Followers

Wednesday 22 January 2014

JEJU 9th Day: Bersantai Di Jeju (ALL IN HOUSE-Seupjikoji)

Setelah makan dalam bilik, kami masuk balik dalam kereta KIA K5 kami. Saya tak ingat pernah cerita tak tapi hari ni teringat so... kereta ni besar. Very specious. Bootspace besar and pendek kata mmg selesa naik kereta ni. Kami pergi berempat but the car was full sampai tak boleh masuk 5 orang dalam kereta! Hehe... Me front passenger seat, Elyas drive, Fir behind me, Sakinah Behind Elyas. The back middle part of the seat are fill with begs. Haha.. fully utilize.

Ok.. time ni jam dah pukul 10 pagi kalau tak salah. Tapi puas la excercise pagi ari ni... hehe... badan dah bersih, perut dah kenyang so sekarang time utk p "Menyongket" <---bahasa Perak ni.

Kami sentiasa ingin menlihat pemandangan yang cantik2 di Jeju kerana sebelum kami datang ke sini kami selalu di sogok dengan gambar2 yang indah2 belaka tentang Jeju ni. So hari ni nak p buat photo hunting lah. "Kami start dengan tapak lakonan cerita yang famous dulu (Aku pun tak tengok cite ni) iaitu cerita Full House (cadangan nak tengok dulu tapi bila tanya kawan tgk cite ape... dia jawap full house so aku balik la.. dah full house mcm mana nak masuk lagi. Tu la al kisah kenapa aku x pernah tgk  cite ni... kekeke)" <--- Baru aku perasan aku salah cerita... cerita ALL IN bukan FULL HOUSE. Hampagas betul :p So cerita ALL IN yang terletak di Seupjikoji dan di khabarkan Seupjikoji ni cantik tempat nya... moh kite yeop yeong...

Haa... kalau nak info sila KLIK SINI pendek kata kalau nak p sini boleh la masukkan alamat ni 261, Seopjikoji-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do . Kalau nak tengok juga peta jom la tgk peta kat bawah ni nak tahu berapa jauh dari hotel kami ke Seupjikoji area ni.

Tengok belah kanan --> peta ni anda akan nampak kita dari no. 4 dan Seopjikoji terletak di no.5. Sebelah jer... 
Haa.... dekat jer de. hehe... tapi la kan.. masa kami masuk ni kete banyak. Trafic juga la tapi x la lama sangat. yang buat jem ni sebenarnya bas2 yang nak berhenti turukan pelancong. It took us a while but tak la lama sangat. Masuk bayar parking dan park the car. Nice and safe in-front of the toilet :p Its a rather nice looking toilet lar dee... hehe... Ok, xder gambar kat sini sorry yer. But when we jalan kedepan sikit ada ajuma ni jual sotong bakar! Wow!!! So kami pun belilah! Wow!!

Ajuma ni bakar atas batu2 larva lagi.... sotong oh sotong... Kalau tak salah benda ni 5,000KRW so kongsi la 4 jadilah ia 1,250KRW seorang. 

ONE for ALL  and ALL for ONE!! MAKANNN!!!!! 
Then kami jalan2 la ikut laluan Seupjikoji nih... Laluan ni akan membawa kita ke tebing tinggi yang menghadap ke pantai berbatu. Terus lagi akan nampak ALL In House dan terus lagi akan sampai ke Rumah Pakcik Api... heran aku nape Rumah api..patutnya dok tepi laut rumah laut lah... ke rumah air ke... rumah Poseidon ker... haa.. :p

Ni bila kita dah memanjat sikit ke atas, jgn risau laluan dia mudah sahaja. Makcik dan nenek pun mampu lakukannya. Kawasan berbumbung tu tpt rehat..tepi tempat tu dah parking area dah.

Ombak menghempas ke batu. 

Laluan tepi tebing pantai yang berbatu. Relax jer dok sini dengan angin dia lagi... 

Itu dalam gambar ALL IN HOUSE dari kejauhan. 

Ini jer bunga2 yang ada masa ni...
 Sebenarnya kami ni datang patutnya tak la terawal sikit dari musim tapi entah la tahun ni musim dia datang lambat. Autumn dia panjang so semua jadi delay. Kalau tak mesti dah dapat nampak pemandangan mcm kat bawah ni. (Ditangkap dari dalam gambar2 yang ada kat sana)

A picture of a picture. 


Kaunter tiket ALL IN HOUSE. Harga dia 3,000KRW. Kami tak la skeptical sangat pasal masuk church tapi sebab kami tak tahu apa yang menarik dalam cerita yang kami tak tengok so kami decided x payah masuk lah :)


Orang kat Jeju ni suka susun batu bertengkek2 mcm ni. Dia ada makna tapi saya tak pasti apa sebenarnya. 

Ini adalah tempat utk bagi amaran sekiranya kena serang seketika waktu dahulu. Mereka akan menyalakan api dalam tempat ni dan asapnya akan memberikan amaran utk bersedia menangis..eh ... menangkis serangan. 

Laluan ke rumah api. 


Its about something... agaknya dia cakap hati2 jatuh nanti...hmm... entahlah... 

Sini Hwang Elyas mengambil vacation di rajanya. 

Kasi sikit view edit kedebom sikit :p haha... ini HDR terlampau... tapi kalau rasa cantik apa la salahnya :p 

Kantoi in action... mengendap anak dara :p 

ni ha gambar yang di tangkap dari posisi terhendap2 tadi... hehe... rumput jer 

Pemandangan kawasan ini... 

Cover album Aku, Dia dan Jeju... huhu... 

Untuk merakam gambar sediri maka digunakan khidmat shooter ke dua dengan skill terterapnya bagi mendapatkan gambar2 ini... 


 Ok... haha.. sapa ingat / kenal hard gay??? Haa... x kenal... meh saya kenalkan... wuhuuu....

Well if you want to know more, just google Hard Gay sahaja... mesti bersepah2 video dia.. mmg kelako dia ni. 
Haaa... sekarang ini adalah gambo ambe. Dan gambar pertama ini adalah gambo motion untuk mendapatkan master piece di Jeju ini...

Dari ini ... 

Maka terhasillah gambo ini. 

Idea asalnya nak jadi mcm kude... tapi jadi mcm harem jer :p haha...
Haa... so time pun dah 1.46 Tengah hari masa ni so kami pun decided kita kena gerak la dari tempat ini untuk menuju ke tempat seterusnya. Maka kami pun berjalan la ke kereta kami semua. Sampai dekat dengan kereta kami singgah la toilet dulu sebelum gerak.. (nape la cite toilet ni!) so dok dalam kereta sementara tunggu boleh gerak, kami tgk ada sekumpulan budak perempuan highschool dok kumpul dalam bulantan (depan toilet) dan bermain game yang lagu impala (sape ikut running man tahu la game ni). Siap dengan tarian sekali tuh... hebat lahh...

Ok, kami gerak dari tempat ni dalam jam 2... kita p mana lepas ni? itu untuk posting seterusnya.

Berapa kami dah belanja setakat ni?

Parking 500KRW
Sotong 1250KRW
Total 1750KRW

Total setakat ni: 18,500KRW + 1,750 = 20,250KRW @ RM 60.75
*RM3 : 1000KRW

Up NEXT: JEJU 9th Day: Bersantai Di Jeju (AQUARIUM & FOLK VILLAGE)


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

14 comments:

  1. Best giler...xsabar nk p jeju;)

    ReplyDelete
  2. No wonder lah ramai rakyat msia ke JEJU..ohh...baru tahu

    Awan BIRU...eee seram!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu nasib baik biru... kalau awan tu merah lagi awie dgn ziana

      Delete
  3. Blog tuan hamba akn mjadi rjukan hmba bila jejak kaki di sn nati..knl kmpul ongkos dulu nmpk gaya..pic hdr terlampau tu cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai tuan hamba Hafizah nan Ayu. Sila la ambil mana yang berkenan. Keke... itu HDR ka? Terima kasihlah :D

      Delete
  4. hard gay? ahaks..takut nak google..takut kuar benda bukan2! kakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana tron, jgn kasi takut juga. taip saja pasti keluar itu muka dulu. Dia lagi pamous dari gay2 yang lain sebab tu dia hard gay :p haha...

      Delete
    2. lawak betol la orang korea ni.
      bagi nama tu biar la senonoh skit..hahahha..suka la tu dipanggey hard gay..kikikih.

      Delete
    3. hehe... blog saya ni sepah2 sikit cik Nana tron... hard gay tu orang jepun... dia famous kat jepun. Saje suka2 letak dalam ni... apa yang teringat. Dulu takuya kimura pun masuk dalam positing saya ... kekeke....

      Delete
  5. Nextime turun South Korea, kena sampaikan juga hajat nak menjejak Jeju ni. Penat lah asyik cuci mata tengok gambar orang lain jeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie Karim... make sure you do that OK? Hehe...

      Delete
  6. Sir..bila nk g sana lg..leh joint...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... ni kalau dah Sir ni sorang jer yg saya kenal panggil saya mcm tu :) tak pasti lagi ingat nak p tahun depan la kot. Tahun ni kalau nak p pun winter holiday seoul shja.

      Delete