Followers

Monday 4 November 2013

Seoul 2nd Day: Nami Island! (Part 1)

Wahh... 2nd day di Korea semangat K-Pop gitu.

Kenapa gambar Crayon Pop? Tunggu versi video kami...
Hehe... so pagi tu keluar dalam jam 8 pagi untuk ke Nami Island. Sebenarnya dah agak lewat time ni baru nak keluar but wat to do, penat semalam travel.

So we had our breakfast dekat Paris Baguette. Nearby our place. Well since kami dok kat Myeong-dong ni untuk siapa yang tak tahu adalah antara tempat yang paling happening di Seoul dan kami di kelilingi oleh kedai-kedai. So tak perlu la bersusah payah nak dapatkan apa-apa pun.

Lepas makan, kami naik Metro ke Nami. Ingat app Jihachul yang kami cadangakan di post pertama trip korea ni? Sila lah gunakan app tu ya. ^__^
Macam ni lah kami guna Jihacul tu... 
kalau kita tanya-tanya secara random kat orang korea, ada kemungkinan mereka pun tak pasti sebab Nami ni bukan dalam Seoul, dia terletak di Gyeonggi-do, sejam setengah naik bas atau naik metro! Tambang naik Metro 1950Won seorang, sehala & kalau guna T-Money.

*Kalau nak tahu nak naik bas apa dan dari mana KLICK SINI utk ke laman Korea Tourism mengenai Nami.

So siapa yang nak naik Metro, search Gapyeong Station. Memang jauh! Dan bila kita gerak pagi-pagi ni kita akan bertembung dengan orang korea yang pergi kerja... so duduk? hehe... bertuahlah kalau dapat duduk. Tengok metro dia mcm complicated? Jangan risau, ingat sistem dia. Dia akan maklumkan Line apa train ke mana kita perlu cari petunjuk ni sahaja. Nanti kita buat posting belajar naik Metro di Seoul! Tungguuuu...
Jangan risau, kami pun pening mula-mula. ^__^ Inspiring tak?
Ada perkara yang kami lihat disini agak mencuit hati. Telatah Ajushi dan Ajuma yang menjual barang-barang dalam Metro. Walaupun tak faham tapi telatah mereka sangat mencuit hati.

Sampai Gapyeong Station sekarang ni dah

 ada shuttle bus untuk ke 3 tempat perlancongan ni. Tiket dia murah, one day tiket... "oconon" kata sakinah. Bahasa kita 5000 Won. Boleh turun naik seberapa banyak kali kita nak dan kemana-mana dari tiga tempat pelancongan dibawah! WOW!
Ni rupe bas dia. Sila jangan salah naik bas ye. 

Ni jadual, perancangan keluarga itu penting...
Tiga tempat itu adalah!!!
1. Nami Island
Yezza, tempat penggambaran Winter Sonata
2. Petite France 
Admission Fees
Adults: 8,000 won / Group: 6,000 won
Youths: 6,000 won / Group: 5,000 won
Children: 5,000 won / Group: 4,000 won
Operating Hours
09:00-18:00
* Last admission: 1 hour before closing
T__T kami x sempat nak pergi...
3. The Garden Of Morning Calm
Admission Fees
Adults: 8,000 won / Group: 6,000 won
Middle-High school students: 5,000 won / Group: 4,000 won
Children: 4,000 won / Group: 3,500 won
Seniors (over 65) & People with disabilities: 5,000 won / Group: 5,000 won
Operating Hours
08:30-6:20pm (sunset) (Last admission: 1 hour before closing)
Ini pun kami tak sempat nak pergi... :((
Kenapa Nami Island takde detail? Sebab dalam blog post seterusnya kami akan hujankan anda dengan detail sedetailnya... sabaq sattt... hehe...

Travel Tips Kawasan Ni!

  1. Mulakan perjalanan awal. Sampai di sini sebelum jam 8 pagi. (1st Shuttle bus gerak jam 8 pagi dari Gapyeong Station.)
  2. Naik bas samapi ke The Garden Of Morning Calm. Tempat ini dikhabarkan sangat cantik waktu pagi. Nama pun Morning Sickness... err... Morning Calm. 
  3. Lepaklah ambil masa sampai jam 11. 
  4. Naik bas dalam jam 11.10/11.25 ke Petite France. Petite France ni tak la besar sangat so anda boleh spend dalam 2 jam di sini. Naik bas jam 1.15ptg ke Nami Island. (Dont miss this bus coz the next bus pukul 3.50!
  5. Makan di luar Nami Island atau didalam terpulanglah. (Baca posting Nami Island! Part 2.)
  6. Enjoy di Nami (saya cadangkan main budgee jumping kat depan nami tu. Semat cip... sematt.... hehe...baru 40,000 won sekali terjunan). 
  7. Last bus from Nami Island 6.15ptg. Again dont miss this one coz if you miss this one, you can start walking. huh... naik taxi pun boleh... kekeke...
  8. Balik Hotel or kalau masih bertenaga pergilah lepak di Myeong-dong ke pergi tgk wayang ke, pergi DVDbang ke, pergi Norebang (karok) ke, or pergilah berkubang... ngeh3... itu public sauna la mcm tengok dalam cerita-cerita tu. 
Oklah, next post la pulok date' bayooo... Hwaiting! 
Note Kaki:
So far pembelanjaan kita:
Metro - 1950 Won (Tolak T-Money)
Minum - 1900 Won (Tolak T-Money)
Shuttle Bus - 5000 Won (Bayo sendiri)

Total Cash Spending = 5000 Won = RM15
*Yang tolak T-Money kita tak kira la ye sebab nanti jadi double entree lak, kita kira topup pada t-money tu jer lah yer.


"We at sifusempoi try to bring out the best in every journey that we took though we are not guaranteeing that this will work for everyone but we believe it will work on most people. Throughout writing this blog we might give incorrect information or misinterpretation of subjects so we advice you not to depend solely on this blog. However we promise that it is in our best interest to give the most accurate information as possible. We are not an official source for any tourism, shops, company nor country and what we promote here are solely based on our journey and expectations. When we post anything about food, we DO NOT RECOMMEND it to anyone. We are just saying that we ate there and we believe its OK to eat there. Most of the picture I've watermark are copyright of SifuFoto, SifuSempoi, Oh!Photography and all its partners. Thank you for reading and please spread the word about our blog as a token of appreciation. Roger and Out."

6 comments:

  1. Replies
    1. hehe... jom saya nak p Seoul bulan soboleh nihh..

      Delete
    2. baru ambo perasannn... Rei la sekali... terharu ambo datang jengah kat sini :)

      Delete
  2. terlepas kapal sudah..plan nak p seoul autumn next year...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom.. autumn next year saya plan nak wat trip lagi sekali mcm tahun ni :)

      Delete
  3. waaa best2 ade detail camni.. tgh pening nak wat itinerary ni... baca ni baryu dpt gambaran..hihi

    ReplyDelete