Followers

Friday 22 November 2013

Seoul 5th Day: EVERLAND (Part 1)

14th Oktober 2013 - Monday [LOG IN]
-Dont go to Everland on Weekend. Full of people.

Hari ni kami bertolak awal... everland ni jawuh... kami naik subway ke gangnam station dalam 30 min dan jumpa psy.. keke....
Ok... saya nak story dulu pasal stesyen bas yang kami tunggu bas ni. Well sini pun boleh tapi paling baik bukan kat sini sebab ini dah stesyen ke-2 so kebarangkalian anda nak duduk utk tempoh 50min itu adalah tipis... berhenti kat gangnam ni... dia ada 2 exit yg boleh ke bas ni. Exit 5 & 10. Kami amik exit 5.
Ni la bukti kami dah gangnam :p
Keluar station pusing belakang exit tu dan cross jalan. Bus stop kat tengah. Naik bas 5002 bukan 500-2. Bas dia warna merah. 
Ni dia rupa stesyen bas nya.. 
Ni ada video sikit kami tunjuk kat mana nak tunggu n mcm mana rupa bas. Bila nampak jer bas ni kat hujung jalan terus berlari ke arah bas. Haha... kat mana bas tu stop kat situ la kita naik. kwang3... tak caye tgk video ni.. hehe... 


Dan cara yang kami tunjukkan kat atas tadi adalah cara yang kurang bijakkkk... hehe... bila kami naik bas ni, bas ni dah nak penuh dgn penumpang. Heran... kebetulan ada budak2 Malaysia dalam tu yg dah naik awal so kami tanya kat mereka. Mana naik... dia kata satu stesyen sebelum. Huhu... itulah Gangnam exit 10.


INGAT, BAS NO 5002 BUKAN 500-2! 
So utk maklumat lanjut boleh check kat laman VISIT KOREA atau laman WEB EVERLAND.

Kami tak suggest naik express bus dia sebab satu mahal 12,000KRW utk pegi balik. Naik pagi kat beberapa pickup site dan mesti balik jam 6 ptg. Abis tu prade dan firework x dapat la tengok.. Rugii...

Dan kami amat2 berharap sila print kupon diskaun dari (KLIK ATAS LINK2 SEBELAH NI SEBAB DAH LINK TERUS KE KUPON) web KTO atau web Everland. Penting sebab boleh kurangkan perbelanjaan kita. 20% tu beb.... sape nak bagi?

Klik kat situ

Print kupon ni, mcm2 offer lain pun ada cthnya petit france dan lain2. 
Mana la bas ni tak sampai lagi... 
Oklah, pendek cerita kami naik la bas 5002 warna merah. 50 min kemudian kami sampailah Everland. Sepanjang jalan kena berdiri. Adoii... pemandu bas korea ni pun boleh tahan jugak. Jalan ke everland ni mcm naik genting. Dia nye lapp... tangkap leleh beb... sampai ada satu insiden sorg awek korea yg kiut meut telah terjatuh dan tertampunglah dalam dakapanku...

p/s: Itu kisah tipu, yang sebenarnya dia terjatuh, aku tahan jer, gile tak tahan! kang selepuk menyembah kat kaki aku sape yang suke?? ek.. sape yg malu? adoi... xder berlaku situasi spt gambar di atas (walaupun dgn harapan yang amat penuh berkehendakan ia berlaku seperti di atas. har har har.. kekeke...)

Sekali lagi naik bas ni kami pakai T-Money jer. Time ni kami dah ke belum makan tak ingat? Tak salah kami makan dulu ramen+nasi kat dalam bilik sebelum bertolak so kat situ kos dia 3,000KRW.

Oklah, setakat ni kami hanya belanjakan 3,000KRW @ RM9.00

Chow... till the next posting!

"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

1 comment: