You Should Be Here

You Should Be Here

Followers

Showing posts with label Fremantle. Show all posts
Showing posts with label Fremantle. Show all posts

Wednesday, 11 May 2016

PERTH 5th Day: FREMANTLE TRIP!

12 JULAI 2013 PERTH, AUSTRALIA [LOG IN]

Hari ini udara sempoi sempoi bahasa... dah lama tak menulis entree rasa ganzal (ganjil + inzal) dalam masa yang sama. Haha... 

Ok, hari ke 5 kami di Perth ni kami pergi merayaping ke Fremantle balik. Tapi kali ni keretapi chu chu dah ok. So kami naik keretapi all the way to Fremantle station. 


Sakinah dengan posing ape??? Posing around the world.. hehe.. ini station Perth. 
Semalam dah datang Fremantle, hari ni g lagi.. ape kesss?? Well kalau nak tahu, kami datang sebab tak sempat nak cover semua yang ada kat sini semalam. Lagipun E-Shed market dia hanya bukak on weekend, Jumaat - Ahad. So hari ini hari Jumaat. So 1st place kita lawati bila sampai jer Fremantle ni adalah E Shed market ni.. kat mana kedudukan dia? Actualy dia dibelakang sana sikit dari Train Station... erm.... doesnt make any sense right? Well... tengok peta ni lah mcm tu :D


See... yang line warna hitam tu adalah laluan utk ke E Shed Market. 
Apa yang menarik sebenarnya kat sini? Hurm... yang paling menarik adalah kat sinilah tempat beli cenderahati tangan dan mulut yang paling murah di Perth. So it is a MUST visit place. Ada dua dua kedai in particular, satu kedai orang Indonesia dan satu kedai orang Malaysia. Kedua2 kedai ni depan2 je so mcm mana nak bezakan? mcm mana kita boleh kenal orang Malaysia dengan orang Indonesia dekat mana2 sahaja dalam dunia ini.. bahasanya :D Well naturally, kita akan dapat murah lagi di kedai orang Malaysia. Tu takde kompromi la :) Kalau lapar... baru ni saya difahamkan ada kedai jual Kebab dalam tu dan harganya sekitar 12AUD. 


Saje nak cerita... saya beli kasut ni dari Kakiberangan. Nice shoe dan inilah kasut official Sifusempoi bila berjalan sekarang ni sehingga ia rosak atau digantikan dengan yang lebih baik. Tapi kasut ni best! As to date ia dah pergi ke South Korea dan Jepun. India hari tu ayah kata pakai kasut biasa je la, kang hilang :p So x dapat la kasut offical ni jalan ke india. hehe... 
 Dari stesyen keretapi tu nak ke E-Shed tu kenalah cross landasan keretapi. Sebab E-shed tu kat belakang stesyen keretapi tu kenalah lalu cross treck2 ni. 



Tadaaaa..... inilah dia E-shednye... mungkin ada perbezaan sikit sebanyak sebab saya g ni dulu dah lama cuma x blog jer... hoho... rasa sengal nak karang ayat. Maaflah kawan2, harap sabar sikit. tengah latih otak nak kuarkan ayat2 sempoi balik :p 



Inilah rupanya dalam E-shed tu dan kalau nampak kedai2 kat depan tu. Kedai yang jual topi2 tu side kedai indonesia. Kedai side kiri adalah side kedai Malaysia. 

NAK INGATKAN, ESHED NI HANYA BUKA HARI JUMAAT, SABTU dan AHAD. Jadi rancang perjalanan anda betul2.  



Dah habis shopping, boleh lepak-lepak dekat tepi eshed ni. Ia adalah perlabuhan yang cantik. Biruuuuuu  je.... dengan angin sejuk menghembus dan bunyi desiran ombak menghempas ke pantai... mmg syok kalau tido :D

Ceritanya dah abis shopping, kami tak bawak terus barang2 yang kami shopping tu. Kami tahu E-shed ni tutup dalam pukul 5~6 mcm tu so kami tinggalkan je barang kami kat kedai tu. Lagipun yang jaga kedai ni adalah kawan kami yang baru jer menjadi kawan masa kat Harbour Town beberapa posting lepas. Hehe.. 

So kami tunggu bas semula di hadapan stesyen keretapi tadi. Ingat dia ada bas merah dan bas biru.. so nak pergi ke Next destination ni kami naik bas Merah... The Red Cat Bus.



Ada bus stop kat depan bangunan ni dan kita boleh dengar bus tu berkata apa?? Bus tu tak berkata apa2... giler aper bus berkata2... ada sound system dia la yang mengeluarkan bunyi manusia yang telah dirakamkan dan dikeluarkan semasa melalui perhentian2 yang berkenaan :p hahaha... sengal :p

Basicly bila dia sebut...

FREMENTLE ARTS CENTER stop (Stop Ke -6 dalam aliran Red Cat bus) dan turun. Kalau degil tak nak turun x dapat la pergi kesini. Hehe...




Ini halaman setelah masuk Art Center tersebut. Besar halaman dia dan sangat cantik lagi tenang.



Basicly bahagian dalam kami tak dibenarkan untuk mengambil gambar dan sebagai warga negara yang berdedikasi saya pun x mahulah merosakkan nama Malaysia so saya x la amik gambar. Patriotik x? hehehe... well basicly dalam ni banyak art piece dan kalau you are an art student or just love art mmg tempat ni heaven for you. Tapi kalau tidak, this place is hell :p well I love art so I enjoy most part of it lah. Ada juga art yang saya  faham kan... 

Lepas ke sini kami telah menaiki bas Cat merah dan turun di stop 9 dan berjalan kaki lah berjimba2 ke town hall. Asalnya sebab nak cari post office. hehe... 


Kot ada tak perasan peta ni yang ada boleh dapati secara percuma di information center mereka dan in this case saya ambil dari dari Tourism Perth di bandar perth tapi di stesyen keretapi pun boleh ambil peta ni. Yang tanda2 T tu adalah tempat Tarikan Pelancong. 



Lalulah celah2 ni.. tak berapa celah kan... besar je kawasan nya.


Inilah dia kawasan town hall. kat sini ada mcm2 aktiviti dan jualan yang lain2 sikit ikut event apa yang sedang berlansung.



The famous clock tower.. x tahu kenapa famous. 





Masa saya pergi ni konsep foood truck belum berleluasa di Malaysia. Kat sini food truck dia unik2.




Inilah rupanya tramp yang digunakan disini. Ini semua di sekitar town hall. Lepas habis lepak town hall, kami berjalan ke pasar (fremantle market)... kenapa kami nak pergi tengok... sebab2 adalah seperti dibawah: 










Tadaa.... ini adalah ujian bagi anda sama ada anda selalu turun dapur atau tidak. Kalau anda tengok gambar2 di atas dan berkata ish.. biasa ja.. then anda bukanlah orang yang selalu kedapur. Mgkn juga anda tak reti memasak :p 

Kalau anda lihat dan berkata wowwwww... maka anda adalah isteri dan suami @ calon suami isteri yang ideal kerana dia pasti pandai memasak atau sekurang2 nya minat bunga... hehehe..

Lepas tu dengan pantas kami naik bas untuk masuk penjara :p haha... sebab waktu melawat penjara dah nak abis so laju2 kan..




Inilah penjara... nak masuk dalam2 sangat sampai cell sume tu kena ada tour tapi sebab dah lewat sangat maka xder la tour so xder la masuk sampai dalam. bergambar kat luar dan kawasan keliling sahaja.  happy

pas abis ni terus naik bas balik ke stesyen keretapi dan berjalan ke e-shed semula. Untuk ambil barang... 



Dan kawan kami ni la yang hantar kami balik ke apmt kami. Sebelum balik kami siggah beli barang masak. dan alhamdulillah boleh nampak bandar perth pada waktu malam. Dia drive ler.. hehe... student lagi dia ni kat University... 


Perth After Sunset

Wah dapat juga ambil gbr ni. Happy blk apartment kami dihantar naik kereta. Oklah nanti kita sambung lagi kisah hari seterusnya ya. Sifusempoi... Roger n Out


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

Wednesday, 25 June 2014

PERTH 4nd Day: FREMANTLE TRIP!

11 JULAI 2013 PERTH, AUSTRALIA [LOG IN]

Apa kabar semuaaa... lama tak bersua kita ya... hehe... hari ni nak habak mai kat hampa semua yang saya nak tulis pasal 3rd day (baru hari ketiga) kami di Perth. Kami p berjalan ke Fremantle. Tolong ingat sikit bahawa hari yang kami pergi ni 11/7/2013 dan hari nye adalah hari Khamis. So sebelum ada yang bertanya mmg hari ni hari pertama puasa. Yeay!!! Puasa obersea la katakan... ahaks...

