Followers

Tuesday 5 November 2013

Seoul 2nd Day: Nami Island! (Part 2)

So here we are finally after taking the bus to Nami Island.
Dia turun kat 7e
Nak tahu apa yang Firdaus (gambar di atas tu pandang?)




Aaa.... kan dah ada yang kecuttt perut...  haha... best dan sangat tinggi. Rugi tak terjun! Owh, dia ikat kat belakang dan bukan pada kaki atas sebab keselamatan dan dikhabarkan ikat kat kaki untuk bungee jumping tak elok utk pinggang sebab tu mereka telah gunakan cara yang lebih selamat. Hebat2... So? Ada beran?

haha... Oklah, kami sampai dah agak tengah hari. Ke dah jam 12 sebenarnya. So perut pun sudah berkeroncong... erk... ape? nak tahu juga kenapa kami lambat... adeh... (Biarlah rahsia)

Jangan bagitau orang, kami salah naik train... sebab gatal tanya orang jalan padahal Jihacul tu dah bagitau jalan sebenar. T__T
Erhm... ok cite balik pasal lapar tadi. Dekat kawasan parking bas kami ternampak kedai ni tulis besar2...
Yezza anda bukan salah lihat. 
HALAL! Wow!! Maka perut yang tadi keroncong sekarang dah heavy metal dah la melihat signboard halal ni. Maka kami pun pergilah ke kedai ni. Kedai ni ada 2 tingkat, hari biasa dia buka bahagian bawah jer. Atas tutup. So kami masuk mula-mula kami tanya la, sekali owner dia datang kata we serve Halal food. Welcome. Bagaikan pungguk rindukan bulan (ntah la apa kena mengena) kami pun duduk dan owder ler nyam3... selebihnya biar gambar sahaja bicara.
Mushroom Soup - 10,000 KRW



3 Portion Daging Ayam (Daging lembu xde) - 30,000 KRW

Ni Menu kalau nak order nanti
BBQ yang amat lazat nye ter lah!
Alhamdulillah sangat sedap beb... dan yang paling best ramai yang tak tahu pasal kedai ni kerana tak nampak lagi orang blog pasal kedai ni dan tak pernah masuk rancangan TV lagi (sepanjang yang kami baca dan tengok la). Mungkin kedai baru. Tapi mmg sedap. Terbaik... So sini ja 40,000 KRW habis. Air? Di korea air kosong diberi secara percuma dan kita tak perlu minta pun dia datang terus masa kita duduk :)

Dah kenyang kini sekarang jommmmm....

Mereka buat Nami ni mcm satu negara lain... haha... kena apply Visa la pulak. Dia tulis situ sampai 2011 tp kami pergi 2013 masih lagi 8000 KRW sorang. 

Ni pintu masuk immigration Nami
Ni kot-kot korang tak tahu mcm mana rupa orang korea.

Ce cari Jalur Gemilang

Inilah ferry yang membawa kita ke republik nami tuh... 
Well ada alternatif yang lebih mudah untuk ke Nami Island tapi anda kena bayar lebey sikit lah... 38,000 KRW.
Yezza, Zipline ke pulau Nami!
South Korea's Nami Skyline Zipwire Ziprider, starting from Gapyeong Wharf and ending at Nami Island, 80 feet high and covering a length of 940 meters. It is allegedly the longest zipline ride in Asia.

So choose-lah. Ferry or Zipline... but hey if you dont like them both you can always swim to Nami.. lalalala....

Ok, kami naik Ferry not coz we are scared of the Zipline but because its too expensive for our budget. Sambung cerita Pulau Nami. So akhirnya sampailah kami ke Jeti Pulau Nami. Jeng-jeng-jeng....
Sumpah aku tangkap gambar batu tu... percayalahh....

Seni katanya...

Tulis2... 
Ni information counter dia kata awal2 nami Island ni :)

Peta Nami... 

Kahbar Bahik... haha...

Letak la jugak sebab sume orang pun nak letak burung unta ni.


Tempat kami dating... ngeh3... 

Haha... ni sebenarnya antara tempat2 yang ada kat Nami Island ni. Kalau tengok gambar2 kat atas ni rasanya takde sape yang berminat nak datang Nami-kan?? kata tempat Winter Sonata bagai... to be honest with you hari kita pergi ni hari Jumaat. Tapi ramainya lah manusia... adoiii... Namun begitu gambar tetap ada satu spesis yang kami ada dalam gambar tu satu lagi spesis pemandangan semata. Dalam Nami island ni ada tempat yang kita boleh makan dan kami hanya berjaya jumpa satu tempat makan dalam ni tapi satu lagi walaupun kami kami x jumpa tapi kawan kami jumpa. Dia dah tukar nama... kami sedang cuba mendapatkan nama kedai tu dan makan dia utk anda semua... sabar ye...  

Ni tempat makan yang pertama kami jumpa, ia bertentangan dengan tempat sewa basikal. 

