Followers

Wednesday, 13 November 2013

Seoul 3rd Day: SEOUL CITY RONDA-RONDA (Part 3: Cheonggyecheon Stream)

Ok lets continue our walk shall we? Dah cross jalan sekarang jalan ke arah arca ini.

Modern Scupture
Archa ni la... kami dok cari nama dia tak la jugak tahu. Kami jumpa nama2 mcm... siput, aiskrim terbalik, kon... tapi yang paling dekat dan paling praktikal disebut modern art jer la... ia telah diinspirasikan oleh riben di pakaian hanbok perempuan korea.

Ok sampai area ni ada banyak kedai2... ikut lorong yang ada siput ni kerana kalau ikut jalan besar takkan sampailah ke stream tu. Kami kat dataran tu sebab kepenatan kami singgah di
BASKIN ROBIN
Yezza, kami singgah di Baskin Robin kerana di sini ada benda-benda yang menarik untuk di makan.

Ini Cookie Sand perisa cokelat harga 3,000 KRW

Ini Biscuit Choux ckelat juga harga dia 2,500 KRW

Ini Ice Cream Roll harga dia 1,500 KRW
Semuanya sedap. Kami tak beli aiscream dalam cup/cone tu sebab kat Malaysia pun ada-kan? so kami beli benda-benda yang kami tak pernah makan.

So kami sambung jalan, terus ke Cheonggyecheon stream.
Cheonggyecheon Stream, permulaan dan dimana terletaknya Cheonggye Plaza
Sampai sahaja kawasan ni akan nampak air pancut ni. Menurut sumber, kawasan stream ni dahulunya kotor dan tidak la cantik seperti sekarang. Kerajaan korea telah mengambil inisiatif untuk memajukan kawasan ini kepada kawasan pelancongan. Memang WOW! sekarang stream ini menjadi tumpuan pelancong dan penduduk korea sendiri dan berjalan dalam kawasan ini amat menyeronokkan... siang mahupun malam. Ya malam pun kawasan sepanjang sungai ini hidup.

Tapi la kami tak teruskan perjalanan dahulu dalam sungai ni, kami dah lapar tahap GABAN.... so kami telah mengambil keputusan untuk p makan dahulu kat kawasan ni. Kami ikut belah kiri sungai ini, melepasi satu trafic light dan kedai makan kami ada disitu...
Haa... dari siput tadi dekat jer... 

Nama kedai ni U Jong Nag Ji, selalu masuk TV
Mcm biasa, kami tak menyatakan kedai ini halal cuma kedai ni tiada jual daging. Dia hanya jual sotong sahaja. Dan dia gunakan resipi traditional korea. Mari lihat apa yang kami makan. Kat sini memang ada kisah sedih sampai menangis-nangis.

Nasi sotong PEDASSSS 30,000 KRW

Pajion potato 5,000 KRW
Fuh Fuh... pedas beb... cara makan dia. Kita letakkan nasi dalam mangkok yang ada sayur tu dan campurkan dengan sotong cili. Pas tu gaul. Saya cadangakan... jgn campurkan T__T serious tak tipu tuan tuan puan puan.. saya yang makan pedas ni pun nangisssssss... tp rasa memang A! Sedap mmg puas hati makan. Pajion kosong ni starter jer. Sambil2 tunggu makanan siap.

Ok, setelah puas menangis didalam kedai ni. Maka keluarlah kami setelah membayar 35,000KRW. Fuh..Fuh... Kwewww... kwewww...

Alo Aloo... pedas yerrrr...
Ok... kisah sedih telah selesai, sekarang kisah pasal perjalanan sungai kami. Macam mana ya yang terbaik utk cerita pasal perjalanan sungai ni? well apa kata kita guna gambar! :)

Permulaan sungai
Cantik utk bergambar. 
Sentiasa ada org kat tepi sungai ni 
boleh main cross2 pulak tu...
Tower yg kat belah kanan tu adalah tourism tower, kat situlah KTO. Org kata ada surau kat sana.
Air bila kena batu2 mcm ni... bunyinya amat menenagkan
Patang ada air dan lubang mesti ada duit... haha... Palseokdam'(wishing wells)  dibuat dari 8 jenis batu dari 8 province di Korea. 
Relax jer...
Ada stream performer kat bawah ni. yezza...
Batu yang ada sejarah tertulis di atasnya

Ajushi ni datang dari Joseon Era utk ajar kami mengenai sejarah 2 putera raja yang bertelagah. 
Night walk picture by pleasetakemeto.com
Sejujurnya saya confuse berapa jarak sebenar sungai ni tapi kita pegang dari sumber yg paling asli iaitu website KTO lah yer... 5.4KM panjang dan melalui dekat dengan kawasan Deoksugung Palace, Seoul Plaza, the Sejong Center, Insa-dong Street, Changdeokgung Palace, and Changgyeonggung Palace so kita mudah nak ke tempat-tempat ini sambil2 berjalan2 kat sungai ni. Mereka katakan  Cheonggyecheon stream never sleeps. Memanglah, sungai mana tido... ke dia x pernah jaga? hurmmm... tapi maksudnya kawasan ni mmg sentiasa penuh dengan orang siang walaupun malam. 

Mereka kata ada 2 course tp saya tak pasti kenapa dia terbahagi kepada dua. If you know, do leave a comment below.

Course 1 (Distance: 2.9㎞/Duration: 3 hours)
Cheonggyecheon Stream Plaza - Gwangtonggyo Bridge - Samilgyo Bridge (Jongno, Insadong) - Ogansugyo Bridge (Dongdaemun fashion town) - Saebyeokdari (Bridge of Dawn; Gwangjang Market, Bangsan Market) - Supyogyo Bridge

Course 2 (Distance: 2.6㎞/Duration: 2.5 hours)
Cheonggyecheon Stream Culture Center - Gosanjagyo Bridge - Dumuldari Bridge - Malgeunnaedari Bridge - Ogansugyo Bridge (Dongdaemun fashion town)

Ok, kami tak habiskan pun course 1 tu sebab kami nak ke Insadong so kalau mengikut maklumat kat atas ni kami naik ikut Samilgyo bridge (masa kat sana satu hape pun saya tak tahu pasal stream ni, tahu dia cantik jer :p)

Ok jom lihat kemana kita dah pergi dalam bentuk peta.
Tanda merah tu landmark, line kuning tu laluan kami
Ok, sampai di sini sahaja blog posting kali ni. Mari kita lihat berapa banyak kita telah habiskan setakat hari ni:
Carry forward = 5,000 KRW
Baskin Robin  = 3,000 KRW
Lunch             = 8,750 KRW
Total              =16,750 KRW @ RM 50.25
* RM3 = 1000KRW

Destinasi seterusnya! Insadong~
Insa-dong (인사동), located in the heart of the city, is an important place where old but precious and traditional goods are on display.




"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

No comments:

Post a Comment