Followers

Thursday 7 November 2013

Seoul 2nd Day: Night Out At Myeong-dong

Yezza, setelah penat seharian berjalan dan bermetroan maka tibalah masanya untuk pergi menabur won di kedai makan dan destinasi pilihan kami adalah Myeong-Dong ke Dong...
Welcome Fellah to Myeong Dong ke Dong
Ok you must be wondering why we choose Myeong Dong as our destination for Dinner? ahh... betul! sebab balik boleh bobom terus. Sebab lain kami dok ikut guide dalam buku ni... Boleh ambil di pejabat KTO di Malaysia or KTO di Korea or baca online buku ni or buku-buku lain pasal korea kat SINI.

Boleh ambil di KTO Office Wisma Hup Seng, Jalan Sultan Ismail. Dekat2 dgn HQ KFC tu.
So dalam ni ada satu kedai tu di Myeong-dong ni ada dalam senarai buku ni. So ikut sahaja alamat dia dan pasti anda akan jumpa. Kami makan benda ni makan laut yang ada dalam sup!

Myeongdong Eomeonijip tp kalau nak cari kedai ni kena match kan dengan tulisan korea dia. Sebab papan tanda dia bahasa korea. Dalam buku ni ada tulis nama kedai ni dalam tulisan korea. 


Well untuk kami its an OK meal. Dia mcm makan steamboat lebih kurang but the best part about this meal was, masa sedang sejuk-sejuk malam kita makan sup panas-panas mcm ni... fuh... layannnn... kami makan ni dan satu pajeon (korea pan cake). Maka malam ni kami telah berjaya habiskan 50,000 KRW. Air? Mcm biasa air kosong on the house.

Lepas makan, hati dah tenang dan senang. Maka kami pun berjalan-jalan sekitar Myeong-dong. Kawasan ni malam-malam ada jual mcm2 tapi barangannya tak la murah sangat.Kalau nampak benda yang unik dan kita suka mcm saya punya muffler dan topi maka belilah. Jangan beli buah tangan atau baju I love Korea disini. Mahal beb...
Muffler tu 20,000 topi tu 15,000. Last2 aku yang shopping ^__^
Tapi mmg dah aim baik dah Muffler ni dari Malaysia lagi. Suka tengok hero2 dalam K-Drama pakai benda ni. Nampak comel... haaa.... comel tak kak ton???
See the resemblance with the above picture??? almost the same isn't it?? :p
Kat area ni selain kedai-kedai di tengah2 ni, kedai yang dalam bangunan punyalah banyak dan yang paling best sekali adalah. Kedai dia tiap2 tingkat ada. Fuh! Bayangkan mcm ni, mcm rumah kedai kita tu cuma tinggi (ada yang sampai 9 tingkat) setiap tingkat kedai beza-beza dan takde LIFT! Tapi kedai mereka laku jer. Tabik la orang korea ni berjalan dan memanjat tangga. Kalau kat Malaysia... harammm... hahaha...

Ni contoh, bawah kedai lain, tingkat 1 kedai lain, tingkat 2 tingkat lain. Dan yang kat atas2 tu bukan kedai kecik2.. 
Mereka ada mcm2 cara utk tarik orang masuk kedai mereka dan orang korea ni suka beri "servise" service la tu. Service ni adalah perkhidmatan atau barangan percuma. So bila orang bagi, ambil jer dan masuk kedai dia tengok2 barang. Tak beli pun x per.

Ada yang letakkan awek korea yang comel dengan suara yang kiut gitu dan ada yg gunakan cara yg pelik mcm ni.
Tu la den da kato, pk guno kaki, jalan guno kepalo. 
Makanan ada banyak yang kita boleh makan contohnya mcm satu sotong ni kami tak sempat nak ambil gambar dia sebab teruja nak makan ^__^;; so kami letak harga sotong tu je la... 5,000 KRW. 

