Followers

Monday, 11 November 2013

Seoul 3rd Day: SEOUL CITY RONDA-RONDA (Part 2:Gwanghwamun Squere)

Kita sambung balik. Sekarang kita jalan pula dari National Folk Village, kami teruskan perjalanan dari belakang ke depan. Kami ikut jalan luar kerana masa nak ke National Folk Museum tu kita kena keluar dari Gyeongbokgung dan kalau nak masuk balik kena tunjuk tiket. Kami bab tu yg fail... tiket hilang entah ke mana... huhu... So kami jalan sampai ke depan.
Salah satu structure asal gyongbokgung yang masih kekal sehingga ke hari ini. 
Main Gate
Kita jalan dari belakang sampailah ke Main gate dia. So kami cross jalan kat depan ni untuk ke Gwanghwamun Square. Masa kami pergi ni ada satu festival lagu-lagu lama dan kebetulan di Gwanghawamn Square tu arirang telah setup satu pentas yang sangat besar utk tarian2 tradisional.

Jom lintas jalan. 
Bila cross jer jalan ni kami lalu kat satu kumpulan muzik ni yang sedang buat rehearsal. Mereka ni orang muda yang main instrumert traditional campur moden tapi main lagu mix modern traditional. Memang best bunyinya tapi tu la, kami takde masa nak lepak lama. Dapat layan kejap je.

Tengok instrument dia. Gabungan traditional dgn moden. 
 Ini semua dah di area Gwanghwamun Square, apa yang paling famous di kawasan ni? yezza monument tembaga King Sejong the Great of Joseon. Dia ni adalah antara raja tersohor dari zaman Jeseon yang telah mencipta tulisan korea. King Sejong ni terletak di Main Plaza.

Inilah dia King Sejong. Letih la tu, sebab tu duduk...

Ini batu nisan kata King Elyas... hasih... belajar tinggi2, batu nisan lepasnya... batu bersurat la weiii... 
Memorial Waterway ni adalah mewakili satu old stream yang satu masa dahulu mengalir dari Bugaksan hingga ke Cheonggyecheon dengan mencatatkan sejarah dan culture zaman Joseon dari 1392-2008.
364 Meter Panjang- 1 meter lebar dan 5 centimeter dalam. Memang menjadi tarikan pelancong utk mandi manda... haha... cucuk jari pun takat kuku ada hati nak mandi. Jangan dibuat memalukan orang Malaysia weiii...

Memorial Waterway, 
Plaza ni kerana masa ni ada event so tempat ni memang crowded sangat. Mana2 pun manusia. Ada cultural performace atas stage, kami lanyankan sekejap. Nari nari...

Nari2 sambil pusing2 kepala... tak lak dia orang penin... 
Teruskan berjalan lagi, anda akan sampai ke sunken square. Kalau nak ke subway turun la ke square sebab ia dibena bersambung dengan subway station Gwanghwamun . Kat area ni, sebelum masuk Sunken Square kita boleh bergambar dengan memakai baju raja... WOW!

Tadaaa.... baju King... FREE sahaja.  Nak minta mereka gambar yang berprint bayar 2,000KRW. 
Setelah puas bergambar, kami print la sekeping gambar kenangan. So bayar 2,000 KRW. Memang berbaloi. So lepas pulangkan baju raja ni kami terukkan berjalan ke patung seterusnya. Ia terletak di "Downtown Plaza" (sebaris jer sebenarnya dari King Sejong.)

Statue of Admiral Yi Sun-Shin
Laksamana Yi Sun-Shin ni ikut sejarahnya dia telah berjaya mematahkan serangan Jepun pada 1592-1598 (The Great Myeongryang Victory) 23 perlawanan, 12 kapal yang di panggil Geobukseon atau Turtle Ship mengalahkan 133 kapal Jepun.
Replika kapal penyu kepala naga... Geobukseon. 
Depan patung Laksamana ni ada air pancut yang dipanggil 12.23 Fountain sempena kemenangan yang besar ini.

12.23 Fountain
So bila dah sampai sini maksudnya anda dah sampai Sejong-ro. Ini maksudnya anda dah dekat dengan Cheonggyecheon Stream dan tempat ini dengan stream tu dihubungi dengan “Cheonggyecheon Stream Connector"

“Cheonggyecheon Stream Connector” hadapan Patung Laksamana
Gambar dari blog pinoyontheroad.com
Ok, kalau anda lihat gambar ni. Nampak laluan longkang ni. Laluan ini dipanggil “Cheonggyecheon Stream Connector” dan kalau ikut laluan ni kita akan sampai ke Cheonggyecheon Stream. Dari kedudukan gambar atas ni anda akan nampak satu arca mcm siput.

 Tapi korang jangan lak jalan ikut laluan ni, agak2 la.. ikut crossing yang betul.

Klick atas gambar utk tgk pano gambar ni dengan jelas. 
Maka itu sahajalah perjalanan kami di Gwanghwamun Squere ini. Lepas ni kita makan tengah hari (giler lapar beb masa ni) dan Cheonggyecheon Stream experience.

Ok, setakat ni kami dah belanja
Carry forward = 3,000 KRW
Picture            = 2,000 KRW
Total               = 5,000 KRW = RM15.00
*Conversion RM3 for every 1000KRW.





"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

No comments:

Post a Comment