Followers

Tuesday, 19 February 2019

TIPS MENJAGA KESELAMATAN DI PARIS πŸ‡«πŸ‡·

Paris merupakan bandar yang indah untuk dilawati. Kecantikan bandar ini pasti memukau ketika berada disini. Senibenanya yang unik seperti dalam koleksi cerita-cerita romantik barat. 


Sangat terkenal dengan jolokan kota cinta, tidak hairanlah jika ramai yang datang berbulan madu di sini. 


Paris juga terkenal sebagai kota fesyen yang mana jenama-jenama seperti Louis Vuitton 1854, Longchamp 1948, HermΓ¨s 1837 dan banyak lagi. Syurga bagi kaki shopping. 


Namun disebalik semua semua yang indah ini, Paris juga penuh dengan penyeluk saku dan scam. Mereka ini amat professional. Namun jangan risau, yang penting anda perlu berhati-hati. 


Saya kongsikan tips untuk menjaga keselamatan anda serta harta anda di sini. Berikut adalah teknik biasa yang digunakan dan cara menghindarinya:


1. Taktik meminta tanda tangan. Mereka ini selalunya perempuan, wajah eropah timur dan ada  dikalangan mereka yang bertudung. Mereka akan melihat-lihat muka bukan orang Perancis dan datang menegur. Selalunya mereka ini memegang papan kecil saiz A4 dengan kertas untuk anda  tanda tangan. Mereka akan datang kepada anda dan berkata "Can you speak English?"

Solusi: Abaikan terus mereka. Jangan  jawab atau layan. Jangan menerima bantuan mereka sekalipun anda tersesat. Jangan menandatangani apa-apa walaupun mereka kata mereka dari NGO mana-mana sekalipun kerana anda perlu membayar jumlah wang yang banyak kepada mereka sebagai tanda sokongan. Pelik bukan. 


2. Penyeluk saku. Biasanya mereka ini juga terdiri dari perempuan yang sama macam diatas cuma kali ini mereka beberapa orang akan sengaja merempuh /menolak2 anda untuk tanda tangan supaya mereka boleh menyelup beg dan poket anda. 

Solusi: 

Kalau mereka datang kepada anda, jaga barangan berharga. Poket, wallet, telefon bimbit dan Beg anda menjadi sasaran utama mereka. Perhatikan persekitaran anda, anda boleh agak siapa mereka. Jangan terlalu leka mengambil gambar sehingga membuka ruang kepada mereka. Jika anda perasan mereka berjaya mengambil sesuatu daripada anda, pegang mereka dan mulakan suasana yang kecoh. Seperti cakap kuat-kuat "give me back my wallet or i will shout'.  Selalunya mereka akan pulangkan segera dan beredar cepat-cepat kerana orang disekeliling anda akan datang membantu dan mereka tak mahu keadaan itu berlaku. 


3.Penyeluk saku professional. Ya disini ada golongan ini tapi tak ramai. Mereka ini tidak boleh dikesan. Sangat-sangat hebat skill mereka. Tapi jangan risau, mungkin anda bukan pilihan mangsa mereka pun. 

Solusi: Jangan memakai barangan-barangan mewah seperti jam Rolex, berpakaian ala jutawan. Usah membawa terlalu banyak wang tunai, beli barang-barang gunakan kad kredit dan debit. Simpan barangan penting seperti passport dan duit (selain yang di dalam wallet) ditempat yang selamat. Contohnya dalam beg travel beg kecil yang dipakai dalam baju anda atau pakai sahaja single pak haji yang anda poket doremon berzip itu sebelum mengenakan baju yang lain. 


4. Di Paris, terdapat ramai orang dari benua afrika yang berkulit gelap (saya bukan rasis). Mereka ini tidak ganggu kita pun. Jangan takut dengan mereka. Namun ada segelintir kecil akan duduk di tempat tarikan pelancong seperti di Montmartre. Mereka akan datang kepada anda dan mula bertanya soalan atau mereka nak buat persembahan tali dan sebagainya. Mereka akan meminta duit yang banyak sebagai upah. 

Solusi: Usah dilayan mereka, bila mereka bercakap dengan anda, just buat tak tahu dan beredar pergi. Jangan pedulikan mereka pun. 


5. Yang terakhir, jangan leka dengan telefon bimbit anda kerana ia boleh hilang sekelip mata. Dekat Malaysia pun macam ni πŸ˜…

Solusi: berpada-pada main phone. Dah kat Paris ni. Enjoy it. 


