Followers

Tuesday, 19 November 2013

Seoul 4th Day: SEOUL CITY RONDA-RONDA (Part 9:a little bit of KBS and Yeouido Park)

Sambungan cerita sebelum ni. Tadi kami berada di Namsangol Hanok Village, skrg kami naik train dari Chungmuro station kami ke National Assembly station (subway line 9) Exit 6. Naik2 jer station ni kami nampak ramai polis berjaga. National Assembly ni dengan Parliament tu sama la. Sebab tu ramai polis dok berjaga. Setelah mendapat kebenaran kami pun mula menangkap gambar. 

Korea National Assembly... ini jer pun gambar yang kami tangkap. 
Kami tak masuk dalam dan polis sume x dok tgh jalan. Dia dok tepi2 dan kat pondok polis tu. Time ni kereta banyak keluar dari tempat ni kami pun tak tahu kenapa tapi kami tak minat nak masuk kat tempat yang security dia tight. Kalau nak masuk pun tak boleh sebab dah kul 5 ptg time ni. Kami lagi nak kejar masa. Maka setelah tangkap gambar ni kami pun beredar cross jalan. huh? Lama naik train? Yup... lama T__T sebab tadi kami kat upper seoul skrg ni kat bawah dah. Huhu.. 

See.. there we were and now we are... haish... 
Owh.. yes, Yeouido ni adalah satu pulau di tengah2 Seoul. Sebab tu kedudukan dia mcm terputus. Dahulunya pulau ini adalah lapangan terbang! WOW! haha... tapi setelah pembangunan pesat berlaku maka mereka telah pindahkan Airport ke 2 tempat berbeza iaitu Incheon International Airport utk penerbangan antarabangsa dan saya difahamkan Incheon ni bukanlah Seoul sebenarnya dia dah keluar. Mcm KLIA lah... bukan kat KL pun. Satu lagi domestic airport iaitu Gimpo Airport. 

So kawasan sekeliling ni sekarang banyak politics, media, banking and finance company yang buat bangunan di sini dan Yeouido Park tu sebenarnya runway dia.. padanlah besar semacam... lapangggg jer... LAPANGan terbang rupanye dulu. Kekeke... 

Nak cite mcm mana kami jalan susah so baik tunjuk peta. Yang merah tu pattern kami berjalan. 
Turun National Assembly jalan p KBS dan seterusnya Yeouido Park dan tembus ke Hangang park (Han River Park). 
Kalau nak ikut pattern kami jalan mmg gila sikit. Sebenarnya bukan ada apa sangat kat KBS Area ni cuma kami saja nak tengok dan berharap dapat jumpa retis :p hehe... harapannn..... so saksikanlah KBS HQ.

Ni la dia KBS Headquarters. 
Oklah, maybe kami ada terjumpa artis2 tapi kami tak kenal. Ye la bukan senang nak kenal artis2 ni. (nak sedapkan hati). Area KBS ni ada banyak kedai2 minum. Tapi kami tak singgah pun cuma nak bagitau jer. haha... Time ni dah 5.18 ptg dan kami pun mula bertanya pada orang2 kat sini mcm mana nak ke Hangang park. Orang tu kata, dari laluan ni(tepi KBS ni) straight jer sampai jumpa park. park tu nama dia Yeouido park dan kona kiri... dalam 15 min sampailah Hangang Park. Oklah, kami pun happy la jalan sebab lagi 15 min sampai sana. Jalan sampai hujung ada simpang 3. Kami cross dan jalan ke kiri. Ini membawa kita melalui kawasan Yeouido Park. Ok, park ni sangat2 cantik dan best. Kita boleh sewa basikal dan pusing2 park ni dan dia ada laluan khas untuk basikal dan laluan khas utk orang berjalan. Kenderaan lain tak boleh masuk park ni. Alternatively naiklah Subway Station Yeouido.

Laluan basikal dan sebelah tu laluan pejalan kaki, belah sana lagi tu park besar dia.
Kawasan tengah2 ni mcm2 aktiviti orang buar
Sebenarnya kami seronok sangat kat park ni walaupun jaraknya panjang tapi kami amat berpuas hati. Tenang sahaja rasa... kalau ada peluang lagi ke korea pasti saya akan singgah lagi disini dan habiskan sepetang dengan berehat di sini. 




Most of the time kami akan jalan melalui persisiran taman ni kerana kalau ikut dalam jalannya berliku2... kita dah lambat tadikan.. sebenarnya kami tak perasan pun pasal kewujudan park ni tapi rupan2 nya Running Man episode SNSD dulu pernah datang sini. WOW! Jessica Was Here... cairrr... haha... 

Oklah, pendekkan cerita... 15 min tadikan.. setelah 30 min kami berjalan kami jumpa papan tanda arah dan peta park tu. So kami tgk la kat mana lokasi kami (you are here) dan kami dapati rupanya kami baru separuh park jer berjalan! WOW! haha... hippiriko haramdago punya 15 min. Mulai hari ini kami buat satu term baru. Ni 15 min korea ke 15min Malaysia... haha... oklah... so kami pun teruskan lagi perjalanan kami sampai la kami jumpa ada jambatan bawah underground untuk ke seberang sana. 

ni dia underground passing dia. 
Ikut jer cahaya tu dan anda pasti akan sampai di sebalik sana... Ok... seberang sana sebenarnya Hangang Park. Kami takde gambar Hangang park ni sebab time ni dah penat sangat2.. air pun takde. So kami duduk sahaja sambil tgk keadaan park tu. Cantik tu jer yang boleh kasi tahu. Kat sini juga kami beli air mineral.

Kita keluar di kawasan ni. So mmg cantik :)
More infor on mcm mana nak ke sini via transportation lain... klik kat sini.

Ahh... jumpa pun sikit2 gambar dari kamera Firdaus...


Haa.. keluar terowong tu tembus kat situ lah.

I like this one Fir :)
Gambar2 ni pun dirakam setelah kami dapat tenaga balik utk terus bergerak. Motivasi kami Banpo bridge. 

Ada orang buat photoshoot... 

Ni jer model yang kami mampu...

Jeng jeng jeng... 

Dah maghrib... kalau tgk betul2 gambar ni... nampak ada kemah2 kat bawah bangunan ni. Mmg kat sini ramai orang berkemah dan berehat2... 
Oklah, lepas ni sambung posting utk malam pulak. 

Lets see how much we had spend. 

 carry forward     = 35,500KRW
Air                      =   1,000KRW
Total                   =  36,500KRW @ RM109.50

Oklah, posting seterusnya mengenai perjalan kami ke Bampo Rainbow Bridge... daa... 

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

No comments:

Post a Comment