Followers

Saturday, 16 November 2013

Seoul 4th Day: SEOUL CITY RONDA-RONDA (Part 7:Seoul N Tower)


Dating agency  K-Drama was film here. 
Ok, Seoul Namsan Tower or N Tower ni adalah satu lokasi yang sangat famous dan kira bagi sesiapa yang datang korea ni baik tour or sendiri mesti nak datang sini.

Kami dah naik cable car tadi. Dari cable car station ni ke Namsan Tower anda perlu panjat tangga sedikit tapi tak la tinggi sangat. Lebih baik dari panjat bukit kalau naik dengan Bus.

Sampai atas ni ada gatehouse. Dan ini guard2 yang defend Namsan ni...


Guard ni sedang memerhatikan pengunjung2 yang hadir... ke pengunjung yang dok perhatikan guard???
3 lagi penjaga Namsan ni... sweet sangat
Guard berdua ini dengan senjata mereka. WOW! Amat advance!
Guard sorg ni nama dia Hafiz dan dia suka tangkap gambar dan merepek dalam blog. Sekian.. ngeh3...
Nih... tolong la tengok video ni.. hehe...

Ok, boleh pakai baju ni kat sini. Rasa kena bayar sikit tapi tak ingat berapa? Siapa tahu please leave comments. Terima kasih.

Oklah, so dah puas bergambar kami pun teruskan memanjat lagi. Bila panjat ja lagi akan jumpa pavilion ni.
Tempat orang rehat2... The Pavilion. 
Ok, jalan pass this pavi anda akan nampak Namsan Tower. So before kami teruskan berkenaan namsan tower ni. Kalau nak tahu apa yang ada kat sini secara keseluruhannya bersama detail2 sejarahnya sekali anda boleh melawat laman web tower ni DI SINI.

Kecik2 dah pakai hanpong... mana la parent dia... 
Ok cite pasal budak kecik ni. Kat korea ni pelik sikit. Saya tengok kat sini nak gelak pun ada.. mereka tak berapa nak kisah pasal anak kecil ni p mana. Kat korea ni mmg xkan berlaku kes penculikan ke mcm mana tak tahulah. Tapi yang paling best. Kami dalam kuar kedai kat namsan ni dan ada ibu yang bawa baby dalam stroller datang nak masuk kedai tu. So naturally kalau kita nak masuk kedai, baby kita angkat dan kita bawa masuk kedai tu sekali. Stroller tinggal luar normal la. Ni dia tak... stroller dgn baby2 sekali dia tolak park kat tepi dan dia masuk kedai tu dengan selambanya. Aku tengok... barbydoll betul punya omak. hehe... tapi dah budaya mereka nak wat mcm mana.

Ok, kat sini yang uniknya adalah tempat gantung kunci. Ya... orang datang couple2 ker, beli kunci dan gantung kat sini dan buang anak kunci tu agar cinta mereka kekal selamanya. Romantic yes, but not practical. Buat habis duit jer :p haha...

Naik ke balai tinjau Namsan Tower bayaran 9,000 KRW
Kami tak naik atas so jangan di tanya mengapa. 1st2 kami pusing masuk kawasan souvenir shop dia. Kat sinilah dia jual segala kunci tu. Kat tepi kedai tu ada kedai burger yang bau nya sangat sedap... sabar2... kat sinilah keluarnya statement "Semua mahkluk ni-kan ALLAH yang punya so boleh la makan... " ngeh3... suka hati jer.. tapi tu la... meleleh air liur... T__T sabaq jer la... so wat penawar duka kami beli churros.

Tak sesedap Churros yang kami makan kat Aussie dulu tapi boleh la buat penawar cheese burger.. 5,000KRW
Oklah, kami pusing2 dulu Namsan tower ni dan biarlah gambar bicara sebab saya rasa saya dah terbebel terlebih... kwang3...

With A Churros in my hand and a tree full of locks backing me... nothing can possibly go wrong so keep SMILING

Lock yang boleh di beli, single lock mcm ni harga dia 10,000KRW tak salah dapat free pen seketul. 
Selain tu anda boleh sewa ruangan utk tiles mcm ni. Saya lupa harga dia tapi sewa dia main setahun2... 
Ingat orang Malaysia jer perangai mcm ni... keke... 
Teddy bear Shop.

Kunci2 di pokok

Tak Cukup mangga nah rantai moto aku kasi demi cintaku :p haha... 


Ni nak introduce, adik saya Elyas dengan pasangannya.. so sweet kan kan???
In Need of LOVE... larikkk....

Atas ni pun ada tempat nak sangkut lock. 

Sarangeyooo... ooo... 
Ni la dia jalan yang nak kena daki dari bas ke Namsan tower... ok.. x la teruk sangat sebenarnya.. tapi... x per, cuba la dulu

Pemandangan dari kawasan nak turun ke Bas.
kat sini Korea ni banyak anjing2 yg mcm ni.. comel dan ketot2 jer.. 
Kami turun. P bilik air. Turun lagi sampai la bus stop. Dan bas dia guna NGV. Ini la rupa bas nye...
Ni bus no 3, kami nak naik bus no2. 
Ni rupa bus stop dia. So kat sana ada tulis nombor, jangan salah tunggu stop pulak. 
Oklah, kita sambung sat lagi. Posting seterusnya kita ke Namsan Hanok Village. Stay Tune...

Ok, lihat berapa perbelanjaan kita setakat ni:
Carry Forward = 17,500 KRW
Churros =              5,000 KRW
Kunci =               10,000 KRW
*Kunci saya bawak balik Malaysia x tinggal kat sana :D
Total = 32,500 KRW @ RM97.50
P/s: RM3 : 1000KRW.

NEXT: Namsan Hanok Village

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

5 comments:

  1. Impian saya nak pg korea.Hrp tercapailh best tgok pic dkt blog nie.Trm ksh share info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... pergi jgn tak pergi. Saya amat syorkan sangat2. Terima kasih kerana sudi baca blog ni. :)

      Delete
  2. Korea mmg best...tgh gigih menabung nk g lg...keep on writing bro..nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Sai, teruskan menabung. Nak p budget or leisure tu ikut pilihan masing2 tapi apa kata gamble jer mcm kami, Beli tiket dan pulun siang malam kumpul duit :)

      Delete