Tempat tumpuan mereka:

Stesyen keretapi Gare Du Nord, Stesyen Keretapi Airport, Montmartre, Arc De Triomphe, kawasan berhampiran menara Eiffel dan kawasan-kawasan tumpuan pelancongan yang lain. 


Ikut tips saya insya ALLAH anda akan selamat di Paris. Yang anda perlu ingat, walaupun mereka ini wujud namun ia bukanlah penghalang untuk anda untuk bercuti disini. Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga kebarangkalian anda akan kehilangan barang dapat diminimakan. 


Rugi jika kita biarkan rintangan yang sedikit ini menjadi asbab untuk anda tidak datang kemari kerana Paris adalah satu kota yang wajib anda lawati sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 


Akhir kata, secermat manapun kita. Eloklah kita mulakan hari kita di kota Paris ini dengan doa. Mohon perlindungan daripadaNYA. 


Untuk Tour di Paris dan Eropah, anda boleh menghubungi saya. Kami beroperasi di Perancis dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Perancis. 

Oklah, rajin-rajinlah follow fb saya kot-kot ada benda menarik. Klik share supaya ramai orang boleh dapat info ini. 

http://www.facebook.com/sifusempoi

http://www.facebook.com/hafizazmi83

Saya tutup dengan pantun...


hujung kalam, 

wassalaam. 

(Contoh pantun dua kerat yang tak berkualiti 🀣)


Catatan kembara Eropah

Hafiz Azmi

Menulis untuk kebaikan


#MusafirMencariHikmah 

#Elfaransee 

#ProjekTourLeader

Tuesday, 31 January 2017

SATU NUKILAN DARI IDOLA TRAVEL MALAYSIA

Assalamualaikum semua. Apa kabar 😁 hari ni sifusempoi nak kongsikan satu nukilan dari seeorg yg dlm komuniti travel ni di anggap sebagai idola @ lagend. Dia ni perempuan yg selalu travel ke tempat2 bukan pelancongan dan rare dan selalu buat secara Solo. Mmg tabik beb... sy beruntung kita berjumpa dan bersahabat Suly Syamsuddin. 

Dibawah adalah penulisan beliau. 


Acap kali mendapat komen, 'wah mesti banyak duit bole travel lama'. Soalan yg lebih sopan, 'macammane awak manage duit untuk travel panjang?'.
.
Tipulah kalau aku kata tak perlu duit banyak untuk travel, setakat tayang gigi..dan jalan. Bagi aku, tak perlu tunggu kaya untuk travel. Cukup sekadar ko tahu apa yang ko mahu dan ko tahu apa nak buat.
.
Rata-rata aku jumpa/kenal travelers dari negara luar mahupon negara sendiri. Sesetengahnya, tak kaya pon. Terutamanya mereka dari western countries. Keje biasa2 je seperti di restoran, jual surat khabar. Tapi mereka tau matlamat mereka. Jika matlamat mereka nak rasa pahit perjalanan hidup, mereka berkerja, save duit dan sampai masa mereka travel berbulan-bulan ataupon bertahun-tahun. Ya..duit mereka besar. Tapi perlu ingat, pendapatan bulanan mereka pon tak besar. 
.
Berlainan pula dengan golongan yg menikmati nikmat hidup. Perbelanjaan harian utk 'nikmat hidup' tu, yg menyebabkan golongan ini mengatakan kpd golongan 'nak rasa pahit perjalanan' itu ..'ko banyak duit. Bolehla'. Nampak kan perbezaan itu?. Duit bukan jatuh dari langit oii. Nak aim beli kereta/rumah, pun pulun kot saving, ikat ketat sana sini, tahan nafsu tak beli atau makan itu ini. Jadi kalo nak travel panjang pon, macam tula kene buat dan planning. Unless kalo mak pak kaya, tak pon gaji 5 tahun lepas pon tak sempat usik lagi (hamek..pnyela beso gajiπŸ˜„)...bole la merasai nikmat harian sperti biasa dan juga travel.
.
Kesimpulannya. Dalam hidup ni, setiap orang ade priority dan preference hidup masing2. Aku selalu ingatkan diri, utk respect pilihan orang lain. Mungkin dahulu, aku ade tersasar kata, terpost ayat2 poyo dari google, yg mgkn menghiris hati mereka yg ada pengorbanan lain yg perlu dibuat, dan menyimpan kemas saje impian utk melihat dunia luar. Kekadang, aku rasa terharu bila ada kawan yg komen, 'terima kasih suly sebab bawak aku mengembara dari gambar2 ko, dari cerita2 ko. Aku tak mampu nak pergi. Tapi tgk gamba ko dan dgr cerita ko pon dh buat aku hepi'. 
.
Terima kasih kpd yg sudi mengikuti kisah2 aku. Mungkin story kurang, kerana ilham menulis tak mai. Kepada yg nak travel panjang..tiada jalan mudah utk senang
#sulyingeorgia16 #sulyincaucasus

 

Tuesday, 27 December 2016

JALAN-JALAN DI YEOIDO PARK SEOUL

Assalamualikum semua. 😘 apa kabar? Sifu doakan semua sihat sejahtera. Sifu ada dekat Seoul sekarang. Baru ni bawa 24 org Guru dan keluarga mereka jalan2 di Seoul dgn pakej Sifu 😁 meh sifu belanja gambar sikit. 

