Followers

Tuesday, 26 November 2013

Seoul 5th Day: EVERLAND (Part 2)

Setelah 50 minit berdiri dalam bas akhirnya sampai juga! YEY! Kami sampai jer kat stesyen bas sini kena naik shuttle bus ke Everland. Dari stesyen bas ni boleh nampak Caribbean Bay. Masa kami p ni Autumn, mana la ada orang nak mandi sangat... kalau pergi summer! Nicerrr Body (Spt kata Firdaus). Haha...

Who will be the hottest Cabi?

Kami naik shuttle bus ke Everland. Bas ni free jer. Dia bawak straight ke pintu masuk Everland. So posting kali ni is all about Everland! So kami sampai ni Everland baru jer buka.
Jalan masuk Everland, Picture by Feer69.
So sebab awal dan hari Isnin so tak ramai sangat orang buat masa ni... buat masa ni lah... kehehe... utk pengetahuan, Everland ni ta pernah lengang orang dan yang paling bestnya yang memenuhi tempat ni saya fikir 85% orang diorang jer. Kadang2 tertanya-tanya juga, mereka ni tak kerja ke? kata negara ni negara yang sangat rajin kerja. (^__^)
Ini rupa kaunter beli tiket dia... Mereka tu budak2 Malaysia yang saya cerita dalam blog post lepas... yg bertudung tu la...
Ok, kami agak kompius mcm mana nak guna diskaun kupon so kami masuk dalam dulu tanya information counter. Org tu pandai cakap English so tak de masalah nak tanya2. Sama ada kita beli full price or dgn 20% diskaun tetap sama, kena beli kat kaunter. Cuma tunjukkan kupon tu dan passport kita. So anda akan dapat dari 44,000 KRW kepada 35,000 KRW. Wow tak? Wowkan???

Tix Counter... 
Lalala... everland... teruja sungguh. Dari KL lagi mmg plan nak g sini... lalala.... Jemput masukkkk....

Everland after the gate, stitched by Elyas Azmi. 
Its Halloween Everybody.... muahahahaha.... (hape la aku merepekkan ni)
Ok, masuk2 sahaja. 1st thing yang kami buat adalah pergi ke kiri. Hehe... dekat dgn pintu keluar ada locker so kami tinggalkan semua barang2 kami kat locker tu. bawak benda2 yang penting sahaja. Baju sejuk pun tinggal dalam tu. Tak sejuk mana pun masa ni. Pakai t-shirt pun boleh. Locker dia murah jer 2,000 KRW sekali pakai. Dah kongsi 4 orang baru 500KRW sorg jer. Locker cukup besar utk simpan barang kami berempat.

So kami teruskan berjalan melalui kawasan tengah2 ni. Utk pengetahuna semua, everland ni sangat lah besarnya. Kami tak bejaya habiskan dalam masa 1 hari. Sebenarnya boleh kalau kita kosongkan satu everland tu tinggal kita je. Haha... tp kalau takat nak jalan jer dalam ni mmg sehari cukup. Kecuali waktu festival. Menurut kata sakinah, kalau masa festival nak gerak dari satu tpt ke satu tempat punya slow mcm nak beratur naik attraction! marbeles bukan??? hehe....Ok kasi up peta dulu supaya anda ada idea kat aa yang ada kat everland ni.

Nak kasi tahu dalam Everland ni ada satu kedai yang kita boleh makan (yg kami tahu) dan ada satu Surau. Nak tahu kat mana lokasinya? Stay tune...
 Nak peta dengan guide yang lagi detail. Boleh download PDF di web Everland DI SINI.

Kami masuk ikut Global Fair tu. Kat depan tu kami start dgn melayan permandangan kat dalam ni. Semuanya mcm fantasi dalam Everland ni. Muzik dia, suasana dia, bangunan dia. Segala2nya rasa mcm kita sedang hidup dalam alam MMORPG atau alam Anime! Fantasi.. all the way...

Mcm ni maskot dia dalam Everland ni. 

Laciun Memorium by Feer69

Shopping2... muahaha,,,,
Ok, kami start2 dengan melayan konsert PSY! WOW!


PSY jer yg ada masa kami datang ni. Yg lain xder... T__T
Ape? nak tgk jugak? mana boleh! Mereka mana kasi rakam video dalam tu. Ape daa... mmg kami tak der sebarang video. Yang kat bawah ni bukan video kami kerana kami tak rakam pun apa2 dalam tuh... kot... err... tolonglah percaya... err... err... huhu...

Ok, masa kami tgk Psy, kami pun joget2 atas pentas tu :p haha... sebenarnya siapa yang masuk dlm concert hall tu kami boleh main2 tangkap gambar. Yang kami tak tahu rupanya lagu terakhir (gentleman) muka kami naik atas pentas nari2 dengan Psy... haha... gelak laaa...

Oklah... kami teruskan perjalanan kami menuju ke dalam Everland ni. Dalam Everland ni ada banyak bunga2 masa ni. So ni antara bunga2 yang ada.



Ada satu pokok besooo... masa ni banyak hantu la kat pokok ni... hehe... (Pic By Feer69)

Pororo un ada you alls... agaknya HAHA ada tak dalam tu.. 
Bercakap pasal Haha dari yang pamous dalam Running Man tu teringat satu lagu Jong Kook nanyi dengan haha dan Gary. Saya suka lagi ini juga lah... words i want to say to you.

Kami jalan terus sampai jumpa sky cruze. Kami naik-lah kerana tujuan utama kami adalah nak naik T-Money... eh... bukan bukan... T-Coster... err... mcm bunyi baju jer.. ahah!... T-Express!
Sky Cruze... lebih kurang mcm yg kat genting tu cuma ia di gunakan utk merentas park ni. 
Ok Sky Cruse ni landing kat European Adventure and there we meet our good old friend... Mr. Sewobogo... ahaks... yezza.. shrimp burger! Ada satu kedai di European Adventure section ni jual burger.
Burger Cafe ni tak jual Pork. 
So now you know where we had our lunch. Dan ini apa yang kami makan...

Shrimp burger yang ini lagi sedap dari yang lain yang pernah kami rasa! Wow!
Ok, dia tak susah nak cari kedai ni. So selamat makan...

Ok, pas makan ni kami terus keluar dan masa kami keluar ni kami dapat tengok persembahan tp persembahan tu lebih kepada utk menghiburkan kanak-kanak lah...

Gelek-gelek ehh.. tulang ni pandai ulahuk laa....

Inilah bila p negara bukan Islam ni banyak la benda2 mcm ni... layan kan jer la..pic by Feer69

Picture by Feer 69

Pic by Feer69

Ula Huk... ramai ramai yook... 

Ini hiburan utk abg budak :p ngeh3...
Oklah, kami pun jalan la lagi kebawah menuju ke T-Express.
Ramai nye la orang. Ni tak cukup ramai lagi ni sebab masih agak awal. Hehe... ingat, kami pergi hari senin. 
Dari European Adventure kami berjalan terus ke Horror Village.  -By Feer69

Siap ada unta. -Pic by Feer69


Ice Ball... best makan benda ni. harga dia 3,000KRW dalam ni. 

Concert yeah yearh... pic by Feer69

So sampai juga depan T-Express. Bagi yang nak naik T-Express ni. Bila kaunter buka kita beratur utk ambil no giliran ride. Ikut jer time table yang ada kat sana. 
 T-Express ni adalah ride yang paling best dan yang paling famous kat Everland. T Express is a wooden roller coaster at Everland in Yongin, South Korea. It is South Korea's first wooden coaster, Intamin's fourth wooden coaster with prefabricated track, the first ride of this type in Asia, and the first to utilize three trains. It is world's second steepest wooden coaster, only to be broken by Outlaw Run at Silver Dollar City. It is also the world's ninth fastest, fourth tallest, and sixth longest wooden coaster, with El Toro being the third tallest.
T Express was ranked as the world's best wooden coaster in Mitch Hawker's online poll in 2008 and 2010.

Dan kerana Roller Coaster inilah! membuatkan ramai remaja datang ke Everland.

Sebab kami dapat giliran yang kul 3 so kami p main benda lain dulu. Kami main Horror Maze tapi maze ni kena bayar lain. Kena tambah 5,000KRW sorang. Sebab kena bayar lain so kurang sikit orang. Haha... so kami main yang inilah. 

Pic By Feer69
Kami beratur dalam 30 ke 45 min juga la sebelum dapat masuk. Dia dalam ni rumah sesat campur rumah hantu. Nak masuk ni dia suruh kita letak semua barang dalam locker dia. Dan dia akan beri kita satu jer torch light per kumpulan. Muahaha... (sebenarnya saya ni tak takut masuk rumah hantu or tgk cite hantu tapi seronok melayan adik2 dan sahabat saya sorg ni). Maka masuk lah.. sebab mereka tahu saya tak takut mereka letak saya depan sekali. Hadoi... haha... tp bunyi2 dalam tu suspen juga sebenarnya... kot2 la ada hantu tetiba muncul depan muka. Itu bukan takut, itu terkezut mak... haha..

Oklah, masuk jer dalam tu. Pitch black... nampak2 gitu jer... torch light dia pun warna merah bukan nampak apa sangat. Hehe... tapi ambe ada mata kucin :p so nampak la juga dalam gelap tuu... ngeh3... pusing2 dalam tu, kena sakat, kena kejar... baru la aku tahu adik aku dan sahabat aku tu mcm tu... kui3... biarlah rahsia... haha... kami jumpa jalan keluar cepat sebab tak sesat lansung dalam tu. Haha... hape da Hafiz, nape la ko pandai sangat cari jalan kuar kan dah kejap jer main dalam tu. Tp yang best sebelum keluar tu kita akan lalu satu laluan yg lurus jer ada pintu kiri kanan. lampu pun malap2... tetiba ada makhluk datang lari kejar dari belakang... uwahahaha... kami semua pun lari lah kuar dari situ. Well sebenarnya mmg ramai yang tergolek2 masa nak kuar ni sebab takut dgn org yg kejar ni. Haha...