Okies... sebelum kita mengulas lebih lanjut topik Perth ni.. saya nak habak mai sat... saya lupa nak bubuh kat entry mula2 tapi saya fikir info ni penting lagi2 bila ada kawan2 yang pergi perth tak menggunakan khidmat ini... yaa... apa itu dia?? yaaa... mari dekat... mari rapat... mari tengok... haaa... kain kak .. tebu kak.... haa... :p  Okies... sebenarnya nak cite pasal kami sampai2 jer Perth kami beli sim card dan di kaunter Vodafone ada menjual international simcard yang berharga AUS20. Kelebihan sim kad ni dalam ada Aus 20 credit dan ada 25mb data. Tu x penting sangat sebab you can buy topup untuk data sahaja. Kenapa plan ni best bagi sapa2 yang ada ayah mcm ayah saya adalah! You can call Malaysia for Aus 0.02/Min! Yeah... murah giler bukan? hahah.... tapi kalau anda mmg bukan jenis nak kerap call Malaysia so boleh juga ambil pakage prepaid Aus30 yang ada credit AUS450 dan 500MB data or pakage prepade AUS40 yang ada credit Aus750 dan 1GB data... ha hamik kau... kalau kat Malaysia hampa beli simcard ada dapat ratus2 kredit mcm ni??? hahaha... internet? masa p dulu pakai iphone 3gs so sepanjang masa mmg 3g jer walaupun dah mcm keluar2 sikit dari Perth ke area rural. Mmg terbaiklah! and 3g mmg pantas... happy sangat pakai :) tak caye? klik kat VODAFONE ni.

Kisahnya bermula begini... jeng jeng jeng...

Kami bangun pagi, kami mandi (mandi walaupun winter :p), kami keluar naik bas, kami sampai pekan ingat nak naik ketapi tapi ketapi track tgh upgrade da so tutup ari tu tapi! tapiiiiii... mereka sediakan bus dari central bus station tu ke Fremantle for FREE! Wuhuuu... best tak kawan2?? besttt... aik... napa x naik Ferry? duit pun bape keping jer ada, ada hati nak naik Ferry :p tu jer dah AUS25. Baik naik Bus yang free ni baru AUS0 kan :p haha...

Perjalanan menaiki bas mengambil masa sejam lebih dan saya difahamkan bahawa bas itu mempunyai driver. Ya... sekian :p

Diturunkan di Fremantle Train Station. Kami pun mengambil2 gambar di kawasan sekitar. Malangnya kami x boleh ambil gambar dalam station sangat kerana mereka ada polisi x leh amik gambar dalam track takut2 nak plan Terorist attack... Pakcik guard tu la cerita. Tapi jangan salah faham, pakcik tu baik... dia banyak kali minta maaf tapi tu mmg tugas dia nak wat mcm mana. Dia sembang2 dengan kami tetang apa yang boleh dibuat di Frementle ni. Respect la pakcik tu...

Akhirnya dia benarkan kami ambil gambar sekeping ni...


Haa.... dapat pun sakinah buat pose "around the world" dia ni kat sini... so kami keluar la dari stesyen ini. Betul2 depan station ni la tempat tunggu bas. yang paling penting adalah 2 laluan CAT bus untuk Fremantle, laluan Merah dan Laluan Biru... boleh tengok di Peta kat bawah sebagai rujukan... dan sapa yang ada duit boleh la naik Tram Tour. Dia pusing2 satu Fremantle. Mcm Hop on Hop Off jugak tapi naik Tram lah.. and kalau nak beli tix or nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI btw boleh beli tix untuk Prison Tour dan the Spooky Night Prison Tour kat website ni! Woooo...


Oklah... mcm ni la rupanya pekan Fremantle ni lebih kurang. Bangunan dia lebih lama dan lebih clasik dari yang kat pekan Perth tuh... Saya kasi peta sikit..  saya akan cuba sebaik mungkin utk pin point tempat2 yang kami pergi dalam peta ni..

Ok kita start kat betul2 bawah tanda N @ North tu.. nampak Train Station? haa... ni la dia stationnya...

