Followers

Tuesday 19 February 2019

TIPS MENJAGA KESELAMATAN DI PARIS 🇫🇷

Paris merupakan bandar yang indah untuk dilawati. Kecantikan bandar ini pasti memukau ketika berada disini. Senibenanya yang unik seperti dalam koleksi cerita-cerita romantik barat. 


Sangat terkenal dengan jolokan kota cinta, tidak hairanlah jika ramai yang datang berbulan madu di sini. 


Paris juga terkenal sebagai kota fesyen yang mana jenama-jenama seperti Louis Vuitton 1854, Longchamp 1948, Hermès 1837 dan banyak lagi. Syurga bagi kaki shopping. 


Namun disebalik semua semua yang indah ini, Paris juga penuh dengan penyeluk saku dan scam. Mereka ini amat professional. Namun jangan risau, yang penting anda perlu berhati-hati. 


Saya kongsikan tips untuk menjaga keselamatan anda serta harta anda di sini. Berikut adalah teknik biasa yang digunakan dan cara menghindarinya:


1. Taktik meminta tanda tangan. Mereka ini selalunya perempuan, wajah eropah timur dan ada  dikalangan mereka yang bertudung. Mereka akan melihat-lihat muka bukan orang Perancis dan datang menegur. Selalunya mereka ini memegang papan kecil saiz A4 dengan kertas untuk anda  tanda tangan. Mereka akan datang kepada anda dan berkata "Can you speak English?"

Solusi: Abaikan terus mereka. Jangan  jawab atau layan. Jangan menerima bantuan mereka sekalipun anda tersesat. Jangan menandatangani apa-apa walaupun mereka kata mereka dari NGO mana-mana sekalipun kerana anda perlu membayar jumlah wang yang banyak kepada mereka sebagai tanda sokongan. Pelik bukan. 


2. Penyeluk saku. Biasanya mereka ini juga terdiri dari perempuan yang sama macam diatas cuma kali ini mereka beberapa orang akan sengaja merempuh /menolak2 anda untuk tanda tangan supaya mereka boleh menyelup beg dan poket anda. 

Solusi: 

Kalau mereka datang kepada anda, jaga barangan berharga. Poket, wallet, telefon bimbit dan Beg anda menjadi sasaran utama mereka. Perhatikan persekitaran anda, anda boleh agak siapa mereka. Jangan terlalu leka mengambil gambar sehingga membuka ruang kepada mereka. Jika anda perasan mereka berjaya mengambil sesuatu daripada anda, pegang mereka dan mulakan suasana yang kecoh. Seperti cakap kuat-kuat "give me back my wallet or i will shout'.  Selalunya mereka akan pulangkan segera dan beredar cepat-cepat kerana orang disekeliling anda akan datang membantu dan mereka tak mahu keadaan itu berlaku. 


3.Penyeluk saku professional. Ya disini ada golongan ini tapi tak ramai. Mereka ini tidak boleh dikesan. Sangat-sangat hebat skill mereka. Tapi jangan risau, mungkin anda bukan pilihan mangsa mereka pun. 

Solusi: Jangan memakai barangan-barangan mewah seperti jam Rolex, berpakaian ala jutawan. Usah membawa terlalu banyak wang tunai, beli barang-barang gunakan kad kredit dan debit. Simpan barangan penting seperti passport dan duit (selain yang di dalam wallet) ditempat yang selamat. Contohnya dalam beg travel beg kecil yang dipakai dalam baju anda atau pakai sahaja single pak haji yang anda poket doremon berzip itu sebelum mengenakan baju yang lain. 


4. Di Paris, terdapat ramai orang dari benua afrika yang berkulit gelap (saya bukan rasis). Mereka ini tidak ganggu kita pun. Jangan takut dengan mereka. Namun ada segelintir kecil akan duduk di tempat tarikan pelancong seperti di Montmartre. Mereka akan datang kepada anda dan mula bertanya soalan atau mereka nak buat persembahan tali dan sebagainya. Mereka akan meminta duit yang banyak sebagai upah. 

Solusi: Usah dilayan mereka, bila mereka bercakap dengan anda, just buat tak tahu dan beredar pergi. Jangan pedulikan mereka pun. 


5. Yang terakhir, jangan leka dengan telefon bimbit anda kerana ia boleh hilang sekelip mata. Dekat Malaysia pun macam ni 😅

Solusi: berpada-pada main phone. Dah kat Paris ni. Enjoy it. 


Tempat tumpuan mereka:

Stesyen keretapi Gare Du Nord, Stesyen Keretapi Airport, Montmartre, Arc De Triomphe, kawasan berhampiran menara Eiffel dan kawasan-kawasan tumpuan pelancongan yang lain. 


Ikut tips saya insya ALLAH anda akan selamat di Paris. Yang anda perlu ingat, walaupun mereka ini wujud namun ia bukanlah penghalang untuk anda untuk bercuti disini. Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga kebarangkalian anda akan kehilangan barang dapat diminimakan. 


Rugi jika kita biarkan rintangan yang sedikit ini menjadi asbab untuk anda tidak datang kemari kerana Paris adalah satu kota yang wajib anda lawati sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 


Akhir kata, secermat manapun kita. Eloklah kita mulakan hari kita di kota Paris ini dengan doa. Mohon perlindungan daripadaNYA. 


Untuk Tour di Paris dan Eropah, anda boleh menghubungi saya. Kami beroperasi di Perancis dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Perancis. 

Oklah, rajin-rajinlah follow fb saya kot-kot ada benda menarik. Klik share supaya ramai orang boleh dapat info ini. 

http://www.facebook.com/sifusempoi

http://www.facebook.com/hafizazmi83

Saya tutup dengan pantun...


hujung kalam, 

wassalaam. 

(Contoh pantun dua kerat yang tak berkualiti 🤣)


Catatan kembara Eropah

Hafiz Azmi

Menulis untuk kebaikan


#MusafirMencariHikmah 

#Elfaransee 

#ProjekTourLeader

Tuesday 31 January 2017

SATU NUKILAN DARI IDOLA TRAVEL MALAYSIA

Assalamualaikum semua. Apa kabar 😁 hari ni sifusempoi nak kongsikan satu nukilan dari seeorg yg dlm komuniti travel ni di anggap sebagai idola @ lagend. Dia ni perempuan yg selalu travel ke tempat2 bukan pelancongan dan rare dan selalu buat secara Solo. Mmg tabik beb... sy beruntung kita berjumpa dan bersahabat Suly Syamsuddin. 

Dibawah adalah penulisan beliau. 


Acap kali mendapat komen, 'wah mesti banyak duit bole travel lama'. Soalan yg lebih sopan, 'macammane awak manage duit untuk travel panjang?'.
.
Tipulah kalau aku kata tak perlu duit banyak untuk travel, setakat tayang gigi..dan jalan. Bagi aku, tak perlu tunggu kaya untuk travel. Cukup sekadar ko tahu apa yang ko mahu dan ko tahu apa nak buat.
.
Rata-rata aku jumpa/kenal travelers dari negara luar mahupon negara sendiri. Sesetengahnya, tak kaya pon. Terutamanya mereka dari western countries. Keje biasa2 je seperti di restoran, jual surat khabar. Tapi mereka tau matlamat mereka. Jika matlamat mereka nak rasa pahit perjalanan hidup, mereka berkerja, save duit dan sampai masa mereka travel berbulan-bulan ataupon bertahun-tahun. Ya..duit mereka besar. Tapi perlu ingat, pendapatan bulanan mereka pon tak besar. 
.
Berlainan pula dengan golongan yg menikmati nikmat hidup. Perbelanjaan harian utk 'nikmat hidup' tu, yg menyebabkan golongan ini mengatakan kpd golongan 'nak rasa pahit perjalanan' itu ..'ko banyak duit. Bolehla'. Nampak kan perbezaan itu?. Duit bukan jatuh dari langit oii. Nak aim beli kereta/rumah, pun pulun kot saving, ikat ketat sana sini, tahan nafsu tak beli atau makan itu ini. Jadi kalo nak travel panjang pon, macam tula kene buat dan planning. Unless kalo mak pak kaya, tak pon gaji 5 tahun lepas pon tak sempat usik lagi (hamek..pnyela beso gaji😄)...bole la merasai nikmat harian sperti biasa dan juga travel.
.
Kesimpulannya. Dalam hidup ni, setiap orang ade priority dan preference hidup masing2. Aku selalu ingatkan diri, utk respect pilihan orang lain. Mungkin dahulu, aku ade tersasar kata, terpost ayat2 poyo dari google, yg mgkn menghiris hati mereka yg ada pengorbanan lain yg perlu dibuat, dan menyimpan kemas saje impian utk melihat dunia luar. Kekadang, aku rasa terharu bila ada kawan yg komen, 'terima kasih suly sebab bawak aku mengembara dari gambar2 ko, dari cerita2 ko. Aku tak mampu nak pergi. Tapi tgk gamba ko dan dgr cerita ko pon dh buat aku hepi'. 
.
Terima kasih kpd yg sudi mengikuti kisah2 aku. Mungkin story kurang, kerana ilham menulis tak mai. Kepada yg nak travel panjang..tiada jalan mudah utk senang
#sulyingeorgia16 #sulyincaucasus