 
 
 
 
 
 
 
 

5hari 4malam... best dgn cikgu2 ni, mmg sporting ❤️

Oklah... lepas hantar mereka balik hari 19hb hari tu dan spend semalam bermalas2an di bilik. Owh bilik sifu duduk 3 hari kat seoul kali ni adalah di myengdong. Jenis gyosame kata mereka, bilik kecil tp bilik air semua kat dlm. Sewa dia 30,000/day oklah private tp x best sbb xde sape nak sembang. 

 

 

Nama guesthouse ni Myengdong Guesthouse 1 betul2 sebelah Skypark 3 subway myeongdong exit 9. Sgt convience... jalan 1 min sampai main street myeongdong. 

Ok back to the main story...Hari ni Sifu pergi Yeoido Park dekat je dgn Hangang @ Han River. Apa bestnya park ni? Well park ni mcm mana Sifu pernah cover dulu, ianya mmg relax so anda kalau ada masa patut kesini. Dulu park ni adalah airport tp ia telah ditukar kepada park pada tahun 1997 dan dibuka kepada ramai org πŸ˜‚ pada 1999. So mcm mana nak pergi ke park ni? 

Sangat senang... naik Subway, ingat lagi apps apa yg sifu ajar dulu utk sistem keretapi mereka? Bagus2... kalau x ingat boleh taip "jihacul" di appstore/playstore. Dia akan keluar korea subway. 

Naik subway ke stesyen Yeoido dan keluar di Exit 3. Keluar je exit tu terus jalan kedepan sampai jumpa park tu. Dlm 5min berjalan. 

 

Akan berjumpa dgn arca ikan ni sebelum sampai sana. 

 

Sekarang ni perjalanan ke Park ni mcm ni la view dia.

Anda akan sampai ke Jalan besar dgn signboard besar2 tulis Yeoido Park dlm bahasa korea... membantu sgt kan? Hahhaha.... ada bhsa ingeris nya kat tepi tu. 

 

Just cross je jalan ni dan anda sampailah ke Yeoido Park. So mari kita tgk peta sikit park ni. 

 

Park ni terbahagi kepada 4 bahagian, common, grass land, ecopark dan tradition korea park. Ia bersambung dgn Han River Park. So itu sedikit pengetahuan utk anda semua. Hehe... 

So masuk2 je kalau ikut jalan saya ni akan jumpa kawasan lapang. Ada post2 basketball, bendera dan kapal terbang seketul. 
 

Tapi masa musim sejuk ni ada tarikan baru... apo dio? 

 
 

Ada ice skating rink. Haaaa... 5,000won anda boleh main sampai beku sekian. Hahahha... utk kita org asia agak gila la nk main ice skating tgh2 winter yg sejuk πŸ˜‚ tp cuaca hari ni best πŸ‘πŸ» 7 darjah celcius. Untuk winter, ia sgt bagus ❤️

So x main pun, cerita ja. Ok dkt area ni juga ada tpt Rental Basikal. Betul2 setentang dgn jalan masuk tadi. Basikal ni sewa dia ikut Jam. Kalau rolex mahal la πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ okok... sewa dia 3,000krw satu jam dan dia akan ambil id kita sebagai jaminan. Tolong jgn bagi IC @ Passport. Bagi je lesen ke kad student ke janji ada gambar kita oklah πŸ‘πŸ»

 

So berkayuhlah dgn gigih. Ini antara gambar yg sempat sy tangkap sebelum hujan rahmat turun membasahi bumi korea ni. 

 

 

 

 

Maka setelah sejam berkayuh dgn gigih dan menagkap gambar akhirnya diriku kebasahan kehujanan. Hantar balik basikal, lepak kat convi park tu ada payung2 besar n kerusi meja. Beli Kimbab sikit, air hot choc lepak sampai hujan berhenti. Sejuk? Hahhaah... haruslah πŸ˜‚ tapi itu pentingnya ada proper gear bila travel so terkawal la kesejukan dan kebasahan yg melanda diri. 

