Followers

Sunday, 17 November 2013

Seoul 4th Day: SEOUL CITY RONDA-RONDA (Part 8:Namsangol Hanok Village)

Ok, mari kita ke Namsangol Hanok Village/Namsan Hanok Village. Sebelum tu saya nak kasi tahulah blog post kali ni banyak gambar so harap enjoy jer la gambar2 ni yer. Sambungan dari posting lepas, kami tunggu la bas. Kalau tak yakin bas mana nak naik anda boleh baca sign ni.

Toegyero 3(sam)-ga, (Traditional Korean Village, Korea House) kita turun kat sini.
Ok, mcm naik bas biasa kita tak tahu bila nak tekan loceng kalau kita tak tahu mcm mana rupa station kita nak berhentikan? mcm tu juga bas ni so tips dia adalah... dalam bas tu perhatikan papan tanda elektronik dia. Stesyen seterusnya akan di tulis disitu dan akan ada pengumuman "Next station: Traditional Korean Village". So bila anda dengar jer atau nampak jer digital sign dia naik nama tpt kita tu terus tekan loceng. Mana dia berhenti tu situlah tempat kita turun. Sebab bas ni kalau xder sape tekan loceng maka dia akan jalan jer la... lalalala~

Turun2 jer bas ni. Nak senang tanya ja orang sekeling tu"Namsan Hanok Village" nanti mereka akan tunjukkan. Tak perlu kefahaman bahasa Korea pun takat ada boleh faham isyarat tangan pun jadilah.


Tu dari bas stop. Laluan yang merah tu adalah laluan kami. laluan yang kami cadangkan adalah laluan Hijau tu. Tapi kalau bukan dari Namsan Tower anda boleh naik

Metro/Subway
Line 3 Chungmuro Stn. Exit 3 or 4  
Line 4 Chungmuro Stn. Exit 3 or 4

Just ingat, simpang dia dekat bank Risau (Worri Bank). Jalan di mendaki sikit. Sikit jer.. not to worry lah.

Sekarang kita dah sampai ke Namsangol Hanok Village.

Namsangol Hanok Village Gate
Ok, senbenarnya Namsan Hanok Village ni pun ada tour budak2 kecik tu tapi kami x amik la kali ni. Bukan besar mana pun Hanok village ni tapi kami spend banyak masa kat sini kerana keunikan budaya dan tarikan2 yang ada di sini.

Bila anda lihat sign ini maknanya ada free tour. 

Gambar dari english.triptokorea.com
Hanok village ni letaknya kat tengah2 bandaraya seoul. Mcm mana boleh terjadi tu?? Ok, sebenarnya Hanok village ni terdiri dari 5 buah rumah yang di pindahkan ke sini. Dahulunya terletak di sekitar Seoul. ia adalah rumah2 asal dari zaman Joseon Dynasty (1392-1910). Kelima-lima interior rumah kat sini menunjukkan gaya hidup pemilik rumah2 ini dahulu. Dari middle class sehingga ke yangban (iaitu rumah orang kenamaan, pegawai tinggi kerajaan).

Jom kita pusing2 dalam Namsangol Hanok Village yang dikatakan 5 tempat paling cantik dalam Seoul ni. Depa kata lah... Ok time ni dah dekat pukul 2 kami sampai sana. Masuk Free jer...

Masuk saja dah ada general yang kasi warning... OMG Tatut-nya... 

Kawasan sekitar Hanok Village ni.

Ni peta, kami tak sempat nak naik sampai atas sana. Tapi atas tu la kawasan yang paling cantik. 

Ni antara permainan2 traditional korea yang kita boleh cuba. Latar belakang tu orang main gelung yang ditolak2... 
Ni ada ajushi2 Korea yang dok anyam2. Dulu boleh masuk sembang dengan mereka sekarang dah ada tali tutup. Tak tahu kenapa. 

Inilah apa yang di anyamnya.. kasut. 
KTV World stage... ngeh3... ada pentas utk persembahan. 

Ni antara persembahan yang sempat saya tengok. 

Bermain alat muzik tradisional Korea
Ok setelah stage kita start masuk perkarangan rumah2... JOM MASUK... 



Ni rumah middle class punya tempat tidur

Ini tempat membuat busar dan latihan memanah... utk kanak2 sahaja ya. 


Perkarangan rumah pembesar2... 

Bilik tidur lebih mewah dengan katil


Dalam tiap2 rumah ada aktiviti masing2. Contohnya mcm rumah ni ada aktiviti menulis tulisan korea, membuat hanbok & menggunakan kertas
Kat sinilah kami menulis nama kami dengan tulisan korea. 3,000KRW sahaja. Beli tiket kat information counter depan masa di perkarangan utama. Berbaloi bayar 3,000KRW. Mula2 kami ingat dia akan tuliskan nama kita. Rupanya, dia akan beri kita 3 kertas. Kertas pertama dia akan tulis nama kita. Kertas kedua dia letak atas kertas pertama. So kita tekap dan dia akan bimbing mcm mana nak tulis. Keras ketiga ni best. Di angkat ketas ke dua dan pertama tadi letak tepi dan kertas ke tiga ni kita tulis sediri nama kita. Dia hanya akan bantu dalam bentuk percakapan sahaja! WoW! We actually did our name in Korean and we wrote it ourself! 3,000KRW berbaloi2 weiii....

Hangul... Sakinah

All of us did it, you should too!

Ini dia ajuma yang ajar kami. Dan tempat kami ambil gambar ni adalah seksyen yang orang luar tak boleh masuk. Ajuma ni insist kita tangkap gambar dalam ni. Orang dah jemput... happy sangat Ajuma ni dengan kita. Lagi2 dgn sakinah tu, pandai berbahasa Korea. 
Video ini menunjukkan bagaimana Elyas menulis nama dia dalam Hangul. Berbakat adik aku ni rupanya... kekeke... Bila dah siap dia akan tampal ketas yang kita tulis sendiri atas satu papan dan cop kertas tu dengan Cop Mohor Namsangol Hanok Village, Seoul dan South Korea. Kata Ajuma ni, kalau kita gantung kat rumah kita tulisan tu dia sangat berbesar hati. So that what we will do! Skrg nak framekan dulu :)


Hurm... ce tgk apa yang mereka usha ni... 

Haha.... ini rupanya... padan la sampai mcm tu sekali!

Permainan ni adalah gasing korea. Cara main dia ikat, lempar lebih kurang mcm kita tp sepanjang main ni kena tampar gasing tu guna tali yang ada pada kayu tu. Nampak mudah? Good luck ^__^V


Kat sini kami beratur untuk dapatkan Air Teh Chrysanthemum tea dan pajion berry ape tah... point is ajuma ni pun pakai NIKON!  
Minum sudah tulis pun sudah so sekarang nak gerak ke destinasi seterusnya. Otw kami nak keluar ada budak2 tekwando ni tgh practice atas stage. WOW! Ada aura lagi tuh!!! Tinggi!!!

Mungkinkah ini Lagenda Gumiho yang kita cari??
Sila tonton cerita Gu Family Book kalau nak tahu ape kebendanya kemerepekan di atas is all about ya... (Suzi lagi & mamat Lee Seung Gi dah 2 kali belakon cite yang melibatkan 9 Tail Fox)
Oklah, lepas keluar dari Hanok Village ni dalam sekitar jam 4 petang waktu Korea. Maka kami pun berjalan la ke Stesyen Metro Chungmuro. Lepas ni kita akan jalan2 ke KBS HQ - Yeouido park - Han River - Banpo Bridge Cruse so stay tune...

How much did we spend so far?
Carry forward =  32,500KRW
Name Writing =    3,000KRW
Total              =   35,500KRW @ RM106.50
*RM3:1000KRW
p/s: Bus kena bayar cuma kami tak ingat berapa. Sepanjang trip ni apa yang kami guna T-Money kami tak akan masukkan kos dia cuma kami akan beritahu bila kami reload T-Money kami.

Next Posting.. a little bit of KBS and Yeouido Park. 


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

No comments:

Post a Comment