Oklah, lepas keluar dari Rumah hantu tiba la masanya utk kami masuk ke T-Express. Kat dalam T-Express tu kena beratur lagi.. lebih kurang sejam la jugak baru berjaya naik. So ini video kami petik dari internet coz kami takde kamera yang sesuai nak rakam roller coaster rider tersebut.


Ok pas saya dan Sakinah ride T-Express(Sebab Elyas dan Fir jaga barang kat bawah... kehehe...) kita pun main la Rotating House. Pusing punya pusing... rupa2nya yg pusing tu hanyalah bilik tu...kita x pusing pun... haha...





Well ini satu kenangan dari Rotating House.
Pas kuar dari tempat ni... kami terus ke tempat solah. Kat mana tempat solah ni? dekat jer dgn Rotating House ni, sebelah kiri dia sahaja. Dia ada di bangunan Mystery Mansion dan jika anda rujuk Map yang anda boleh dapat kat Everland sana... Prayer Room ni terletak di point "103".


Di sinilah lokasi surau... nampak tanda biru di pintu? Di situlah Prayer Room kita. Pic by Feer69
Yang ini kami tangkap. Nampak tak apa yang kami nampak???
Yezza... SURAU! Heran kejap kami... dia bukan guna Mussola tapi Surau! WOW! Hebat!

Ini mcm mana rupa dalam surau ni.

Dalam surau tu
oklah... last ride yang saya dan sakinah naik adalah di American Adventure. Kami menaiki Hurricane.

sambil2 nak beratur ni kami beli Topuki & Cheese harga 5,000KRW tak salah. Sedap benda alah ni... sebab dia bakar cheese dia. sedapnya... sorry sebab takde gambar. So habis main ni kami p ambil barang kat locker kerana malam dah dekat dan semakin sejuk gitu.

Sementara itu, di 4 Season Garden. Elyas dan Firdaus telah menggunakan masa yang mereka ada untuk menikmati pemandangan dan menangkap gambar. Siri gambar di bawah ini semua adalah milik Firdaus mostly dan elyas sikit2. So...enjoy.. we know we did.











Malam pun dah tiba... sambil kami tunggu time utk tengok Prade dan Fireworks. So kami pun makan malam dahulu. Kat mana?? haaa...

okok.. kami makan di Madagascar Restaurant . Elyas sembang dengan Chef dia, chef dia boleh cakap inggeris. Chef tu assure kita yang mereka tak jual pork dan apa yang kita boleh makan adalah Shrimp Fried Rice itu boleh di makan oleh kita. So itulah apa yang kami makan.

Shrimp Fried Rice... tak banyak beza rasa dgn fried rice kita cuma dia tak pakai belacan la kot..  12,000KRW
 Ok, habis makan prade pun dah nak start. Kami ambil kedudukan di depan err... tpt Madagascar punya attraction, bukan kedai makan tadi tau. Dia atas sikit. Mula2 kawasan ni mmg terang tp jgn risau. Once prade start jer semua lampu akan di padamkan. Cantik dan ramai yang nari...

Ini di antara kenderaan yang ada.. best sangat2 prade ni. Just enjoy dan rugi x dpt tgk. 
Pas habis prade ni kami p tgk firework show kat Magical Garden tadi (Four Season Garden) betul2 depan tpt kami makan tadi. Show malam tu semua kena duduk atas lantai. Worth the wait... worth the wait... Superb! Ok nanti kami akan upload video prade dan firework dalam posting2 lain. Skrg ni dok outstation jer so ni yang lama betul nak update posting baru. Internet both this place n my phone are really bad. So nx time kita tgk video dia ya... so stay tune.

Ok, lepas habis firework kami balik naik shuttle bus, nai balik bas 2005 dan sampai gangnam naik metro balik. Malam tu kami turun ke convenience store kat bawah utk gosok baju Melayu n baju kurung... Esok hari raya... yeye....

Ok, sekarang kita lihat berapa kita dah belanja.

CarryForward =   3,000KRW
Everland Tix    = 35,000KRW
Locker            =       500KRW
Rumah hantu    =    5,000KRW
Lunch              =    6,500KRW
Dinner             =  12,000KRW
Ice Cream       =     6,000KRW
Cheese Topuki=   10,000KRW

Total               = 78,000KRW @ RM234.00

Total setakat hari ini = 2513.15 + 234.00 = RM2847.15

5th Day Logging Off. 


Up NEXT Seoul 6th Day: Selamat Hari Raya.


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

2 comments: