Followers

Wednesday, 6 November 2013

Seoul 2nd Day: Nami Island! (Part 3)

Part 3... wow... lets start with a great story in Nami Island! Kehehe... Sebenarnya kisah ni terjadi kepada kami. Si Elyas ni masa kat Nami Island ni, ada seorang ajushi ni dok tengok jer dia. Mana kami pergi dia ikut ja. So kami decide nak ikut jalan lain sekali dia datang berlari-lari pintas kami dan diri depan Elyas. Dia cakap kat Elyas, beautiful KOREA! Pas tu dia kasi bow dan salam... yup... straight 90 degree bow! Kami tengok jadi WTFish!
This bow is literally called the “90 degree bow” (90도 인사) in Korean because it is. It’s a form of utter respect, an intentional showing of service and obedience
Pas tu terus kembang la mamat Elyas tu... kami sume panggil si elyas ni 전하 (jeonha) or Tuanku. Haha...
King Elyas
Ok itu selingan... sambungan cerita semalam. Kami pun jalan2 la kat Nami ni. Lupa nak cite. Masuk ke nami ni akan melepasi kawasan yang ada bangunan dan akan tiba anda di persimpangan yang ada benda ni.
Depan batu berbotol ni anda perlu membuat pilihan... kiri atau kanan. 
So kami telah memilih jalan yang benar... yaitu the RIGHT path... hehe... Kiri kanan ikut anda la nak mula kot mana. Kami mula kot kanan. Sambung balik. dah jenjalan kat sini. Ok, mcm yang saya janji semalam, saya dah berjaya dapatkan maklumat dari sahabat2 jelitawan kami (kena puji sebab kang diaorang baca blog ni marah lak x puji) dan nak ceritakan kedai Halal yang ada dalam Nami ni ada satu sahaja menurut Suly...
"Nasi goncang sedap! D only one halal cafe at nami. Tp tersorok sket. Yg termurah kami amek..nasi bersambal telur goreng. Smbal dia mcm cili campur bawang je. Mcm smbal kimchi tp agk light rasa dia . sebelum mkn...goncang bekas ni dulu kuat 2. Bila bukak..telur dah hancur n bergaul ngn nasi bersambal. Selaen telor"
dia berkata lagi...
 "Kedai ni kt hujung sekali. Klo perasan musolla...dia ade di penjuru musolla... building ni sebelum smp kt bulatan tengah tu." 
Inilah sahabat-sahabat kami tu... Suly tu yang sedang ... ngeh3... No way Im telling you which one is Suly :p
Nampak mata ni... Mussola tu belah kiri, eco cafe belah kanan dan belakang
gambar org lidi tu lokasi anda nampak mata tadi. jalan ke belakang.
Eco Cafe
Halal

See, Menu :)

Still not clear as why they want me to upload this picture...
Hasil setelah digoncang! Rupa walaupun simple tapi rasa sedap! Kata depa la. Glove tu sebab panas bekas tu.
So since kami tak jumpa kedai ni so sampai sini sahaja la huraian mengenainya. ..Owh... ada satu gambar lagi yang kami berjaya tangkap tadi baru perasan. Bila kita nak keluar dari mussola tu ada papan tunjuk ni kat handle pintu. Tempat mereka makan ni nama dia Eco Cafe.


So sambung jalan lagi. Sebenarnya jalan kat Nami ni best. Relax. Walaupun ramai orang tapi ada tempat-tempat yang orangnya kurang.

Di sini banyak signboard yang mcm ni... mmg SEMPOI
Ni sahabat2 iron lady yang kami jumpa kat sana. Terima kasih for the info n pictures girls :)

Dan kat sini ada rumah-rumah ni yang boleh disewa. Dari lot2 rumah yang kecil sampai la sebesar-besar bunglow. Kira kalau nak merasa pengalaman jadi artis k-drama sewalah. Tapi sewanya tak la murah. Ni harga rumah satu tingkat kat situ semalam sewa dia 240,000KRW ~ 300,000 KRW. Haa... hari ni lain lak rate dia.. kekeke...

Kawasan rumah tu

Ni dia harga dia... yang lagi besar lagi mahal-lah. 
belakang rumah ni ada jalan ni tepi kanan ni sungai, kiri rumah2 tu. 
Ok, kita boleh lalu celah2 bunglow ni untuk ke jalan kayu tepi sungai ni. Sini keadaan janannya tak sesuai utk basikal. So jalan la yer. Jalan ni dengan jalan utama dia selari so ikut luar ke dalam sama ja hala tuju dia cuma pemandangan dia berbeza. Ikut jalan ni sampai hujung dan anda akan jumpa signboard ni.
Lover's Woods... wow... jom jom...
Maka sampai la tempat ni...
Mmg tempat yang best utk bertenet... 
Musim Luruh...
So jalan lagi ikut jalan ni anda akan jumpa pokok dan pokok demi pokok. Bila anda jumpa pokok terakhir maksudnya anda dah sampai ke penghujung Nami Island. (^__^.)v dengan arti kata lain Nami ni tak la besar sangat bagi orang yang rajin jalan tapi bagi orang yang kurang rajin nami ni besar sangat.
Akan sampai satu peringkat bila anda start pusing balik dan anda akan jumpa dgn pemandangan ni.
Tepi sungai


You may choose to walk on this path or the normal path

Yeah... ukiran hasil kreativiti Elyas. 


Ni rumah paling besar cuma kami tak ingat ini untuk disewa ke bukan...

A picture of a picture... banyak gambar2 di sekitar Nami Island ni.

Ini kawasan mcm taman peringatan General Nami

Ini sajak dari General Nami... ntah la wijud tak orang ni
Duduk sama rendah, diri tak tentu sama tinggi lagi. 
Dalam tak sedar dah samapi depan semula

Ada banyak lagi tempat-tempat yang mana kami tak dapat nak uploadkan gambarnya mainly because gambar tu kami tak ambil. Haha... shoot! 4 cameras man, what did you guys do??? :p

So dalam jam 3 petang kami decide nak baliklah, cadangannya nak ke Petit France. So kami log out la dari Nami Island. Bila jalan2 ke Ferry ini lah hasilnya.
Tepuk dahi tgk ramai sangat orang
Bye Bye Nami... Gonna Miss you... 

Bangga Jalur Gemilang di Bumi Korea
Ok, nak jadikan cerita kami sampailah belah sana dan salah seorang dari kami main Bungee Jumping tu. Maka seronoklah dia. Haha...
Siapa? Rahsia... 
Maka selepas dah habis terjunan tu maka tunggulah kami bas. Rupanya bas time tu lah dia takde... adoi... tu lain kali tengok jadual Hafiz... kan dah terlepas bas jam 3.15ptg dan bas seterusnya jam 5.15ptg. haish... maka tertunggulah kami di depan 7E tu sebab cadangannya nak p tengok Petit France dari luar. Kalau nak balik ke stesyen balik kena tunggu belah sana jalan-lah. Sambil tunggu tu kami beli la air dan chips dari 7e. Habis la juga 3,000KRW.

Pendek cerita, bas sampai, Naik bas, Lalu depan Petit France. Tengok... wahhh... bas jalan balik... so sad... then kami sampai la kat Metro station balik. Ending cite ni kami naik lah Metro balik... tapi kami tak balik terus... haa... kemana kami selepas Nami ni?? Haa... itu kena tunggu posting seterusnya utk tengok Night Life kami!

So part ni kami dah belanjakan tolak campur 5,000 KRW.
campur bawa kedepan 32,000 KRW

Total Cash Spending = 37000 Won = RM111.00
*Currency Exchange Rate RM3 = 1000KRW

Tunggu posting seterus kami... Jumpa malam nanti... weee...

Gambar dipetik dari blog http://mustakhimrehan.wordpress.com/





"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Trough out writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

No comments:

Post a Comment