Cari Toilet Studio (tandas tp cantik), sebelah kiri dia Ethiopia Coffee, sebelah kiri Ethiopia coffee ialah kedai tu :)


Kedai ni jual makanan berasaskan sayur. Kami beli Tepuki. 
Tepuki (rice cake)... walaupun bunyinya agak err... tapi menurut sakinah dah agak kurang sedap dari dulu
Masa makan kami jumpa artis!!! Wow!!!
Song Ji Hyo... tolong lah percaya... LOL
Yang kedua ni nama dia dah tukar jadi eco cafe
Ok time ni kita pun nak solah lah so jangan risau Pulau Nami ni ada Mussola... di mana? Ok dari tempat makan ni, depan dia ada satu bangunan. Tepi bike center tadi. Di pintu kaca bangunan tu ada tulis Mussola. Mussola tu ada di tingkat 1. 
Gambar dari Blog org dalam gambar tu, kami xde gambo la pulok. 


Ni betul2 depan mussolla :)

Mussola ni bercampur laki pompuan tapi oklah ada tempat solahkan? Selesai solah kat sini. Alhamdulillah :D 

Masa kami pergi ni pertengahan musim luruh tapi daun x berapa nak tukar warna lagi. Tapi masa kami pergi Nami ni angin kuat betul.. mula2 angin, pastu pasir, pastu ranting2 kecil last2 ranting besar jatuh atas kami.. ya ampunnnn... ape la nasib. Haha... 

Kami sempat menikmati Ais Krim di Nami ni.. 
Ice cream ni 2,000 KRW seketul
Ni baru sampai tengah sebenarnya. Nanti kita sambung lagi dalam part 3. Letih perah otak cuba ingat balik apa yang jadi. Haha... Nasib ada video boleh rujuk balik. Apa2 pun bila sampai Nami ni jgn lupa sewa basikal dan kayuh-lah dengan perasaan yang romantik. Haha... Nami ni adlah pulau yang ramai couple pergi, sweet sangat...

Kwang3... oklah nanti la sambung lagi sementara tu saya masih ingat nak sajikan gambar-gambar untuk tatapan pembaca semua. Mari kita lihat apa yang ada ...


Adik saya ni jadi artis kat Korea... sape sangka... LOL

Nampak molek...tangkap jer la

Chu chu....


Jalan itu...

Ni ada dalam bangunan yang ad mussolla tu... buku.

Ini buku yang disusun tinggi menjadi bangunan... WOW!
Tempat winter sonata
Sampai kat sini sahaja lah buat kali ni... jumpa dalam part 3 nanti dengan lebih cerita dan gambar-gambar. Wuhu...

Teruskan membaca dan please share to promote this blog :)

Note Kaki:
So far pembelanjaan kita:
Bawa Kedepan - 5000 Won
Makan T.Hari 10,000 seorang
Nami Fee - 8,000 Won
Aiscream - 2,000 Won
Air Minum - 2,000 Won
Tepuki - 5,000 Won

Total Cash Spending = 32000 Won = RM96.00
*Currency Exchange Rate RM3 = 1000KRW




"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

9 comments:

  1. Hoyeah memang xpenah lagi orang blog or cerita pasal kedai halal kat depan parking bas tu. Alhamdulillah, xdelah nak berlapar sangat bulan depan. Boleh melantak sekembali dari Nami. Tq for the info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pergi dan pulang :D jgn lupa makan nanti ingat kat kami... kira kenanglah kami dalam makananmu. ngeh3...

      Delete
  2. bro...chicken grilled tu 30,000 utk 1 set ke? brp org leh makan? yg utk sorang ade tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam posting ni ada menu dia.. dia satu portion 10,000KRW so itu cukup utk sorang. :)

      Delete
  3. Alamak! terlepas pandang ada bbq rupanya dekat parking tu! tempat baru ni... tebeoki tu nak try makan, tapi aunty tak bagi hahaha, is it any good? saya makan dekat drama cafe tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... ramai tak perasan lagi2 setakat ni xde nampak sape lagi blog pasal kedai tu kecuali kami :) tebeoki hari tu tak berapa sedap mcm dulu. I can make better Tebeoki Radin. hehe..

      Delete
  4. eh tak perasan plak kedai halal kat parking bas tu...kalo dr tmpt turun teksi, kat pintu masuk parking tu...kaunter nami hala ke dpn kita...zipwire belah kiri kita...kedai tu belah mana eh?kedai yang sama dgn ini ke? budgettravel2korea.blogspot.com/2013/10/nami-ok-restaurant-halal-dakgalbi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai tu belah kanan kita... turun taxi kita berada tepi jalan raya tu. Zep will be on our right. Walk ikut jalan raya tu (jgn masuk kot parking sume tu) sampai dekat dengan tempat tiket kaunter then look on your right. Dia selalu kita tak nampak sebab mcm tgk dalam gambar tu sinage dia putih mcm tu jer x perasa n kita pun x terpk ada kedai makanan halal kat situ padahal sebesar2 alam kot dia letak halal :p mmg sedap n rugi kalau x makan kat situ DJ. Next trip korea singgah tau.

      Delete
    2. bro boleh bagi detail lain tak selain dari detail yang diatas untuk location kedai makan halal tu. thanks

      Delete