Oklah... sampai sini sahaja, hujan berhenti sy pun jalan balik ke subway dan balik hotel. Nk keluar dinner mlm tu dah x boleh, hujan lebat. So dok bilik makan maggie dgn nasi 😊

Ok guys ❤️❤️❤️❤️ taking care. Oh... like page FB Sifu Sempoi utk tgk info2 dan pakej2 yg sifu jual. Love you all. 




Wednesday, 24 August 2016

NEW ZEALAND DAY 2: SOUTH ISLAND JOURNEY

DAY 2: LOG IN

Pagi-pagi dah keluar dari hotel... bayar mahal2 nak tido jer :p well bila travel dengan family x leh la ikut cara bunkbed kitakan? (^__^)

so bayar je kat lobi tu utk tiket yellow bus nak ke Airport tapi kali ni NZD5 seorang. Bas sampai jer kita naik dan turun lah kat airport domastik... jgn pergi turun kat airport international pulak kalau nak p south island. Sebab bas penuh dengan orang dan barang2 maka kami dan barang duduk berterabur... turun2 bas check barang... sekali ayu kata eh.. mana beg makanan tarik... err... bas dah berlalu pergi... so saya pun mcm jason bourne berlari kejar... fuh... sampai sebelah sana jalan jer pas tu tahan taxi x tahan la semputttt..... hahaha... kejar punya kejar bas tu last2 dapat juga amik bas dan taxi tu drop saya balik ke airport dan paling menyedihkan kena bayar NZD25 naik taxi T__T $$$ melayang....

xper la holiday mood so bayar pun happy jer... hehehe...

Kami naik Jetstar bayar ND245/Pax dah masuk tax, service, beg 20kg (ini kes padan muka sebab book lambat padahal murah lagi boleh dapat). Xpelah... janji NZ kan... bukan NZ curry house.
Saya buka saudara mahupun menantu dengan itu owner NZ Curry House dan ini adalah iklan percuma :p
Flight dia sejam lebih dan kami naik flight jam 930pagi dan sampai jam 11pagi di Queenstown.


Bila fikir2 rasa gambar ni ambil guna GoPro. hahaha... GoPro yang kami order x sampai lagi so mmg sangat berterima kasih kepada Firdaus kerana sudi meminjamkan GoPro beliau penuh dgn bermcm2 gajet sampai ada yang sifu x reti guna pun! wow!

Sampai je airport Queenstown (kecik je airportnye) kami keluar pergi ke kaunter Jucy utk ambil motorhomes nak jadi cerita x siap lagi motorhomes tu so mrka bagi kami pakai kereta ntah ape2 tah dulu tapi oklah janji boleh berjalan. Beg semua muat masuk boot so no complain there. Kena ambil kereta di Jucy Depot yang dalam 400m dari airport.. nanti mereka akan guide mcm mana. So 1st time drive kena hon dekat roundbout... pening aku sistem roundbout dia tapi percayalah... you'll figure it out eventually.

Drive terus ke pekan queenstown dan parking kat sana.



Ni sabun...jangan bantai p makan pulak



Kami lunch deat kedai Turkish Kebabs ni kami makan Lamb Rice dalam NZD15 sebungkus. Order air mineral 2 jer sebab mahal kan... hahah... kenyang alhamdulillah... nak sedap sangat tu x la jugak tapi alhamdulillah boleh kenyang tu rezeki yang tak ternilai. Jumpa dengan orang Malaysia kat sini... keluarga Prof. Dr. Azizul, Dekan Fakulti Masscomm. Sebang kejap kat situ tunjuk2 gambar dan tukar2 kad...

Lepas tu kami pun dah ada date kul 2.30ptg utk naik Lake Cruze... Kami naik Queenstown Lake Cruze NZD30/pax kami beli dari bookme.com (tempat yang baik utk cari diskaun dekat NZ ni). 1jam 30 min cruze ni tapi kalau korang ada masa baik ambil Milfort Sound Cruze... ini lagi cantik dan menarik cuma 4 jam kot dan mahal la lagi dekat2 100NZ/pax




Ini adalah antara permandangan dari atas Cruze tu... menarik sangat... cantik dan relax jer... alaupun beku mengais atas tu. Boat dia dua tingkat so kami dok kat atas saja jakun :p Di ingatkan bagi yang tak tahu sekarang ni musim sejuk yer.. gigil...

