1,500 KRW.

Habis ni kami pun balik ke dan tido setelah mandi. Wahhh....

Oklah, mari kita rumuskan berapa pembelanjaan kita sepanjang hari ni.
Carry forward = 28,550 KRW
Dinner             =   6,500 KRW
Buah               =   1,500 KRW
Pc Bang          =   1,500 KRW
Air                  =   2,500 KRW

Total Hari ini   =  40,550 KRW @ RM 121.65
+ Closing hari sebelum RM 2208.70

Total keseluruhan sehingga hari ke-3
RM 2330.35

Next posting, Day 4 (Seoul City Ronda-Ronda: Namsan)
Seoul 12th Oct 2013 [LOG OFF]


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

No comments:

Post a Comment