Inilah dia train station nya.. antara bangunan yang bersejarah kat sini kata deme... 

Bas yang panjang2 ni dia untuk pergi jauh2 contohnya ke bandaraya Perth. 

Klasik abis kete dia ni... hehe.. 

Ini adalah pejabat Pos... bawah sikit jer dari stesyen keretapi tu... mcm mana kami boleh lalu kat sini sebab kami nak CAT bus yang mengikut aliran warna biru... 

Ini satu Hotel yang saya kira unik... Norfolk Hotel....  Hotel ni dia x la mahal sangat sebab ala2 guest house yang up sikit... hehe.... paling murah pun AUS100/night. That is RM330 semalam! Pengsan :p So boleh la KLIK DI SINI untuk pergi ke laman web hotel ini. 

 Ini adalah Marine House dan Esplanade... 

Ini adalah Shipwreck Museum / gallery... di Stop #17 Laluan CAT Biru. 




Ini adalah bingkai kapal sebenar yang karam zaman dahulu. 


Kami pusing2 dalam Muzium tu. Lama juga la kami pusing sebab kat luar hujan :p dan kami rasa ianya agak menarik lagi2 ada satu game ni yang membuatkan kita berpusing2 dalam tu mencari clue. Menarik... kami main dan selesaikan game tersebut tapi kami tak pernah declare pape kat sana sebab game tu utk budak2 :p hahaa.... nampak tak ke kanak kanakan kami ni... :p 

Kami meneruskan perjalanan kami ke Fishing Boat Harbor dan ia setentang dengan muzium tadi. Dekat jer jalan kaki sudeh... 

Kena lintas landasan ketapi.. nak wat mcm mana.. jangan langgar waaaa.... 
 Apa yang special sangat tempat ni? haa.. sinilah tempatnya anda boleh dapatkan makan ini fresh dan sangat sedap!!! makanan apa? tadaaaa....

YES! The best fish 'n' Chips in Town! Namun gitu ini adalah bulan puasa dan kami dah pun mendapat jemputan berbuka puasa di Rumah Aunty Zainon malam nanti... so... T__T
Keliling tempat ni biasa la.. laut :p nama lagi Habor... ok... depan jer dari tempat makan ni ada Art Center.


Ramai orang kuar masuk dan kami pun masuk kuar dari tempat itu... mmg seni dalam tu :)
Menurut peta, kami boleh berjalan ke Round House dan sebenarnya nampak jer dari kedudukan kami Round House tu maka kami pun berjalan la ke sana.

jalan menuju ke pantai... 

Di atas belah kanan tu lah dia Round House. 

Ni gambo blogger yang poyo tu :p 

Sila ambil perhantian, Ibu ambe mmg pandai bergaya... hehe... 



Panjat2 kita akan sampai ke Arthur Head.. gambar ni menceritakan sejarah tempat ni.. 

tinggi la jugak :p 

Ni cerita pasal struktur kat depan ni dan meriamnya... 


Maka kami panjat2 lagi sampai la ke Round House nyeee...

ngeri tak ngeri tak?? Haa.. ni mmg tempat penjara dulu2 awal2 sattlemen kat sini. 

Adalah patung2 ni dan sejarah2 tempat ni. Kat sini ada papan2 yang menceritakan apa yang berlaku. 

Ni la kat mana tempat utk menyiksa orang.
 Maka kami pun turun la dari Round House tu dan bergambar la di bawahnya seadanya...

Me and My Ibu. I love you :D

Naik balik bas CAT biru ni ke area Fremantle Market di stop #3 CAT Biru. 


The Monk... 

Ada Indo Mee... AUS0.55 only??!! OMG mahal buat kita murah bagi mereka.. 




Basicly dua gambar terakhir ni mmg di susun gini sebab nak tunjukkan kami berjalan dari market tu ke Railway Station. Dan kami naik bus balik ke Perth dan kami tunggu Aunty Zainon utk amik kami :D hehe... kalau suh kami cari sendiri mau x jumpa :p

Oklah samapai kat sini sahaja posting kali ni... haaa... beli ape? x beli pape la kot.. pose. Posting pasal berbuka kami akan muatkan di posting akan datang di mana saya nak ucapkan terima kasih juga pada kawan2 blogger & traveler lain. Jgn lupa, posting seterusnya... hehe...

Wassalamualaikum salam.


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."