Chears... ape pulak nak chears ni... ni sebenarnya masa naik cruze ni dia akan berhenti tengah2 tasik ni dan dia akan cedok air dari tasik tersebut dan bagi kita minum. Dia kata this is how water should taste like. Kmai minum dan kami rasa paper cup tu jer ^___^ rupanya air yang bersih ni kita x rasa apa2... tapi kita berasa segar dan hilang dahaga. Bersih sangat. Mereka kata air dari lake Wakatipu ni antara air paling bersih di New Zealand dan dia kata dalam hari yang paing teruk sekalipun clearity air tak pernah bawah dari 90% on normal days 95% above. Tabiklah... patutlah sihat...
Ni gambar masa nak turun dari cruze. 
Lepas turun cruze ni, kami diberi masuk ke underwater observatory deck. Menarik tengok ikan2, belut dan juga itik dalam air. Ya itik... saya x typo hahaha... sibuk je itik tu rebut makanan dengan ikan dan belut ni. Ada salmon, dan mereka ni famous dengan rainbow trout. Dalam deck ni kita boleh masukkan 2 doller utk bagi makan kepada ikan2 ni dan ia akan disalurkan dari atas tapi sebelum smpai kat ikan2 ni itik2 kat atas dah sambar banyak dulu. apa yang lepas masuk dalam air ni ikan dan belut serta itik yg menyelam akan rebut bersama... tak guna nye itik... hahaha...


Oklah sekarang dah dekat jam 5 petang ni kami kena pulangkan kereta dan ambil motorhomes kami. So kami balik ke area airport untuk tukar kerete kepada motorhomes. Excited giler kau nak drive motorhomes. >___^








Kami ambil Jucy kerana yang lain dah penuh. Kami try juga nak ambil Maui, Britz dsb tapi dah penuh... dan harga mereka ni lagi murah. Kalau nak dapat deal lagi murah, boleh googe 3rd party website mcm aussiecampervan.com dsb. dan antara website orang kita yang buat caravan ni adalah ahmadcaravan.com.

Kami sewa Jucy ni dengan harga NZD1248 dah termasuk GPS, Insurance (nak bayar apa2 pun mahal baik ambil insuran kalau apa2 jadi senang xde la kita kena bayar. kalau tak ada access 5000NZD @ RM15,000!! dah la kau accident, kena bayo lagi 15k baik taubat dan ambil insurance je. hehehe... tax sume dah cover... disel tax tak masuk lagi. Minyak n LPG Gas dia bagi full kena pulang full. Sebab penuh adalah kerana route kami.... orang selalu buat Christchurch ke Queenstown tapi kami terbalik... Queenstown ke Christchurch. Harga untuk  hari... dia kira hari bukan 06-07hb Ogos 1 hari... no... 06hb ogos 1 hari, 0hb Ogos 1 hari so kalau korg nak pulangkan pagi baik pulangan hari sebelum. x berbaloi... ok since kalau ada nak amik Jucy jgk... ni discount code kalau nak 15% discount:
" SECRETJUCY16 "

Apa yang kita kena buat nak drive kat sini... senang jer bawak lesen memandu kita ja tapi kalau nak selamat... pergi JPJ bayar RM12 mintak dia extract lesen kita. Kejap je buat dan x payah beratur panjang2 pun. nanti JPJ akan keluarkan detail dlm lesen kita agar mudah orang nak baca. 

So lepas ambil motorhomes ni (mereka akan ajar nak guna semua benda...dari power point, dump, pump, bla bla bla.. dan mereka akan bagi info tpt mana yg boleh dan tak boleh nak camp. Jgn main bantai je camping. Kalau dekat Queenstown ni banyak holidaypark (ada powerpoint dan kemudahan mcm tandas, tpt masak, dumpstation dsb) dan kalau keluar dari kawasan pekan mmg tak boleh camp... ada kawasan freecamper site yang free atau campsite biasa yang biasanya cas 10NZD/head dan adalah fasility sikit2 tapi x der powerpoint. So balik ke Queenstown ni holidaypark mahal2 sebenarnya... average 25NZD/head. Walaupun mereka x la naik ke atas kenderaan kita nak kira berapa ramai orang yang ada tapi benda ni berbalik kepada kejujuran kita lah ^__^v tapi ada 1 tempat yang murah, QCamp di Queenstown... boleh lepak situ tapi tpt ni cepat penuh so kena lekas2 dong... 

Okalah... nanti saya kasi info lagi tentang tempat mana nak park kereta / motorhomes dsb. Tapi buat masa ni... ini sahajalah yer... adiyos amigos... or as the Mouri says it... Kia Ora.

UP NEXT: NEW ZEALAND DAY 3: HAVING FUN IN QUEENSTOWN

DAY 2:  LOG OUT

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."