Followers

Saturday 9 November 2013

Seoul 3rd Day: SEOUL CITY RONDA-RONDA (Part 1:Gyongbokgung)

12th Oktober 2013 - Saturday [LOG IN]

Assalamualaikum, good morning semua. Wuhuu... Ok, 3rd day... Hari ni kami tak keluar awal sangat dari Guesthouse. Kami start gerak jam 10 pagi. Kami berpendapat bahawa tak perlu –lah nak keluar awal sgt sebab dekat je kaaannn... yeah right... serious jangan keluar lambat nanti tak sempat nak cover banyak tempat.

Hari ni kami buat Seoul City Tour! Tour by ourself, guided by Sakinah dan path di plan oleh Khadijah dan di update oleh Hana. So kami travel lebih kurang mcm ni lah...

Gyeongbok palance – folk museum – Gwanghwamun Square -  Cheonggye Plaza – mojeongyo (mojeong stream) – YP Books (Runningman) – insadong – namdaemun market

FUH! Jalan sakan tuh... apa rahsianya?? Inilah dia!
The secret is... there is no secret. (Kata itik ayah Po, Kungfu Panda)
Eh... mana gambarnya? Adoii... rahsia betul. Haha...Ni dia rahsianya! penyembur kaki ajaib! ketika kaki sakit, spay saja ba dan boleh didapati di farmasi kat sana! Kalau x tau nak sebut ape print aje gambar ni kasi tunjuk sama itu org farmasi tu. 
Hanya utk kaki yang terasa letih dan sengal. Bukan utk spray mereka yang sengal. OK?

Ok, jom pergi jenjalan! Naik Metro dan turun di Gyeongbok gung station ( Line 3-Exit 5). Kita nak p mana Firdaus???

Ye, pandai-nye Abam Firdaus! 1st Stop! Gyeongbok Gung. Nak p bawak hwang elyas p ke takhta dia semula la katakan. 

Gyeongbok Gung 
Bila kita sampai station ni, dia ada pintu special ni. Gerbang ni menurut kepercayaan mereka, siapa yang melaluinya tidak akan dimamah oleh usia. 

Lalu bawah pintu gerbang ini dan anda tidak akan tuaaaa.....
Ok, di sini masa kami datang hari tu ada perkhidmatan free tour guide berbahasa inggeris. Budak2 sekolah ni dilatih utk bagi tour kepada pelancong dan their English are good. Budak ni nama dia XXX serious tak ingat n dalam video pun x clear. Mcm ada kena mengena dengan Lee dan dia baru 11 tahun! Wow! Kita umo 11 tahun xde pun buek benda2 mcm ni. huhu...

Inilah budaknye... 
Royal Guard Changing Ceremony 
Formasi askar
Kami sampai2 jer Royal Guard Changing Ceremony baru nak mula. so kami layankanlah dulu. Dia buat mcm drama pulak. Siap ada dialog lagi. Siapa yang berminat nak tengok sila datang diantara jam 10 pagi sehingga 3 ptg dengan kekerapan sejam sekali dan tutup tiap selasa.
So kami belilah tiket untuk istana ni 3,000 Won... sebenarnya istana kat Seoul ada 5 semuanya. Deoksugung, Gyeongbokgung, Changdeokgung, Changgyeonggung & Gyeonghuigung Palace. Tapi yang saya tahu boleh di lawat ada tiga.

Deoksugung 

Dahulunya pernah diduduki oleh beberapa kerabat. Ia terdiri dari beberapa bangunan dan cara hendak ke sini adalah dengan menaiki metro line 2 station City Hall exit 2 or 3. Bayaran 1000KRW dan tutup hari Isnin. Time start 9 pagi sampai 5 ptg la utk selamat (sbp dia berbeza ikut musim kat korea ni waktu buka dia).

Gyeongbokgung

Paling besar antara semua istana dan dibina pada tahun 1394 oleh King Taejo, pengasas Joseon Dynasty (1392~1910). So hari ni kami jalan kat sini sahaja. Sangat besar dan memakan beberapa jam untuk pusing secara keseluruhan istana ini.

Changdeokgung (The Palace of Prospering Virtue)


Dikhabarkan bahawa Istana ini adalah yang tercantik di antara semua istana di sini kerana ia terletak di tengah-tengah taman yang luas dan merupakan tempat kegemaran bagi ramai raja-raja zaman dahulu. Cara untuk kesini adalah dengan menaiki subway Line 3 to Anguk Station and get out at Exit 3. Time 9.15 - 3.45 ptg. Tutup hari Isnin dan tiket sebanyak 3,000KRW.

Tiket untuk ketiga-tiga istana ini boleh dibeli secara pakej dengan harga 10,000 KRW di kaunter tiket Istana.

Untuk maklumat lanjut berkenaan istana-istana ini sila lah lawati laman web KTO dengan KLIK DISINI

Kami tak beli tiket untuk semua palace coz we are afraid we dont have that much time to spend so kali ni kami hanya ke gyeongbokgung sahaja dan kami janji pada pembaca jika kami berkesempatan ke Seoul lagi pasti kami akan habiskan semua Istana yang ada. Yosh!

King Elyas
Ok bagi yang terpinga-pinga kenapa King Elyas sila baca posting nami kami DI SINI. Oklah king jom kita buat tour kat rumah tuanku. ngeh3...

Setelah membeli tiket yang bernilai 3000 KRW maka kami pun berjalan ke arah pintu masuk palace ni.
Pintu masuk... depan pintu masuk ni ada pagar masuk. 
Yezza, yg perempaun ni kerja utk istana. Dia ditugaskan menjaga dan membantu pelancong
Pada zaman dulu ada laluan utk raja
Laluan yang bertanda biru tu adalah laluan yang dikhaskan untuk raja. Siapa-siapa yang kijak akan dipancung... ilag kepala la weiii.... yang batu2 tu bukan batu nisan orang yang dah penggal kepala. No No No... itu adalah batu tanda. Sebab mereka kumpul kat dataran ni ikut ranking dan kadang2 org confuse, aku dok mana tah. so raja ni pun letak la batu tanda ni. 

Singgahsana
Dua naga atas singgahsana

Inilah dia singgahsana. Sebenarnya paling cantik gambar dari pintu depan baru nampak keseluruhan singgahsana ni. Atas singgahsana tu ada dua ekor naga. Satu tu melambangkan kekuatan rajanya dan satu lagi melambangkan kekuatan kerajaan or negara... 

Senibina bumbung
Haaa... yang buat bangunan ni lagi unik adalah ia dibuatt dari mostly batu dan bumbungnya ada kesenian mcm gambar ni. Jaring tu hanya utk pastikan tiada burung yg masuk dan merosakkan kesenian bena ni. 

binatang hape tah
Kat keliling istana ni banyak akan nampak patung2 ni. Menurut kepercayaan mereka bahawa batu2 ini akan menghalau Evil Spirit. Wuuuuu~ 
Atas bumbung pun ada
Selalu yang boleh masuk kedalam kawasan singgahsana tu hanya kerabat dan pegawai kelas atasan. Yang lain sume dok luar tengah panas. ngeh3... kalau musim panas adik ni kata mereka zaman tu akan menarik kemah utk redupkan di luar. Ok sekarang kita kebelakang throne room ni. Ini adalah bilik di  mana raja akan lebih santai. menurut adik ni di sini mana Raja mereka duduk dan belajar. 

tempat raja study kata mereka
Sun Dial - nak tahu time jam berapa.
Ok kita jalan kebelakang lagi. Kini kita sampai ke tempat di mana raja beradu. Kesian nya raja zaman ni mereka tidak tidur bersama Queen mereka. Permaisuri akan tinggal di bangunan lain dibelakang tpt tido king ni. Kesian kehidupan raja ni...

Org ramai dok nak ngintai raja tido
Tempat tidu
 King akan tidur di tengah. Kalau yang betul nye tempat king ni bertutup pakai dinding yg kertas tu. dan dalam tpt king ni ada lilin. Supaya kalau ada org masuk dalam tpt king ni, king tu boleh menyanyi lagu happy birthday to you kat dia... eh... bukan... kalau ada org masuk maka guard dia akan nampaklah. Guard akan berjada di meja kiri kanan bilik raja ni.

Tempat raja minum teh katanya
Ok jom kita p ke belakang lagi. Apa ada kat belakang sana? Yezza date bayo... ada bilik permaisuri. Jom - Jom.

Tadaa... nampaknya xde org kat rumah tu..
Ok, ni x habis belakang lagi ni. tapi xpe jom kita upkan gambar supaya senang nak cite.

Kalau kena time ada show. Ini show cara nak buat bibimbap dan dia bagi org makan. Kata Sakinah ada daging so x leh makan. 



Balang-balang ini digunakan utk simpan cili, kimchi, soju dsb. 

kalau tak salah ni tpt crown prince & princess

Ini adalah salah satu dari Trasure dan di iktiraf UNESCO
Sekali sekala dapat persekitara mcm ni best juga

Gyeonghoeru Pavilion. Digunakan utk majlis keramaian atau menyuarat kerajaan yang lebih santai. 

Hyangwonjeong dari side tepi dibuat dengan penuh pano 

Hyangwonjeong, its actually a 2 tier pagoda on an islet. 
Banyak aktiviti yg dianjurkan oleh pihak istana spt persalinan raja, traditional tea ceremony dsb. Kita hanya perlu ikut signboard shja & maklumat boleh didapai DI SINI (Cuma pastikan install Java kalau nak view)

Ok, selesai sudah perjalan dalam istana so sekarang kita berjalan pula ke National Folk Museum.

National Folk Museum ni tempat dimana dia ceritakan sejarah Korea dan mcm mana dia capai kemodenan sekarang. Juga di sebelah dia ni adalah pagoda yang terletak kat atas like all pagoda do... haish...
My old enemy...
The Stairs... 
Well, we didnt go up there and we are not sure that we can even if we want to. Mcm ada palang jer kat atas tangga tu. Ok, selain kat dalam... sekeliling dia pun ada banyak bangunan yang dibuat replika dengan rumah dan kedai zaman dahulu sehingga zaman perang dunia kot...

Antara rumah2 yang ada area ni. Ni traditional tapi utk orang bangsawan.
ni seksyen yang lebih moden

Kedai2 pun dah lain, ada jalan tar
So, kat area Gyongbokgung sahaja you can spend 2-3 hours so start your day early guys. Anyway, kami time ni tak makan lagi sebenarnya dari pagi. Sebab kuar lambat tu yang decided x nak makan dulu. Skrg ni dah pass jam 1. So kami buka map dan tengok destinasi seterusnya.
Whats next?
Setelah mentelaah peta ajaib kami ni...yang kami dapat kat Metro station free of charge. (dia mcm buku sebenarnya yg ada maklumat mengenai Seoul) kami pun mulakan semula perjalanan kami ke next blog posting. Haha... yezza... untul the next blog post.

Lets see how much we had spend today?
Gyeongbokgung Tiket 3,000 KRW = RM9


Total = 3,000 KRW = RM9.00
*RM3 to 1,000KRW

Tunggu part 2 kami soon. :)

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

No comments:

Post a Comment