Si Elyas ni nak rasa kentang so dia telah makan satu kentang yang paling sedap yang pernah dia rasa katanya... keke....tak ingat berapa harga benda ni tapi murah jer. Kami juga minum lemonade fresh 2,500krw satu.

Sila cari kedai yang tak jual kentang ni dengan sosej ya sebab sosej tu adalah sosej dari sumber yang tidak halal.
So kalau nak tanya orang korea boleh makan tak boleh makan tanya ja... Twaiji Kogi Pego Ju Seyo (jangan mitak Twaiji Kogi Hana Ju Seyo... siaplah kau jah kalau mintak mcm tu. Mmg kembung la perut 7 hari 7 mlm. haha... xpe, jgn risau janji ada bunyi sattle. haha... 

Ni antara lain yang saya petik dari blog si halalmedia:
What did I say when I want to order these food?
I can’t eat meat - ”Jo nen gogi rel mommogo yo.”
I don’t eat meat -”Jo nen gogi rel an mogo yo.
Please don’t put meat – “Gogi rel nohjimase yo.
Please don’t put ham – “Hem el nohjimase yo.
I don’t drink alcohol –  ”Jo nen sus an masho yo.
I can only eat vegetable and seafood - ”Yache wa hesanmul yori rel mogelsu isso yo.
I am a vegetarian - ”Jo nen cheshik juweeja ye yo.”
Kalau tak faham apa mereka kata takpe, tengok gerak badan mereka kerana orang korea ni very good with expression...kannnn....

So pendek kata kami spend time till midnight kat sana. Kedai kecantikan jangan cite lah... berlambak2 dan bagi peminat Suzi dari Miss A. Well saya petik kata dari DJ Arirang Radio:
"Well if you love Suzi from Miss A, then you can see her everywhere in South Korea. She is the rising star, Korean 1st Love"
Well true enough, Suzi banyak jadi duta utk mcm2 produk so gambar dia sahaja merata-rata.

Korea First Love, Suzi... is everywhere! 
So lepas habis shopping dan berjalan-jalan maka tibalah masa nak balik. Hotel kami ni just across the road dari tempat meniaga-meniaga ni. So ini antara hasil tangkapan hari ini.

Benda ni sangat murah di sini. Mask rata2 hanya 1000KRW satu. 
Oklah, saya tak beli benda2 ni so saya x nak masukkan dalam kiraanlah. Tp saya akan kira muffler dan topi saya tuh...

Mari mula mengira berapa perbelanjaan kita sepanjang hari ini:\
Bawa kedepan: 37,000 KRW      =  RM111.00
Makan Malam 50,000/4=12,500 =  RM  37.50
Sotong Bakar 5,000 KRW          =  RM  15.00
Air 4,000KRW                           =  RM  12.00
Muffler 20,000KRW                   =  RM  60.00
Topi 15,000 KRW                      =  RM  45.00

Total 93,000 KRW                     =  RM 280.50
+ Hari Closing hari sebelum         =  RM1928.20 +

Total Perbelanjaan Up-to-Date   =  RM 2208.70

Oklah, sehingga berjumpa diposting seterusnya. Selamat malam... tido dulu...
Seoul 11th Oct 2013 [LOG OFF]


Hafiz Azmi
Tomorrow: Seoul City Tour! 

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

1 comment:

  1. Hi,

    I am Jihee from Trazy, an online travel booking platform exclusively focused on Korea and currently expanding its service to Thailand.

    We are currently looking for travel bloggers who have quality content on destinations in Thailand or Korea, hoping to collaborate and grow together.
    We run a commission based affiliate program and exclusively work with our affiliates for sponsorship, too.

    You can easily sign up at https://www.trazy.com/affiliate. Also, feel free to ask me any questions about the affiliate program. You can contact me at trazycrew@trazy.com. I would be happy to give you more details!

    Thank you!
    Jihee

    ReplyDelete